1. Kasta kat skolah aku ada 5 peringkat. Paling atas form 5, paling rendah form 1. Range tengah2 korang figure sendirik. Form 5 mengungguli semua acara ragging dan buli tanpa kekangan melainkan warden dan pihak sekolah sahaja.
2. Ketuk ketampi? Hukuman standard untuk "pesalah" bawah umur (form 1 & form 2). Sepuluh kali je... tak banyak untuk setiap kesalahan... Haah. 10 kali - mengeja! Macam nih: S... A... SA... T... U... TU... SA... TU... SATU (kira sikit dah berapa kali dah tu? baru 1 yang cuma ada dua suku kata)
3. Naik form 3 onwards pelempang dan sepak terajang aje untuk pesalah.
4. Form 1 & 2 tak boleh pakai short untuk sebarang aktiviti (tak, mandi pun tak boleh) tapi form 3 ke atas boleh pakai short... aneh kan?
5. Masuk dining hall kena tutup aurat. At least sarung je kain pelikat.
6. Form 1 & 2 biasanya kena jadi balachi untuk angkat dan buangkan sisa makanan form 5 dalam tray. Diorang tak tunggu kitorang abis makan, tengah2 makan tu disuruhnya. Bayangkan korang tengah makan, pastu kena panggil buang tray, pastu ada selera ke korang nak sambung makan. Pastu silap2, kena angkat lebih dari seround. Ptuih.
7. Ragbi adalah sukan wajib semua orang tau main. Ia diajar sejak minggu orientasi lagi. Football comes second. We are an all-boys school by the way.
8. Kitorang ada lagu cheer yang akan dinyanyikan masa skolah ada game tak kiralah ragbi ke, bola ke, dsb. Tapi form 1 & form 2 yang wajib hadir dan wajib cheer. Siapa suara tak serak balik game kena denda. Maknanya we did not cheer good or loud or passionate enough. Sheesh... Lirik di ajar masa minggu orientasi. Sapa tak hafal turut didenda. Double sheesh...
9. Unlike Herman, "fly" adalah acara yang paling aku suka. Aku first time fly lepas form 3. Cuak tapi best gile! Experience masa fly? Banyak... kena kejar anjing, kena follow ngan benda mistik, mengelak warden... ahhh banyaklah. Tak lalu aku nak cerita semua.
10. Tapi yang bestnya, bila aku naik form 5, aku jugak buat benda yang sama kat budak-budak junior.... harharhar... haronn...
11. Muzik yang hangat itu jam adalah Guns & Roses, Metallica, Nirvana dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Walkman dan windbreaker merupakan benda paling cool to have. Lagi-lagi bila dalam perjalanan untuk ke prep. Gerek abis dah tu...
Banyak lagi beb, aku dah mengenyam nak tengok Prison Break 3 : Episode 12 dah ni. Nanti sambung. Syah, Mon, Nazri dan lain-lain kalau add up, silakan. You're my 915 brothers!
Later.

This poster has it's relevancy to my post. More or less.