Monday, November 24, 2008

ISU PAPAN TANDA

Yang ini pun aku tak faham. Mari aku bantu permudahkan perspektif kita.

Korang kalau pergi oversea, ada tak agak-agak korang nampak papan tanda yang pelbagai bahasa. Tak kisahlah kat UK ke, Jerman ke, Arab ke, US ke, Zimbabwe ke, Jepun ke, Indonesia ke, China ke dsb.

Diorang pedulik hapa. Dia tetap letak/utamakan bahasa kebangsaan dia. Kau faham tak faham itu kau punya pasal.

Nah. Sekarang, korang rasalah kan, apa agaknya Bahasa Kebangsaan negara kita yang tercinta nih? Dah tau jawapan? Dah nampak perspektif? Korang nilailah sendiri isu ini.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. susah sangat letak je papan tanda kat atas dahi. kalau melayu bahasa melayu, kalau india bahasa india, kalau cina bahasa cina.

    ReplyDelete
  2. makin ramai la nnt org sesat barat.erk

    ReplyDelete
  3. adeck: pening jugak tu

    miezi: bukan setakat sesat barat, malah sesat timur, selatan, utara, tenggara dsb! hahaha

    ReplyDelete
  4. Yang penting, walau apa bahasa pun, papan tanda jangan letak belakang pokok.

    ReplyDelete
  5. ya betul en. najwa. dan jangan tebang pokok sesuka hati. tak tau ke masalah global warming skarang?

    ReplyDelete
  6. perlembagaan negara; warganegara malaysia berumur 18tahun ke atas berhak menentukan bahasa ibunda sendiri..

    aku; biarkan lah..

    ReplyDelete