Bila dipikir balik, memang penat badan aku ni barangkali. Apa tidaknya, pagi-pagi buta dah kena bangun. Kena keluar rumah seawal 645 pagi. Lambat, traffic jam macam setan kat Jelatek. Aku biasanya akan sampai ofis tatkala warga kuarters pun masih belum sampai. Sengal.
Petang jam 6 petang mesti gerak balik walaupun aku sepatutnya boleh balik jam 515 petang. Tak ada maknanya keluar ofis time tu. Lagi sakit jiwa. Dari Komuter UKM ke roundabout tol Bangi mau setengah jam! At least kalau aku keluar pukul 6 petang, 15 minit dah sampai. Kenapa? Rush hour barangkali. Tapi, tak pernah nampak pulak Jackie Chan kat situ, e'eh.
Sampai rumah dah maghrib. Bergurau-senda dengan anak, makan, basuh botol susu, baca paper, bergurau-senda dengan anak, dah pukul 1030 malam. Waktu tidur.
Tapi, semalam aku baring sebelah Mikael. Dan tertidur. Rasanya aku berdengkur. Sayup-sayup aku terdengar Mikael meng'agah' aku. Nak ajak bergurau agaknya.

Dan letih aku serta-merta hilang melihatkan wajah comel itu.
Sebab dah ada anak, maka bergurau senda lebih banyak dengan anak daripada dengan bini kan? Kan? Kan?
ReplyDeletenajwa aiman: ehhee...
ReplyDeleteeeeeeeeeeeeeeeeee comelnyerrr hero neh...!! sure dia dah pandai godek kete remote mcm aleng..kahkahkah!!
ReplyDeletekomain susah nak tengok dia senyum ek. ;p.
ReplyDeleteawww comelnya. Mikael, I mean :D
ReplyDeletekotakeranda: gile! dah pandai main psp dah nih...
ReplyDeletead3ck: memang pun. dapat shot ni pun nasib baik je.
lynn: bapak dan maknya pun comel jugak ape? ehhee... ;P
persatuan bapa2 berbayi comel se malaysia
ReplyDeletetembakau: lagi tepat - persatuan bapa2 yang bayinya sahaja yang comel se malaysia. dengan itu, aku dan engkau boleh daftar bro! hahaha
ReplyDeletecomeeeelllll!!!
ReplyDeletenaziah: tengkiu...
ReplyDeleteso cuuuute!
ReplyDeletemamasan: thanks!
ReplyDelete