Friday, June 17, 2011

PULPFIX: API

Pada suatu hari datanglah Karim ke gerai burger Bob untuk melepak bersama-sama rakan-rakan beliau seperti selalu-selalu. Pada petang itu hanya ada Mubarak. Awal lagi barangkali getus hati Karim.

Karim: Awal kau ini ari?
Mubarak: Balik keje awal...
Karim: Api ada? Api? (sambil memuncungkan mulut yang dah ada rokok).
Mubarak: Kau nak yang besar ke yang kecik?
Karim: Besar ke kecik mende pulak nih?
Mubarak: Iyelah... kau nak api yang besar ke yang kecik?
Karim: Setakat nak nyala rokok je... kecik sudah...
Mubarak: Nah (sambil menghulurkan lighter terbaek di dunia, Cricket).
Karim: Kalau api besar macam mana pulak? Lighter besar?
Mubarak: Kalau kau nak api besar, ada kat neraka.


Inspired by: Kawan-kawan di gerai burger Bob.

7 comments:

  1. beng... beng.. beng... temabak!

    ReplyDelete
  2. sbut lighter besar.. teringat lighter besar botol air.. boleh buat bom dah tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Apa reaksi Karim selepas mendengar jawapan Mubarak?

    ReplyDelete
  4. pecah tali pusat gua bro..

    ReplyDelete
  5. fa-t: chitty-chitty! bang! bang!

    kuchalana: itu molotov cocktail bang. bahaya.

    muhaimin: beliau hanya mengembang-kempiskan lubang idung tanda berbulu di hati.

    toi: kau belum tanam lagi ke tali pusat nko? kehkehkeh...

    ReplyDelete
  6. Dah berapa lama Mubarak balik dari melancong ke neraka?

    ReplyDelete
  7. najwa aiman: dia ni macam si constantine (sila rujuk komik/filem). boleh keluar masuk neraka bila-bila dia suka.

    ReplyDelete