Aku pernah dulu ingin benar terjun ke dunia itu. Begitu bersungguh-sungguh sehingga aku mampu bercakap dengan diri alter ego aku. Fuh! Sampai begitu sekali keinginanku.
Aku juga pernah percaya, untuk terjun ke dunia itu, aku perlu kenal dengan orang yang berada dalam dunia itu. Inilah satu-satu bahagian yang aku paling tewas. Siapa aku untuk mereka dampingi? Apa pentingnya aku kepada mereka yang sedia ada di dunia itu? Layakkah aku kepada mereka?
Aku juga selalu gambarkan dunia itu senantiasa indah 24 jam sehari dan 365 setahun. Benarkah begitu? Sumber memberitahu ia tidak seindah yang digambarkan. Malah busuk. Aku berbelah bagi. Perlukah aku meneruskan fantasi untuk ke dunia itu atau teruskan dengan kehidupan di duniaku kini?
Setelah aku merenung dalam diri, aku mulai sedar. Itu cuma dunia fantasi yang nampaknya hidup tapi sebenarnya mati. Dunia hakiki sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri.
Ia cuma perlu dicari.
Friday, January 23, 2009
ITU BUKAN DUNIAKU
Thursday, January 22, 2009
CREATIVE ENTERPRISE
Aku dengan Raddy dulu memang sahabat baik sejak dari belum akil baligh. Macam mana boleh sahabat baik? Aku pun tak berapa ingat. Kitorang memang into kerja-kerja melukis nih. Kira, kalau orang tanya hobi, kami akan jawab melukis dan bukan mengumpul setem atau makan Super Ring.
Kelas Pendidikan Seni memang yang paling digemari. Orang lain pakai watercolor cap Panda, kitorang pakai poster color cap Buncho yang dalam botol tu. Hah! Yang paling artist lah dalam kelas 6 Bakti itu jam. Padahal takdelah hebat sangat pun, gaya mesti gempak.
Kalau pihak sekolah nak lukis mural pun nak suruh kitorang. Ingat best ke melukis kat dinding? Lukis benda bukan-bukan pulak tu, carta pendidikan hape ke jadah ntah. Penat mendongak siol. Pakai berus kecik, bila nak sudah?
Raddy suka lukis kartun dan aku jugak suka lukis kartun. Raddy ajak pergi Creative Enterprise. Ala, yang buat majalah Gila-Gila, Bambino dan novel-novel tebal macam Kamus Dewan tu. Creative Enterprise letaknya di Bangsar. Jauh tu dari Keramat. Kena naik dua bas. Memula Bas Sri Jaya sampai Chow Kit, pastu Bas Mini sampai Bangsar. Rel LRT belum ada itu jam. LRT tu hape pun kitorang haram tak tau.
Sampai Bangsar mesti beli air botol Kickapoo dulu. Mendaki tu nak sampai Creative Enterprise punya ofis. Kitorang berbengkel dengan Rejabhad (arwah). Aku bukan fan sangat pun pakcik nih. Kartun dia tak cantik. Tak sebest kartunis Ujang, Kulat atau Li. Tapi dah dia sorang je sanggup nak ajar budak-budak mentah macam kitorang nih melukis kartun, aku pun on je lah. Nasib baik free.
Pak Jab ajar segenap aspek melukis kartun. Kitorang start dengan kartun 1 kotak. Asas katanya. Idea, karekter, kedudukan kotak dialog dan lain-lain yang aku sebenarnya dah tak ingat. Kitorang kena draf pakai pensel pastu baru trace dengan pen melukis. Huih, itu jam pakai pen DR. Waterproof tu! Kira kalau air liur kelekaan menitik atas drawing masa melukis takde hal lah. Kat Central Market je ada jual pen nih, ke kitorang je yang tak tau kat mana tempat lain nak carik pen ni.
PILOT Drawing pen DR
Dan selama ntah berapa lama aku dan Raddy ke bengkel Pak Jab, hanya satu je kartun aku yang keluar Gila-Gila. Ada aku simpan, nanti bila senang aku scan nak eksyen kat korang. Dalam masa itu juga, dapat jugaklah kitorang autograf kartunis-kartunis pujaan kitorang tu. Perasaan yang paling best dalam dunialah masa tu. Boleh eksyen kat kengkawan.
Nota: Sampai sekarang aku guna pen DR untuk melukis. Lukis apa jangan tanya!
Wednesday, January 21, 2009
THE RIDING ALPHABETS
This is a fictioned reality.
Lately there are a lot of M's, J's and P's around B's and W's. I don't really mind actually since I don't own this whole bloody alphabets at all. But what really, I mean really bothers me is that, these M's, J's and P's are fantastically riding with rudeness. As far as I encountered.
I used to live around J's and I know how their behaviour is. Now I no longer live around them but lately I feel surrounded by them and their other alphabetical friends! For once I feel our prairie have been invaded!
I'm not saying the B's and W's are riding with politeness but most of the time, I was pissed by the M's, J's and P's while riding. Discrimination? Nah... that's the last you'll get from me.
So please my alphabetical friends, behave and respect others while riding in the prairie. You can keep your riding style and show them off back in your own hometown. No offense my friends.
Note: Exaggerating itu indah.
Tuesday, January 20, 2009
MEMANG MACAM TU KE, PERASAAN AKU JE?
1. Suatu ketika dulu aku pernah dimaklumkan mengenai satu peraturan jalan raya bahawa kenderaan berat adalah dilarang menggunakan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Alasan: Boleh menyebabkan kesesakan jalan raya. Tapi, kebelakangan ni banyak je aku tengok lori siput (lori simen), trelar 8 gandar dan constructicon (geng jahat decepticon dalam transformers) yang lain kat jalan raya pada waktu-waktu yang tak sepatutnya. Dah mansuh ke peraturan tu?
Lori siput
2. Ke mana pergi rakyat Malaysia yang berjuta-juta seperti yang dibanci tu? Kalau kat restoran, stesen minyak, tandas awam, car wash, tapak pembinaan apatah lagi dan kebanyakan tempat awam lain dipelopori oleh warga asing. Dengan izin atau tanpa izin aku tak pasti. Apa orang Malaysia dah tak boleh buat kerja-kerja tu ke? Suka dengan sikap ketuanan yang tak tentu arah? Tahukah anda dengan kebanjiran pendatang asing di negara kita bermakna aliran keluar wang kita juga banjir? Itu belum masuk aspek keselamatan, jangkitan penyakit dan lain-lain.
3. Kenapa Syabas atau TNB "suka", ya saya ulangi "SUKA" korek jalan yang baru diturap. Lepas tu kualiti penurapan semula tidak mencapai spesifikasi piawai yang betul (pada mata kasar akulah). Apa takde kerja lain ke diorang nih? Tak percaya? Bila-bila senang turun Keramat AU2 tengok.
Kenapa ek?
Friday, January 16, 2009
ESOK
Malam nih aku balik Keramat seperti minggu-minggu sebelumnya.
Esok pagi nampaknya terpaksalah aku ponteng aktiviti kejiranan yang kali ini dipanggil gotong-royong. Bowling dan futsal sebelum ini pun aku tuang jugak.
Bukan sengaja, bukan tak suka. Aku lebih suka mendahulukan hal keluarga kecil aku. Lain kali barangkali.
Esok pagi aku ada agenda lain.
Aku perlu ke JPN Maju Junction untuk ambik MyKid Mikael yang sepatutnya aku ambil 6 hari lalu. Nanti kena denda satu hal pulak. Mau aku amok kat Pejabat Perdana Menteri!
Contoh MyKid dari website JPN
Sementelah itu juga aku akan ke Sogo sebab ada jualan murah (sale) katanya. Entah murah entah tidak aku tak tau.
Bukan, bukan shopping untuk aku, untuk Mikael. Kalau nafsu bergelodak, aku selitlah sehelai dua barang aku hahaha.
Itulah aktiviti yang aku rangka untuk esok. Setakat inilah... hari esok siapa yang tahu.
Wednesday, January 14, 2009
SUATU HARI ITU
Hari itu, gua pergi Speedmart 99 Wangsa Maju.
Susu dan diapers murah kata Safuan, kawan opis aku.
Aku gegar Speedmart dalam acara solo.
Diapers yang anak aku suka, tak ada. Hampa.
Tak taulah habis ke hapa.
Susu yang anak aku suka, ada. Gembira.
Aku beli dua.
Aku lantas ke Manjaku, belakang Carrefour Wangsa Maju.
Bersepah diapers kesukaan anak aku.
Aku sebat satu.
Destinasi seterusnya, Jusco AU2.
Lebih spesifik, farmasi Watson's.
Nak beli 3 kotak Polleney Pati Ikan Haruan untuk bini.
Watson's punya harga dah naik rm35 dari rm31.
Apa kejadahnya?
Farmasi Jusco juga letak harga yang sama rm35.
Apa punya komplot nih?
Aku beli jugak di Jusco sebab tiada beza harga.
Di kaunter, harganya tiba-tiba jadi rm31 satu kotak.
Aku terlopong tapi minah cashier mengiyakan harganya.
Aku membayar dengan gembira.
Tapi sebenarnya, aku tak tau pun harga barang yang aku beli kat Speedmart 99 tu murah ke tidak. Pada aku, yang penting bini dan anak aku mendapat apa yang mereka perlukan.
KAU TAHU
Kau tahu arah itu kelam
Kau tahu titik itu dalam
Tapi kenapa kau masih tuju ke situ
Kau tahu sinar itu silau
Kau tahu terik itu perit
Tapi kenapa kau masih berdiri di situ
Kau tahu maksudku?
Aku tak fikir kau tahu
Sebab kau tidak pernah mahu ambil tahu