Friday, February 27, 2009

PANTANG & LARANG

Aku selalu dimomokkan dengan pelbagai pantang-larang ciptaan manusia masa kecik-kecik dulu. Dulu masa kecik memanglah aku tak tau membezakan benda-benda nih mitos ataupun memang termaktub dalam hukum tuhan. Dah akil baligh barulah aku tau pantang-larang yang dimomokkan itu karut belaka. Cheh.



Hujah: Jangan asah pensel dua-dua belah.
Sebab: Nanti mak kita cepat mati.
Komen: Gampang. Apa kena-mengena pensel dengan mak aku?

Hujah: Jangan meniarap dan sabung kaki (silang ke atas).
Sebab: Nanti mak cepat mati.
Komen: Apa nih? Lagi-lagi nak kaitkan mak.

Hujah: Jangan makan kepak ayam.
Sebab: Nanti time kawin tak segak/lawa.
Komen: Hek eleh, diorang yang nak kepak ayam tu cakap je lah.

Hujah: Jangan makan ikan masin.
Sebab: Nanti bontot banyak cacing.
Komen: Ye ke? Aku rasa ini pun sama kes macam kepak ayam.

Hujah: Jangan tunjuk pelangi.
Sebab: Nanti jari yang menunjuk jadi kudung.
Komen: Hish, apa punya pantang lah.

Hujah: Jangan bukak payung dalam rumah.
Sebab: Nanti ular masuk.
Komen: Ini pun aku tak berapa paham penaakulan mantiknya.

Hujah: Jangan ambik gambar bertiga.
Sebab: Nanti salah seorang akan mati cepat.
Komen: Kamera pun boleh jadi Death Note ek?

Hujah: Jangan makan pedal ayam.
Sebab: Nanti time sunat kulup jadi liat.
Komen: Huih, memang sampai sekarang aku tak makan pedal ayam hahaha.

Hujah: Jangan makan tongkeng ayam.
Sebab: Nanti banyak mulut (cakap).
Komen: Sekali lagi, apa perkaitan tongkeng ayam dan mulut manusia?

Cukuplah tu. Pening dah kepala aku nak recall benda-benda nih sebab kebanyakannya dah aku delete dari kepala hotak aku.

Wednesday, February 25, 2009

KENAPA AKU TAK JADI...

Pengajar?
Aku takut naik darah dengan perangai kurang diajar budak-budak sekarang. Silap-silap naik tangan dan kaki dan pembaris kuning dan lain-lain, dah jadi kes polis, kes mahkamah. Confirm aku masuk jel punya.

Programmer?
Aku memang ada background multimedia tapi part programming, hauss... Aku rasa aku cuma mempunyai daya imaginasi yang baik (at least pada pendapat aku lah kan). Aku ada kebolehan to orchestrate sesuatu proses atau scene dalam kepala hotak aku sambil mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Kebolehan ke tu?



Askar?
Dengar lagu Hujan - Dugaannya.

Pelukis?
Tak cukup handal nak jadi pelukis. Tak sehandal En. Tembakau, ehhee...

Pelakon?
Huish, dulu aku memang nak sangat jadi pelakon hahaha... tapi apa kan daya hensem tak berapa nak ada. Aku bukan nak jadi macam Rochang Noor pun, dapat berlakon iklan yang lucu pun sudah memadai. Tapi kalau dapat peluang, nak jugak aku test the water.

Penyanyi?
Huh! Kat bilik air boleh lah... depan khalayak, wassalamu. Mau kena ludah atau baling botol mineral.

Pemuzik?
Aku main gitar untuk hiburkan hati sendiri. Aku akan pastikan lagu yang aku main membolehkan aku sing along. Aku rasa aku jugak boleh main bass dan deram sikit-sikit. Taklah hebat mana pun kehkehkeh...

Peniaga?
Hah! Itu memang hasrat aku. Cuma aku kena lebih serius untuk mencapai cita-cita ke arah itu. Tak lalu aku dah membuat kerja macam sekarang nih sampai pencen. Ini pun dah nak masuk 8 tahun! Besides, Rasul junjungan kita pun galakkan kita berniaga kan?

Sudahnya, aku kerja kat sebuah Institut jaga bahagian kemasukan. Aku suka jugaklah kerja nih. Interesting. Tapi taklah suka macam nak mampos! Yang penting aku mencari rezeki halal.


Nota: Korang suka dengan apa yang korang buat sekarang?

Tuesday, February 24, 2009

MANGKUK

Mangkuk itu berayun lagi
Sambil lantang membuat bising
Ke atas, ke bawah terhiling-hiling
Aku dengar rasa nak seligi

Mangkuk itu tak sedar diri
Betis diberi, peha dicari
Memang dasar sundal bestari
Sakit hatiku tidak terperi

Mangkuk itu berayun lagi

Sunday, February 22, 2009

Friday, February 20, 2009

KARTUN TUNGGAL

Ini adalah lanjutan daripada entri ini. Bare in mind ye, kartun ini dihasilkan pada masa aku berumur 12 tahun atau darjah 6. Sebarang kehodohan lukisan, idea tak kelakar atau nama pena yang ntahapahapa harap jangan dijadikan bahan lucu anda.

Tapi sekurang-kurangnya I've made a mark dalam majalah Gila-Gila kan? Hahaha...

Thursday, February 19, 2009

NGOMEL

Internet connection kat opis macam gampang. Ini ari baru ok. Kot? Aku bila dah sampai rumah memang tak berapa nak ada masa nak bukak PC nih.

Trip ke Gerik itu ari memang memenatkan. Jauh siot. Tapi jamuan makan tengah hari pihak lawan memang sangat dan terlalu memuaskan. Hilang penat. Datang mengantuk.

Aku pergi sebagai jurugambar tambahan. Pihak lawan dah ada jurugambar utama. Eksyen jugaklah gaya dia. Dah 87 tahun pegang kamera kot? Walaupun aku tau dia muda pada aku hahaha.

Aku sebenarnya nak belajar amek gambar je. Field experience kata orang puteh. Memang aku haram tak terel pun! Terkial-kial macam kura-kura terbalik. Banyak lagi aku kena belajar nampaknya kalau berhajat nak pegang lagi DSLR nih. Setakat nak eksyen je buat hape kan? Perpeluhan semasa amek gambar toksah kiralah. Part ini je aku sama dengan Raddy hahaha.

As for nak upload gambar, nantilah dulu. Bila senang dan ada masa terluang aku post kat belog ni. Korang jangan gelakkan aku sudah. Itulah, cadangnya nak melahu (istilah kitorang untuk melepak) dengan si Raddy sambil bawak kamera nak tunjuk gambar-gambar yang aku shoot. Nak tengok apa komen dan mana yang aku boleh improve. Ntah bila.

Kesimpulannya, memang leceh dan letih ngambik gambar majlis tunang/kawin kalau kau masih terkial-kial nak guna DSLR. Dahlah berat.

Thursday, February 12, 2009

DSLR

Digital Single-Lens Reflex (DSLR) Camera.


Canon EOS 40D

Adik aku ada sebijik kamera DSLR nih. Canggih? Entah. Aku tau petik je. Gambar cantik ke tidak masing-masing punya seleralah kan? Tapi yang nyata, resolution DSLR nih memang mantap lah berbanding kamera digital kecik aku. Dan DSLR juga berkemampuan menangkap gambar mengikut imaginasi kita dengan syarat kau tau menggodek function-function kamera dan faham hukum-hakam fotografi serba-sedikit. Kebolehan menyunting gambar dalam Photoshop juga satu kelebihan.

Kebelakangan ni juga ramai kawan-kawan aku yang semacam berminat nak jadi photographer. Gila! Mahal tu sebijik DSLR yang bagus. Raddy dah lama ajak aku join dia bisnes amek gambar nih. Aku terpaksa menolak sebab faktor masa dan kemalasan. Tapi alhamdulillah bisnes beliau nampaknya ada banyak progress.

Adik aku akan bertunang dengan orang Gerik, Perak hari Sabtu ni. Selalunya aku akan guna kuasa veto abang sulung untuk memaksa beliau amek gambar majlis. Tapi ini kali, aku yang terpaksa jadi tukang amek gambar. Weekend itu ari sempatlah aku crash course guna DSLR dia. Best jugak. Pantas betul lens shutter dia. Hasilnya, dapatlah aku snap moment yang selalunya gagal ditangkap oleh kamera kecik aku. Modelnya dah tentulah anak aku, Mikael.

Lepas gambar Mikael, gambar pokok. Lepas gambar pokok, gambar kunci. Lepas gambar kunci, gambar kipas. Pendek kata, dari dalam rumah sampai luar rumah lah aku testing kamera berat tuh. Best jugak menatang nih, getus hati aku.

Sabtu ini akan jadi medan ukuran sama ada aku berbakat/berkebolehan ataupun tidak dalam mengambil gambar menggunakan DSLR. Aku jugak bercadang nak mengasah balik bakat berhabuk Photoshop aku. Lama gila tak godek.

Heh, berani jugak adik aku pertaruhkan abang dia yang berstatus amatur pun ntah untuk amek gambar majlis tunang dia, hahaha...

Wednesday, February 11, 2009

PERADUAN

Peraduan = contest.

Aku suka masuk peraduan yang hadiahnya wang tunai. Ya. Tak kisahlah peraduan tu dianjurkan oleh pembuat ubat gigi, air kotak, coklat, perabot, biskut, minuman kultur atau ntah hapa-hapa lagi ntah.

Lagi aku suka kalau peraduan tu memerlukan aku melukis. Dah itu je kebolehan yang aku rasa boleh digunakan. Seperti calon ABPBH yang lain (eheh), sememangnya aku akan cuba sedaya-upaya dan menaruh harapan tinggi untuk menang lah (bohong kalau taknak menang). Sape nak bagi duit free oii? Of course lah kita kena purchase barang sebagai bukti pembelian. Aku tak kisah. Pada aku, kalau kita perlu keluar modal rm50 nak menang rm50 ribu apa salahnya kan? Kalau tak menang tu takde rezeki lah namanya yang penting usaha. Lagi elok daripada aku main judi kan? Hahaha...

Dalam banyak-banyak peraduan yang aku masuk, ada jugak beberapa yang "ter"kena. Seronok toksah kata, rasa macam boleh pegi haji walaupun menangnya berapa ratus je hahaha. Tapi, itulah rezeki yang ditentukan tuhan namanya kan?


Contoh lampin pakai buang bayi

Sekarang aku tengah fokus kepada peraduan yang bukti pembeliannya adalah lampin pakai buang bayi. Tak, bukan lampin tu buktinya tapi resit pembelian lah. Hadiahnya ialah dana pendidikan untuk anak. Aku suka. Dah memang aku beli lampin pakai buang untuk anak aku sekarang kan? Tengoklah kalau ada rezeki, ada lah...

Thursday, February 5, 2009

ME AGAINST THE WORLD

Ini adalah penceritaan mengikut perspektif aku.

Babak 1

Aku hendak cocok duit kat ATM. Depan ada orang. Belakang pun ada orang. Aku biasanya akan beratur dalam jarak sekitar 2-3 kaki (ukuran jarak, bukannya bilangan kaki) di belakang orang depan yang sedang mencocok duit di ATM. Hormat privacy mereka.

Orang depan selesai. Giliran aku pula. Orang belakang aku beratur 5cm belakang aku.

Aku toleh, "Kau nak tolong cocokkan duit aku ke?"


Babak 2

Aku nak cepat. Aku takde masa nak lambat-lambat lebih-lebih lagi kalau dah bawak banyak beg plastik akibat shopping dan jumlah berat keseluruhan plastik sedia ada di tangan adalah sangat berat. Aku singgah kedai ni hanya untuk membeli snore-reducing nasal strip yang pada aku tak berapa penting. Ya, aku tidur berdengkur sampai Mikael boleh terkejut tengah malam hahaha.

Minah cashier terhiling-hiling, tergaru-garu kepala. Depan aku ada satu customer. Juga hanya membeli satu barang yang aku kira tak berapa penting. Saja nak activate kad kredit baru barangkali.

5 minit, 6 minit, 7 minit tak sudah jugak orang depan aku. Minah cashier masih dengan gaya yang sama iaitu terhiling-hiling dan tergaru-garu kepala. Aku tinggal barang kat kaunter lantas berlalu pergi.

Dalam hati, "Kau letak balik sendiri barang nih!"


Babak 3

Bila di pejabat aku expect persekitaran yang professional. Formal. Ini waktu berkerja bukan waktu bermain polis sentri atau teng-teng. Tiba-tiba telefon pejabat berbunyi, "Bang, saya nak tanya, blablabla... (membebel tanpa salam perkenalan)".

Aku jawab, "Err... bila masa saya jadi abang awak?"


Babak 4

Aku ke tandas awam untuk menari shuffle. Hahaha! Ada ke menari shuffle. Buat apa lagi kalau ke tandas. Tunai hajat lah. Selak je daun pintu, "Tak boleh masuk bang, tengah basuh" kata minah Indon yang tengah buat hapa aku pun tak tau. Kering je lantai tandas tu. Basuh mende? Lagipun, aku hanya membawa hajat yang kecil. Aku masih tegak memerhati. Minah Indon tu membebel lagi.

Aku tanya dia, "Awak nak saya buang air kat atas lantai ni ke, atau dalam mangkuk tandas nih?"


Nota: Kacip tak entri dengan tajuknya? Hahaha.

Wednesday, February 4, 2009

CAKAP VS. BIKIN

Cakap: Berhati-hati di jalanraya.
Bikin: Jalan gampang berlubang sana-sini memang kena berhati-hati lah.

Cakap: Hormati pengguna jalan raya yang lain.
Bikin: Orang lain berlumut dalam kereta traffic jam lu senang-senang suruh polis clear jalan. Lu ada hormat kitorang ke?

Cakap: Be patriotic. Gunakan kereta nasional.
Bikin: Memang lu pakai kereta nasional, tapi itu hak milik kerajaan. Dalam porch rumah lu semua kereta nasional ke?

Cakap: Gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bikin: Boleh, tolong mantapkan dulu route dan efficiency public transport sedia ada, then only you talk.

Cakap: Berkongsilah kereta (car pool) untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bikin: Lu pun naik kereta dok sorang-sorang kat belakang lagi mau suruh orang car pool. Kalau dah tentu pergi function yang sama, apa salah lu pun car pool?

Cakap: Diskaun 10% untuk pengguna lebuhraya dari jam 12am - 7am.
Bikin: Ape ke jadah? Orang malam tido, ape hal nak rewang kat lebuhraya? Nak bagi diskaun betul2 sikit, jangan permainkan perasaan kami.

Cakap: Larangan cermin gelap akan dikuatkuasakan.
Bikin: Malaysia ni panas brader, apa salah kitorang tinted kereta? Bukan mintak duit sesapa pun, duit kitorang sendiri. Kalau nak enforce, start dengan larangan penjualan/import tinted films dulu. Err... kereta korang bukan tinted jugak ke? Boleh pulak eh?

Cakap: Patuhi had laju yang ditetapkan. Gagal, saman rm300.
Bikin: Korang besit macam setan kat highway takpe? Oh lupa, ada kuda putih jadi marshall. Berani keluar saman?


Nota: Jiwa kacau sebab traffic jam semalam.

Tuesday, February 3, 2009

APA AGENDA?

Aku dah menyampah nak nengok berita di waktu perdana sekarang. Kalau tak kat rumah aku, memang aku tak tengok berita. Baik aku tengok Friends kat Star World. Dah tentu kelakar.

Berita sekarang tak habis-habis nak bantai negeri-negeri yang dipimpin oleh bukan sekongkol Kerajaan Persekutuan. Aku rasa, tiap-tiap hari ada je berita berbaur kutukan untuk negeri-negeri yang masih lagi dipanggil Pembangkang walaupun mereka yang memerintah.


Gambar boxing dari Wikipedia sebagai metafora entri

Pada aku, apa guna kita saling mengutuk dan menjatuhkan antara satu sama lain? Apa salahnya jika bersatu berkongsi idea untuk menjadikan negara lebih baik? Perbalahan tidak membawa kita ke mana. Yang sengsara rakyat. Kes Tabika Perpaduan Kemas di Pulau Pinang dalam headline pagi ini adalah contoh rakyat yang jadi sengsara.

Sekarang nih Kerajaan Negeri Selangor yang paling kuat kena tibai dalam tv. Tiap-tiap hari ada je yang nak diungkitkan. Peliknya, masa KTYO memerintah dulu taklah sebegitu sangat fokusnya kepada negeri ni. Habis kuat pun Karam Singh Walia dengan isu alam sekitar dan madah berhelah ntah hape2 dia tu je.

Jangan buat kesimpulan terlalu awal, aku tidak pro mana-mana parti politik. Lagipun, undi adalah rahsia kata SPR. Ye ke? Hahaha. Aku cuma bicara soal agenda yang boleh menjatuhkan sesama bangsa, agama dan negara.

Wakil rakyat telah diberi kepercayaan oleh rakyat, dilantik oleh rakyat dan seharusnya berkerja untuk rakyat. Tak gitu YB?


Nota: Kau ingat senang jadi Wakil Rakyat? Sebab tu aku malas nak bertanding. Heh.

Monday, February 2, 2009

KARIPAP SARDIN

Aku dah secara rasminya menetap semula di Keramat, rumah mak aku. Alasan yang paling munasabah dewasa ini, mak aku insist nak bela Mikael. Jangan hantar nursery dulu katanya, kecik dan lembik lagi budak nih.

Berdasarkan kisah-kisah gerun yang diceritakan oleh pelabagai individu mengenai kengerian pengalaman menghantar anak mereka ke nursery, aku dan Shidah lantas setuju dengan permohonan mak aku. Walaupun aku terpaksa berulang dari Keramat ke Bangi setiap hari untuk ke pejabat.

Pagi tadi hari pertama aku. Mak aku bekalkan karipap sardin 5 ketul. Baru digoreng, masih panas. Setahu aku, inilah karipap sardin paling sedap dalam dunia pernah aku rasa. Mak aku nak up 6 ketul, aku jual mahal. Dah dalam kereta baru menyesal.

Lepas tol Kajang, tekak rasa teringin nak jamah karipap sardin yang mak aku bekalkan tadi. Aku capai satu. Panas lagi. Baik nih, getus hati kecilku. Gigitan pertama terasa agak keras. Rangup nih. Tiba-tiba, dua cebis sambal sardin yang berminyak terpacul dari kelongsong karipap tadi mengenai baju aku.

Teori tekanan lantas menerjah kepala. Karipap panas, duduk dalam aircond, tekanan dalam karipap meningkat lantas mengeraskan kelongsong karipap. Percikan sambal sardin dari dalam karipap adalah akibat pelepasan tekanan dalam karipap melalui gigitan pertama aku tadi. Wajah guru Fizik Mr. Pang Ah Man juga terbayang.

Cheh.