Wednesday, July 27, 2011

TRULY

Manusia memang tidak pernah puas.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan tinggi lazimnya mempunyai agenda peribadi.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkuasa lazimnya mempunyai conflict of interest.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan, berkuasa tetapi sebenarnya jumud lazimnya cenderung menjadi diktator yang angkuh.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan, berkuasa dan jumud lazimnya takut menerima kenyataan.
Ini adalah benar.
Manusia lebih cenderung mencari kesalahan berbanding menerima kenyataan.
Ini adalah benar.

Kesemua di atas adalah benar kerana saya telah pun melihatnya berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Benteng kesabaran saya sedang retak menanti belah. Apabila ia sudah pecah kelak, harapnya saya tidak perlu lagi melihat kesemuanya itu.

Tuhan bimbinglah saya.

Monday, July 18, 2011

PULPFIX: DON

Don ialah seorang jejaka 40an yang masih solo. Nak kata dia ni kacak sangat macam Brad Pitt tu takdelah. Tapi ada rupa dan gaya lah orang kata. Kaya? Samalah jugak dengan tahap kehensemannya tadi. Kaya sangat tu tidak, tapi berduitlah juga.

Adapun emak si Don ni selalulah meleteri beliau berkaitan hal-ehwal kawin. Don seperti biasa hanya akan memekakkan telinga apabila emaknya mula membuka saluran leter. Tiadalah dia mengambil pusing sangat akan leteren emaknya itu.

Tapi sebenarnya dalam hati Don tiada siapa pun yang tahu betapa meronta-rontanya hati beliau ingin berbini dan berkeluarga. Pernah dulu Don jatuh cinta, tapi mata airnya sudah berkawin dengan orang lain. Sejak dari itu boleh dikatakan hati Don tertutup untuk wanita. Namun tiadalah pula beliau berubah selera kepada kaum sejenis. Tidak sama sekali. Don masih straight.

Dua tiga hari ni Don kelihatan lebih ceria. Sehingga emaknya pun bertanya, "Wah, bukan main happy nampak kau ni Don. Dah ada makwe ke?" namun Don hanya tersengih-sengih sambil membetul-betulkan rambut gaya pacaknya di hadapan cermin.

Pelan-pelan Don ke ruang tamu dan kembali ke ruang menonton. Tempat dia meng"adjust" rambutnya tadi.
"Mak, tolong pinangkan makwe nih. Dah lama saya tunggu dia. Bertahun!" kata Don sambil menghulurkan senaskhah akhbar kepada emaknya.

Jari telunjuknya pelan-pelan menuding ke arah satu headline kecil dan bergambar pada frontpage yang berbunyi:
Jennifer Lopez dan Marc Anthony berpisah.


Inspired by: JLo.

Wednesday, July 13, 2011

Friday, July 1, 2011

PULPFIX: BERSIH

Suatu petang. Di suatu kawasan perumahan. Di hujung jajahan Lembah Kelang. Jauh dari ibu negara.

Panama sedang memandu perlahan keluar dari lorong rumahnya. Di tengah-tengah lorong kelihatan si Padlun dengan berbaju kuning bersorak-sorak sorang-sorang. Tengah-tengah lorong. Percubaan membuang tabiat ataupun gila glamer barangkali.

Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).
Panama: Kau elok-elok sikit... kang kena tangkap susah.
Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).

Panama berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum sinis. Bersemangat benar jirannya itu.

Tapi Padlun, sebelum kau sibuk-sibuk dengan hal-ehwal tuntutan membersihkan SPR tu, ada baiknya kau bersihkan dulu rumah kau dan juga najis kucing belaan kau yang dalam sangkar tu. Busuk ya amat! Serius!

Dah settle barulah sajak nak pegi berhimpun hatta untuk kenaikan gaji sekalipun.


Inspired by: Warna kuning yang dah jadi taboo dewasa kini.