Tuesday, June 5, 2012

MASA

Demi masa, manusia itu sesungguhnya dalam kerugian.

Kebelakangan ini, saya nampaknya seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Tidak... saya bukan jenis yang pergi ke spa. Definisi "masa untuk diri sendiri" bagi saya mungkin lucu pada pendengaran orang lain.

Saya suka berkemas, bertukang, berkebun, window shopping dan of course, tido. "Masa untuk diri sendiri" bermakna saya berupaya melakukan aktiviti-aktiviti tadi at my own capacity of time. Namun, rasanya itulah tuntutan orang yang dah berkeluarga. One shouldn't complaint on that "responsibility".

Rasa ini lebih terdetik apabila melihatkan laman depan dan belakang rumah yang mulai semak kerana pokok-pokok tak di trim, rumput + rumpai bermaharajalela tak dipotong, belalang naik tocang makan cili dan macam-macam lagi lah. Projek nak mengecat bilik Mikael pun tak gerak-gerak lagi. Fih, cat pun tak beli lagi!

Pergh, gua kena carik time jugak. Bulan puasa dah dekat dah nih.