Quick one. Food and beverages I like and where can I get them:
1. Nasi Goreng Ayam - Bie-Bie Corner, belakang rumah mak aku kat Keramat
2. Burger (tepi jalan) - Belakang rumah mak aku, sederet Bie-Bie corner
3. Iced Grande Hazelnut Latte - Starbucks
4. Tom Yam - Pha-Pha Seafood, Melawati
5. Har Mee (instant noodle) - Kedai runcit berhampiran
6. Teh O Ais Limau (preferably using lime/limau nipis) - Restoran Syed, Lembah Keramat
7. Ice Cream (vanilla) - Bud's San Francisco, super/hypermarket
8. Spicy Chicken McDeluxe burger - McDonald's
9. Char Kuew Tiow - Malee's Corner, Taman Bunga Raya
10. Shoyume (spicy soy flavoured junk food) - Giant Nilai
These are what came across my mind first. Interested? You are most welcome to tag yourself. Naziah, jangan malu-malu, kehkehkehkeh.
Wednesday, December 3, 2008
FAVORITE F&B
Tuesday, December 2, 2008
HERE'S TO LAST NIGHT
Semalam, aku, Raddy dan Huzaimi (my best childhood friends) dan isteri masing-masing berkumpul untuk makan malam. Ya, makan tersebut memang betul-betul malam iaitu pada pukul 1030 malam.
Kami berkumpul di rumah Raddy dan Yati sementara menunggu Huzaimi dari KLIA hantar adik dia dan sebab dah dekat dengan opis aku. Aku dan Shidah sampai dalam pukul 8++ chenggitu kat rumah Raddy. Sembang punya sembang punya sembang, dalam 930 malam baru Huzaimi sampai dengan Alin (bininya yang 11 minggu mengandung). Memang patut tak boleh bawak kereta laju-laju pun.
Pikir punya bincang punya pikir punya bincang, kitorang settle down kat Yankies Hut (kahkahkah takde nama lain ke?) untuk makan. Aku memang betul-betul lapar sebab satu hari aku tak makan nasik!
Makanannya ok je lah pada aku, service hancus - waiter dia semua hati panas je aku tengok, mana taknya, ambik order macam nak bergaduh! Nasib baik tempatnya mempunyai environment yang menarik. Tapi menurut pengamatan aku, time siang mesti tak lawa, time malam je nampak lawa hahahaha. Kalau ditanya aku nak datang lagi ke tak, sincerely, entah bila.
Makan tetap makan sebab aku lapar kan? Tapi yang lebih best sebab itulah first time kitorang bertiga (sahaja) berkumpul dengan bini masing-masing untuk makan, bersembang, bergelak dan bersembang sampai aku lupa yang aku sangat penat dan masih memakai baju kerja.
Entah bila lagi nak dapat berkumpul macam semalam, entahlah.
Thank you geng!
Nota: Itulah gambar ikan Talapia yang kat atas tu.
Monday, December 1, 2008
APA CERITA
***
Telefon berbunyi tanda SMS masuk.
Aku tak dengar sebab aku kat bawah. Aku cuma sedar 1 jam kemudian.
Dari Raddy, "Kau balik Keramat minggu ni?"
Aku lantas telefon beliau tapi tak berjawab.
Lalu aku balas, "Aku ada kat Keramat".
***
Aku tengok Prison Break dua episod sampai kematu punggung.
Sekali tengok jam, "Aaahhh? Dah pukul 1230 malam?"
Memang tak melepak lah malam ni si Raddy dengan Huzaimi nih.
Tiba-tiba telefon berbunyi tanda SMS masuk.
"Nak lepak mende dah tengah malam baru nak keluar nih?" kataku dalam hati.
SMS berbunyi, "Thank you for topping up bla bla bla".
Cheh.
***
Telefon berbunyi tanda panggilan masuk.
"Lokasi mana lokasi?"
"Bandar Seri Putra lah, umah aku"
"Aik? Dah balik dah?"
"Aku memang by afternoon dah balik sini dah, banyak benda lagi nak buat"
"Nanti bila-bila kau datang Bangi rogerlah, boleh kita makan sekali ngan Raddy"
***
Aku adjust gambar kat dinding umah. Dan aku juga pasang frame kosong siap-siap. Esok tinggal nak letak gambar je dalam frame tu.
Penat jugak buat benda nih.
