Cakap: Berhati-hati di jalanraya.
Bikin: Jalan gampang berlubang sana-sini memang kena berhati-hati lah.
Cakap: Hormati pengguna jalan raya yang lain.
Bikin: Orang lain berlumut dalam kereta traffic jam lu senang-senang suruh polis clear jalan. Lu ada hormat kitorang ke?
Cakap: Be patriotic. Gunakan kereta nasional.
Bikin: Memang lu pakai kereta nasional, tapi itu hak milik kerajaan. Dalam porch rumah lu semua kereta nasional ke?
Cakap: Gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bikin: Boleh, tolong mantapkan dulu route dan efficiency public transport sedia ada, then only you talk.
Cakap: Berkongsilah kereta (car pool) untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bikin: Lu pun naik kereta dok sorang-sorang kat belakang lagi mau suruh orang car pool. Kalau dah tentu pergi function yang sama, apa salah lu pun car pool?
Cakap: Diskaun 10% untuk pengguna lebuhraya dari jam 12am - 7am.
Bikin: Ape ke jadah? Orang malam tido, ape hal nak rewang kat lebuhraya? Nak bagi diskaun betul2 sikit, jangan permainkan perasaan kami.
Cakap: Larangan cermin gelap akan dikuatkuasakan.
Bikin: Malaysia ni panas brader, apa salah kitorang tinted kereta? Bukan mintak duit sesapa pun, duit kitorang sendiri. Kalau nak enforce, start dengan larangan penjualan/import tinted films dulu. Err... kereta korang bukan tinted jugak ke? Boleh pulak eh?
Cakap: Patuhi had laju yang ditetapkan. Gagal, saman rm300.
Bikin: Korang besit macam setan kat highway takpe? Oh lupa, ada kuda putih jadi marshall. Berani keluar saman?
Nota: Jiwa kacau sebab traffic jam semalam.
Wednesday, February 4, 2009
CAKAP VS. BIKIN
Tuesday, February 3, 2009
APA AGENDA?
Aku dah menyampah nak nengok berita di waktu perdana sekarang. Kalau tak kat rumah aku, memang aku tak tengok berita. Baik aku tengok Friends kat Star World. Dah tentu kelakar.
Berita sekarang tak habis-habis nak bantai negeri-negeri yang dipimpin oleh bukan sekongkol Kerajaan Persekutuan. Aku rasa, tiap-tiap hari ada je berita berbaur kutukan untuk negeri-negeri yang masih lagi dipanggil Pembangkang walaupun mereka yang memerintah.
Gambar boxing dari Wikipedia sebagai metafora entri
Pada aku, apa guna kita saling mengutuk dan menjatuhkan antara satu sama lain? Apa salahnya jika bersatu berkongsi idea untuk menjadikan negara lebih baik? Perbalahan tidak membawa kita ke mana. Yang sengsara rakyat. Kes Tabika Perpaduan Kemas di Pulau Pinang dalam headline pagi ini adalah contoh rakyat yang jadi sengsara.
Sekarang nih Kerajaan Negeri Selangor yang paling kuat kena tibai dalam tv. Tiap-tiap hari ada je yang nak diungkitkan. Peliknya, masa KTYO memerintah dulu taklah sebegitu sangat fokusnya kepada negeri ni. Habis kuat pun Karam Singh Walia dengan isu alam sekitar dan madah berhelah ntah hape2 dia tu je.
Jangan buat kesimpulan terlalu awal, aku tidak pro mana-mana parti politik. Lagipun, undi adalah rahsia kata SPR. Ye ke? Hahaha. Aku cuma bicara soal agenda yang boleh menjatuhkan sesama bangsa, agama dan negara.
Wakil rakyat telah diberi kepercayaan oleh rakyat, dilantik oleh rakyat dan seharusnya berkerja untuk rakyat. Tak gitu YB?
Nota: Kau ingat senang jadi Wakil Rakyat? Sebab tu aku malas nak bertanding. Heh.
Monday, February 2, 2009
KARIPAP SARDIN
Aku dah secara rasminya menetap semula di Keramat, rumah mak aku. Alasan yang paling munasabah dewasa ini, mak aku insist nak bela Mikael. Jangan hantar nursery dulu katanya, kecik dan lembik lagi budak nih.
Berdasarkan kisah-kisah gerun yang diceritakan oleh pelabagai individu mengenai kengerian pengalaman menghantar anak mereka ke nursery, aku dan Shidah lantas setuju dengan permohonan mak aku. Walaupun aku terpaksa berulang dari Keramat ke Bangi setiap hari untuk ke pejabat.
Pagi tadi hari pertama aku. Mak aku bekalkan karipap sardin 5 ketul. Baru digoreng, masih panas. Setahu aku, inilah karipap sardin paling sedap dalam dunia pernah aku rasa. Mak aku nak up 6 ketul, aku jual mahal. Dah dalam kereta baru menyesal.
Lepas tol Kajang, tekak rasa teringin nak jamah karipap sardin yang mak aku bekalkan tadi. Aku capai satu. Panas lagi. Baik nih, getus hati kecilku. Gigitan pertama terasa agak keras. Rangup nih. Tiba-tiba, dua cebis sambal sardin yang berminyak terpacul dari kelongsong karipap tadi mengenai baju aku.
Teori tekanan lantas menerjah kepala. Karipap panas, duduk dalam aircond, tekanan dalam karipap meningkat lantas mengeraskan kelongsong karipap. Percikan sambal sardin dari dalam karipap adalah akibat pelepasan tekanan dalam karipap melalui gigitan pertama aku tadi. Wajah guru Fizik Mr. Pang Ah Man juga terbayang.
Cheh.
