Sunday, February 17, 2008

BERILMU UNTUK BERJASA

Atas sebab terpengaruh dengan kawan-kawan kodok aku (Lynn & Herman) yang bercerita mengenai nostalgia asrama mereka, maka aku pun tidak terkecuali. Bezanya, aku bersekolah di sini. Takyah cakap banyak, layan je lah kisah aku pulak...

1. Kasta kat skolah aku ada 5 peringkat. Paling atas form 5, paling rendah form 1. Range tengah2 korang figure sendirik. Form 5 mengungguli semua acara ragging dan buli tanpa kekangan melainkan warden dan pihak sekolah sahaja.

2. Ketuk ketampi? Hukuman standard untuk "pesalah" bawah umur (form 1 & form 2). Sepuluh kali je... tak banyak untuk setiap kesalahan... Haah. 10 kali - mengeja! Macam nih: S... A... SA... T... U... TU... SA... TU... SATU (kira sikit dah berapa kali dah tu? baru 1 yang cuma ada dua suku kata)

3. Naik form 3 onwards pelempang dan sepak terajang aje untuk pesalah.

4. Form 1 & 2 tak boleh pakai short untuk sebarang aktiviti (tak, mandi pun tak boleh) tapi form 3 ke atas boleh pakai short... aneh kan?

5. Masuk dining hall kena tutup aurat. At least sarung je kain pelikat.

6. Form 1 & 2 biasanya kena jadi balachi untuk angkat dan buangkan sisa makanan form 5 dalam tray. Diorang tak tunggu kitorang abis makan, tengah2 makan tu disuruhnya. Bayangkan korang tengah makan, pastu kena panggil buang tray, pastu ada selera ke korang nak sambung makan. Pastu silap2, kena angkat lebih dari seround. Ptuih.

7. Ragbi adalah sukan wajib semua orang tau main. Ia diajar sejak minggu orientasi lagi. Football comes second. We are an all-boys school by the way.

8. Kitorang ada lagu cheer yang akan dinyanyikan masa skolah ada game tak kiralah ragbi ke, bola ke, dsb. Tapi form 1 & form 2 yang wajib hadir dan wajib cheer. Siapa suara tak serak balik game kena denda. Maknanya we did not cheer good or loud or passionate enough. Sheesh... Lirik di ajar masa minggu orientasi. Sapa tak hafal turut didenda. Double sheesh...

9. Unlike Herman, "fly" adalah acara yang paling aku suka. Aku first time fly lepas form 3. Cuak tapi best gile! Experience masa fly? Banyak... kena kejar anjing, kena follow ngan benda mistik, mengelak warden... ahhh banyaklah. Tak lalu aku nak cerita semua.

10. Tapi yang bestnya, bila aku naik form 5, aku jugak buat benda yang sama kat budak-budak junior.... harharhar... haronn...

11. Muzik yang hangat itu jam adalah Guns & Roses, Metallica, Nirvana dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Walkman dan windbreaker merupakan benda paling cool to have. Lagi-lagi bila dalam perjalanan untuk ke prep. Gerek abis dah tu...

Banyak lagi beb, aku dah mengenyam nak tengok Prison Break 3 : Episode 12 dah ni. Nanti sambung. Syah, Mon, Nazri dan lain-lain kalau add up, silakan. You're my 915 brothers!

Later.


This poster has it's relevancy to my post. More or less.

12 comments:

Unknown said...

giler creative tang nak kira ketuk ketampi tu.sapa la yang punya angkara ngajor macam tu ek?

Lynn said...

hahahaha! first time dgr ketuk ketampi camtu.

weh ko kena buli ke kat sekolah dulu?

pye:rudz said...

lizzam: ya, senior2 aku memang kreatif kalau part meragging orang nih.

lynn: tipulah kalau tak pernah kena buli beb...

kitorang pernah kena ketuk ketampi satu batch 400++ kali, pastu jalan itik balik dorm. sebab: ada satu budak batch kitorang "monchoy" kat skolah yg ada senior isap rokok dalam train masa balik kampung. sorang pun tak mengaku report. gila unity batch aku!

Lynn said...

Hahaha aku tak pernah kena ragging. Masa I masuk dah takde r agging-ragging dah. Phew!

Err, but dunno about the guys muahahaha

FIR said...

Funny when looking back at those days... ni yang aku pun nak tulis pasal down memory lane ni :-)

pye:rudz said...

tulis jangan tak tulis mon.
but it was really fun back in the days. rasa macam nak kembali ke sekolah (specifically masa form 5 of course).

mafiaries said...

Giler la buli balik..
Pye, gua nak pecah satu lobang: gua akhirnya fly jugak.Masa F5.Nanti gua citer; fly jauh beb.Ke penang!

:p

pye:rudz said...

itu pun fly lagi beb, SUPERfly dah tu! jauh tu melaka penang...

JuJu Eyedaa said...

Creative gak kan senior2 ni bile time nk meragging? Biler ingat2 kelako pon ada.. sakit ati pon ada... tu yg BULI BALIK...

I ngan Pnut pun pernah kena tok ketampi beratus kali... dulu kita org masuk brass band yg kononnyer military...

Ada sekali lps balik performance kita org kena tok ketampi seratus kali... tapi bila kira dah sampai 50 senior kira dari satu balik... Hampeh!!! Menggigil kepala lutut...

Lagi satu, ada ker masa tengahari terik, kita org kena kira rumput kat padang skola... berpeloh mcm ****! nk kira... setahun pun x habis..

pye:rudz said...

having experienced it all, we now see it as a very nostalgic and fun memories, kan?

izzat said...

ayooo
teringat kembali zaman sekolah..hilang citer pilihanraya sat

Anonymous said...

Aku rasa masa kene 400++ tu kalau xsilap ada dekat 1000 kali kite kena ketuk ketampi campur dgn yang kene ulang balik masa dah dekat2 sampai 3ratos...depan dorm maut B4...pergh..