Wednesday, August 27, 2008

GWEN STEFANI


Gwen Stefani

1. Pernah beberapa bulan lalu segelintir artis tempatan dilarang membuat persembahan di pesta Jom Heboh anjuran TV3 yang berlangsung di beberapa buah negeri kerana penampilan beberapa artis tersebut yang dikatakan kurang bermoral.

2. Konsert Gwen Stefani di Kuala Lumpur beberapa bulan juga diprotes oleh sekumpulan manusia yang mendakwa penyanyi tersebut membawa pengaruh yang kurang bermoral kerana keseksian pakaiannya.

3. Gwen Stefani akur dengan syarat Kerajaan dengan menutup hampir keseluruhan bahagian tubuhnya yang terdedah dengan skinsuit berwarna hitam. Namun, itu tidak langsung menjejaskan persembahan hebat beliau untuk rakyat Malaysia. Begitu komen banyak pengkritik.

4. Semalam saya terlihat satu selingan rancangan di RTM. Badan itu akan menyiarkan persembahan konsert Gwen Stefani di negara mana saya pun tak pasti. Yang pasti bukan Kuala Lumpur. Dari selingan itu saya mendapati Gwen Stefani membuat persembahan dengan style pakaian trademark beliau - Sexy-Sporty-Chic menurut definisi saya. Bottomline: Tiada skinsuit.

5. Aneh bukan?


Mini Trivia: Gwen Stefani adalah salah seorang penyanyi wanita antarabangsa yang saya minati kerana bakat dan karismanya. Beliau bukan anak dara dan bukan muda malah sudah beranak dua hasil kerja Gavin Rossdale (vocals & guitar) dari band Bush. Gwen juga ada band yang berjaya iaitu No Doubt. Namun beliau juga berjaya sebagai artis solo. Siapa dia Gwen Stefani nih?

Nota: Kepada Gwen Stefani, jika anda terbaca entry ini, saya cuma ingin mengatakan, YOU ROCK!

5 comments:

mamabio said...

Ya Gwen. Saya setuju. Awak Batu!

"x sbr aku tgu gwen baca blog nih"..

Najwa Aiman said...

Lorrrr... Gwen rupa-rupanya... aku ingatkan Dwen. Kalau Dwen kembvali menyanyi dan pakai seksi, memang patutlah diharamkan shownya!

pye:rudz said...

Dwen buat hapa... time dia 80an dulu dah abis dah...

Unknown said...

kepada Gwen yang terbaca post ini:

Hang paham ka bahasa Melayu? Paham? Baguih..baguih dok ada...

Anonymous said...

kerajaan kita hipokrit... kalau nak komplen artis luar seksi, suruh diorang tengok majalah mangga... even drama/movie melayu kita skarang ni pun dah berani cium dahi la, cium pipi la... i dont understand how can they approve all this...