Thursday, September 18, 2008

SEMALAM

Semalam seluruh Selangor cuti sempena menyambut Nuzul Quran.

Semalam jugak aku baru pasang lampu pelita minyak tanah yang aku beli kat Carrefour ntah bila ntah aku tak hengat. Dah lama jugak duduk dalam stor bawah tangga tu. Aku beli 4 batang kesemuanya dengan harga rm3.90 satu. Trial set kataku dalam hati. Aku suka pasang lampu-lampu tu. Walaupun tangan aku sampai ke pagi ni berbau minyak tanah (ada orang panggil minyak gas, walhal sama je).

Seronok aku tengok lampu tu meliuk-liuk dalam pagar rumah aku. Dalam keseronokan tu, satu sudah jahanam sebab masa aku tuang minyak, terlimpah. Gampang. Aku sebetulnya tak pernah pasang lampu pelita seumur hidup. Serius. Cucuh bunga api atau mercun kat lampu pelita pernahlah. Mak aku tak pakai lampu pelita. Dia pakai lampu mentol karan warna-warni. Senang, takyah kotor-kotor katanya. Itu yang menyebabkan aku begitu teruja nak memasang lampu pelita di rumah sendiri.

Namun begitu, keterujaan telah menyebabkan logik akal aku menjadi lemau lalu nyalaan kali pertama lampu-lampu pelita aku tidak secantik nyalaan pada cetakan sebarang kad hari raya di pasaran. Some minor adjustment should do the trick. Anyway, I'm a first timer, so don't bother (fuh, macam tagline blog Widie)

Nanti aku amek gambar. Kalau rajin aku post kat blog nih. Kalau tak, korang tengok je lah lampu pelita yang terpasang kat umah sesapa dan bayangkanlah itu lampu pelita kat umah aku. Sama je.

Selamat berbuka puasa!

4 comments:

Najwa Aiman said...

Wa beli lima batang RM10.00 siap dengan kaki. Wa beli kat Ipoh tahun lepas... hehehehe...

Anonymous said...

4 batang mana cukup, pasal tu la tak naik seri! ko kena beli 10 batang minimum baru la umah ko macam vegas!

anw4r said...

ape kt ko beli lampu neon yg bentuk die cam lampu pelita tue..selain ko dummy kpd org lain..ko juge bley dummy kpd diri sendiri..

pye:rudz said...

najwa aiman: murah tu 5 batang rm10!

raddy: vegas eh? kau tak tau ke harga minyak gas mahal kat kolumpo nih?

nuek: malas nak tarik wayar. serabut.