Wednesday, November 26, 2008

DO YOU EVER GET TIRED?

I do.

In fact, everybody does or will get tired eventually. Why do we get tired? Lots of things can contribute to that feeling. Mentally, physically, emotionally, stress, trauma and such.

I'm quite a fit person. But don't you dare ask me to compete in a 100m dash for I will gladly crown you as the champion. I mean, I'm a healthy person inside and outside (minus my smoking habit). I'm always in focus of my work... and life, sometimes hehehe.



But there's another kind of tiredness (fatigue) I'm driving here. Some people just never got tired of pin-pointing others for their dispicable mistakes. And yet, they got away with it... via sweet talking to the superiors or maybe some stabbing in the back (damn those people). And I'm really tired of these kind of homosapiens already.

The question: Do I really need to be tired (of these) again and again or should I be confronting those who makes me tired most of the time?

The problem: I'm not good at confrontations but am good at giving perspectives (at least I think so hahaha). I'm tired of thinking already.

Or, should I go with my best option that never fails me (yet), just let them be. The time will come when the good will triumph over the bad.

Just don't ever ask me when.

Monday, November 24, 2008

ISU PAPAN TANDA

Yang ini pun aku tak faham. Mari aku bantu permudahkan perspektif kita.

Korang kalau pergi oversea, ada tak agak-agak korang nampak papan tanda yang pelbagai bahasa. Tak kisahlah kat UK ke, Jerman ke, Arab ke, US ke, Zimbabwe ke, Jepun ke, Indonesia ke, China ke dsb.

Diorang pedulik hapa. Dia tetap letak/utamakan bahasa kebangsaan dia. Kau faham tak faham itu kau punya pasal.

Nah. Sekarang, korang rasalah kan, apa agaknya Bahasa Kebangsaan negara kita yang tercinta nih? Dah tau jawapan? Dah nampak perspektif? Korang nilailah sendiri isu ini.

Sekian, terima kasih.

ISU YOGA

Apabila fatwa mengenai yoga dikeluarkan, kecetekan fikiran kita mendengar bunyinya seolah-olah macam Islam tidak membenarkan umatnya bersenam. Kan?

Ini komen kakak ipar aku (yang lebih kurang begini bunyinya):

"Solat tu kan satu bentuk senaman jugak?
Itulah orang Islam ni, solat 5 waktu taknak buat. Yoga sibuk nak buat. Pastu bertelagah atas dasar yoga adalah salah satu bentuk senaman".

Aku hanya tersenyum tanda setuju dengan rasional hujah beliau.
Korang? Pikirlah sendiri.


Nota: Aku tak heran sebab aku tak pernah hingin nak beryoga. Menyiksa badan.

Friday, November 21, 2008

APA KAU RASA?

Kau rasa kau hebat?
Kau rasa kau kuat?
Kau rasa kau boleh survive?
Kau rasa kau boleh berdiri sendiri?
Semak semula

Kau tak boleh hebat tanpa kami
Kau tak jadi kuat tanpa kami
Kau tak akan boleh survive tanpa kami
Kau tak boleh berdiri tanpa kami
Tak percaya, cuba semak

Hormat
Berterima kasih
Hormat
Berterima kasih
Susah sangat ke?


Nota: Kiasan untuk orang bongkak dan angkuh di pejabat

Saturday, November 15, 2008

BAGUS

Aku tak suka betul kalau orang yang bagusnya tak seberapa ataupun lebih kurang aku je tak berapa bagusnya nak menunjuk arah macam dia yang paling terbagus pernah menyertai asia bagus sambil makan sepeket sugus dan buat macamlah aku ni langsung tak ada bagusnya.

Tak baguslah macam tu kan?


Nota: Anmum Essential dan Tom Tom Bak, bagus! Hahahaha... gampang.

Thursday, November 13, 2008

WHO HAS THE LAST LAUGH NOW?


Blame me as you wish
Bring me down as you wish
Bad-mouth me as you wish
Bullshit me as you wish

It will never bring me down
It will only lift me up
It will strengthen my effort
It will push my motivation

I told you so
I proved it so

Who has the last laugh now, sucker?


Note: Hahahahaha. Yes people, the answer to this entry's question is me.

Wednesday, November 12, 2008

SIAPA KITA?

Siapa yang boleh menjadikan seseorang itu terkenal?
Kita.
Siapa yang mampu mempopularkan seseorang?
Kita.
Siapa yang berupaya menaikkan rating stesen radio?
Kita.
Siapa yang melonjakkan kutipan tiket di pawagam?
Kita.
Siapa yang boleh meningkatkan kutipan royalti album?
Kita.

Mereka yang memerlukan kita bukan sebaliknya. Kalau mereka megah/ angkuh/ bongkak dengan kedudukan mereka, tidak standard katanya bergaul dengan kita yang marhain ni, nasihat aku: persetankan mereka kerana percayalah, mereka akan mencari kita juga akhirnya.

Kau bersetuju dengan pendapat aku?

Tuesday, November 11, 2008

PROUD OF YOUR NAME?

What Fairudz Means




You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.

You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.

Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic “Type A” personality.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.





Note: Got this from Christina's blog. Interested? Try the above link.

Friday, November 7, 2008

BILA MONYET MENARI


Black Spider Monkey


Bising... bingit...
Entah apa hendaknya
Bila monyet menari

Kacau... bilau...
Satu dunia dibuatnya
Bila monyet menari

Sakit... hati...
Habis semua orang dipekiknya
Bila monyet menari

Macam... bagus...
Hebatkah sangatkah tariannya?
Bila monyet menari


Nota: Betulkah monyet ini pandai menari?

Thursday, November 6, 2008

1500/1700

Dulu 1500, sekarang 1700
Dulu boleh je jalan
Sekarang kenapa tak boleh?
1500 ke 1700 bukan jauh pun bezanya
Cuma 200 sahaja

Dulu 1500, sekarang 1700
Dulu boleh je berjimat-cermat
Sekarang kenapa tak boleh?
1500 ke 1700 takkan boleh pulang macam 3000
Tak belajar Matematik ke?

Dulu 1500, sekarang 1700
Dulu boleh je akur
Sekarang kenapa nak besar kepala?
1500 ke 1700 taklah sebesar mana pun
Fikir elok-elok sikit boleh?


Nota: Tak payah cuba untuk fahami entry ini.

Wednesday, November 5, 2008

CAN THIS MAN CHANGE THE WORLD?



Let's wait and see...

TAKUT



Kita semua ada perasaan takut. Jangan nak bohonglah. Setakat mana ketakutan kita terhadap sesuatu atau seseorang atau Tuhan, itu adalah subjektif kepada individu.

Tapi entri ini adalah menjurus ke arah takut kepada manusia. Lebih spesifik lagi, takut kepada perangai atau sikap manusia. Dan perangai yang aku maksudkan ialah lidah bercabang, depan manis belakang pahit, bawak mulut, talam banyak muka, tikam belakang dan aku rasa korang dah faham maksud aku.

Manusia yang mempunyai sikap negatif sebegini memang tidak pernah menjadi kesukaan aku. Apatah lagi kalau perbuatan gampang mereka itu berjaya aku hidu. Memang nafsu untuk aku tempeleng mereka ini sangat tinggi.

Masalahnya, aku bukan jenis yang suka untuk pergi kepada pendengar-pendengar fitnah ini dan menerangkan perkara. Maaflah, itu bukan aku. Aku lebih suka diam dan buat tak tau. Tapi, tindak balas pasif aku terhadap perkara-perkara sebegini membuatkan mereka semakin menjadi-jadi adakalanya. Dan aku masih tidak ambil pusing.

Cuma kadangkala terdetik juga dihati, adakah mereka ini semua benar-benar nak lihat singa di dalam diri aku ni mengaum? (pergh, singa tu...). Aku takut, kerana aku tau aku akan menjadi kurang ajar. Kesannya, orang akan tidak mahu bercakap dengan aku dan mungkin takut nak berkomunikasi dengan aku. Dan itulah yang paling aku tak mau.

Tapi, kesabaran kita ni pun ada hadnya, kan?