Wednesday, November 5, 2008

TAKUT



Kita semua ada perasaan takut. Jangan nak bohonglah. Setakat mana ketakutan kita terhadap sesuatu atau seseorang atau Tuhan, itu adalah subjektif kepada individu.

Tapi entri ini adalah menjurus ke arah takut kepada manusia. Lebih spesifik lagi, takut kepada perangai atau sikap manusia. Dan perangai yang aku maksudkan ialah lidah bercabang, depan manis belakang pahit, bawak mulut, talam banyak muka, tikam belakang dan aku rasa korang dah faham maksud aku.

Manusia yang mempunyai sikap negatif sebegini memang tidak pernah menjadi kesukaan aku. Apatah lagi kalau perbuatan gampang mereka itu berjaya aku hidu. Memang nafsu untuk aku tempeleng mereka ini sangat tinggi.

Masalahnya, aku bukan jenis yang suka untuk pergi kepada pendengar-pendengar fitnah ini dan menerangkan perkara. Maaflah, itu bukan aku. Aku lebih suka diam dan buat tak tau. Tapi, tindak balas pasif aku terhadap perkara-perkara sebegini membuatkan mereka semakin menjadi-jadi adakalanya. Dan aku masih tidak ambil pusing.

Cuma kadangkala terdetik juga dihati, adakah mereka ini semua benar-benar nak lihat singa di dalam diri aku ni mengaum? (pergh, singa tu...). Aku takut, kerana aku tau aku akan menjadi kurang ajar. Kesannya, orang akan tidak mahu bercakap dengan aku dan mungkin takut nak berkomunikasi dengan aku. Dan itulah yang paling aku tak mau.

Tapi, kesabaran kita ni pun ada hadnya, kan?

2 comments:

Najwa Aiman said...

Biarkan...
Biarkan...
Biarkan begitu saja...
Oooo...
Biar begitu saja...


~Kembara~

pye:rudz said...

hahaha... that's what i've been doing all this while.