Kalau orang bagi salam, Assalamualaikum! Tak semestinya kita kena jawab dengan zahiriah (lafaz di mulut), dalam hati pun boleh. Ini semua orang Muslim tau kan? Sepatutnyalah. Jadi, tak semestinya kalau kita bagi salam, Assalamualaikum! Tapi saudara kita tu tak jawab, anggaplah diorang dah jawab dalam hati.
Habis.
Tapi, ada satu lagi jenis jawab dalam hati yang tak semua orang tau melainkan diri kita sendiri. Ini contoh soalan-soalan yang aku selalu jawab dalam hati.
Scene 1
Di kebanyakan kedai serbaneka 24jam, 7-Eleven sekitar Lembah Kelang. Cerita berlaku time aku nak bayar di kaunter. Soalan lazim yang aku dapat ialah:
"Ada duit kecik, bang?"
Dalam hati aku akan jawab:
"Begini punya besar kedai takde duit kecik?" atau
"Apa? Duit besar aku ni tak laku ke?" atau
"Kalau aku ada duit kecik dah lama aku bagi dah"
Sudahnya:
Aku gelengkan je kepala sebab confirm diorang akan pulangkan baki duit aku sama ada diorang suka atau tidak.
Scene 2
Di kebanyakan kedai barangan logam (hardware) milik orang Melayu. Kengkadang aku ada rasa yang menebal untuk membantu perniagaan orang Melayu tapi, mereka-mereka ini kebanyakannya berlaku sombong dengan orang Melayu yang tolong mereka sendiri. Tadi aku beli puttyfiller RM8 dan 10 cable tie dengan harga RM0.30 satu.
"RM8 dengan RM3, semua RM11"
Dalam hati aku akan jawab:
"Seringgit pun nak kira ke pakcik? Diskaunlah, baru saya datang lagi" atau
"Aku letak balik barang ni kang pegi beli kat kedai Peter Crouch baru tau" atau
"Patutlah susah kau nak maju pakcik, seringgit pun berkira"
Sudahnya:
Aku akur dan mengeluarkan sekeping not RM10 dan RM1 lalu dihulurkan dengan hati yang geram seraya berazam, mampus aku taknak beli barang kat kedai kau lagi!
Sekian, terima kasih.
Saturday, December 27, 2008
JAWAB DALAM HATI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ekekekeke... aku suka entri ni! Antara soklan-soklan lain yang jawapan dlam hati biasanya berbeza dengan jawapan lisan ialah, pada pendapat beta le, gini-
"Eh? Kau tak pergi lagi?" (kenapa agaknya kau masih nampak aku akt sini?)
"Tengah buat apa tu?" (boleh dimaafkan kalau yang bertanya tu buta atau perbualantu melalui telefon.)
Di kedai makan orang Melayu, selepas makan, nak bayar bil. "Encik makan apa tadi?" (kau orang pikir sendiri apa nak jawab)
"Good morning!" (sapaan mesra yang dilafazkan oleh seorang Muslim kepada kita, yang juga seorang Muslim. Harus ditampar atau tak?)
Bla bla bla... Aku suka entri nih!
hahahahahah!
aku biasanya bagi je balik... especially soalan 'duit kecik ada tak?' tu... suka hati aku la nak bagi duit besar mana... jawapan kebiasaan aku: takkan bisnes besar macam ni takde duit tukar dik?
najwa aiman: macam ally mcbeal pun ada jugak kengkadang kan? kehkehkeh
naziah: aku tengok julat umur orang yang bertanya. kalau makcik2 atau pakcik2 aku jawab sopan sikitlah. kalau budak yang baru 2 hari baligh, aku balas sinis je.
Post a Comment