Monday, December 22, 2008

KUMPUL MUSUH

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Agaknya dah naik muntah korang dengar pepatah nih seumur hidup korang. Tapi, suka atau tidak dah memang terbukti benarnya kata-kata nasihat ini. Cuma, ramai antara kita yang masih tak sedar akan kebenarannya. Kadangkala, diorang tak sedar pun tindak-tanduk diorang adalah menjurus ke arah destinasi berbuat jahat lantas mampu menaikkan kebencian orang yang lalu menjadi musuh sama ada mereka sedar atau tidak.

Namun, ada juga yang memang semulajadinya suka berbuat jahat demi menutup kesilapan diri dan nak beri cerminan bahawa kesempurnaan adalah milik mereka. Dan keburukan mereka itu pula dilampiaskan terhadap orang lain seratus peratus. Manusia apakah mereka ini? Jijik aku.

Yang berbuat jahat dan suka mengumpul musuh satu kategori. Yang satu lagi kategori pulak dengan senang hati mendengar dan terima bulat-bulat daripada satu pihak sahaja tanpa membuat kajian terperinci untuk menentukan kebenaran yang hakiki. Masalah akan lebih meruncing apabila mereka yang tuli ini dari kalangan yang berkedudukan. Mampus!

Diorang ni tak tau ke, daripada sibuk mengumpul musuh lebih baik diorang kumpul setem ke, syiling ke atau keychain (macam Najwa Aiman).

2 comments:

Anonymous said...

Kronik... sangat kronik golongan gitu... Jenis lidah bercabang. Selalunya yang jenis camtu juga yang jenis tuli tu terdiri daripada golongan bodoh sombong juga. Lagi haru. Dan yang jenis gini biasanya dapat keistimewaan luar biasa di pejabat. Kalau dapat naik pangkat, dia akan jadi kaduk naik junjung. Lalu melompat-lompatlah dia macam beruk kena belacan...

pye:rudz said...

patik setuju benar dengan kupasan tersebut