Thursday, February 19, 2009

NGOMEL

Internet connection kat opis macam gampang. Ini ari baru ok. Kot? Aku bila dah sampai rumah memang tak berapa nak ada masa nak bukak PC nih.

Trip ke Gerik itu ari memang memenatkan. Jauh siot. Tapi jamuan makan tengah hari pihak lawan memang sangat dan terlalu memuaskan. Hilang penat. Datang mengantuk.

Aku pergi sebagai jurugambar tambahan. Pihak lawan dah ada jurugambar utama. Eksyen jugaklah gaya dia. Dah 87 tahun pegang kamera kot? Walaupun aku tau dia muda pada aku hahaha.

Aku sebenarnya nak belajar amek gambar je. Field experience kata orang puteh. Memang aku haram tak terel pun! Terkial-kial macam kura-kura terbalik. Banyak lagi aku kena belajar nampaknya kalau berhajat nak pegang lagi DSLR nih. Setakat nak eksyen je buat hape kan? Perpeluhan semasa amek gambar toksah kiralah. Part ini je aku sama dengan Raddy hahaha.

As for nak upload gambar, nantilah dulu. Bila senang dan ada masa terluang aku post kat belog ni. Korang jangan gelakkan aku sudah. Itulah, cadangnya nak melahu (istilah kitorang untuk melepak) dengan si Raddy sambil bawak kamera nak tunjuk gambar-gambar yang aku shoot. Nak tengok apa komen dan mana yang aku boleh improve. Ntah bila.

Kesimpulannya, memang leceh dan letih ngambik gambar majlis tunang/kawin kalau kau masih terkial-kial nak guna DSLR. Dahlah berat.

7 comments:

Anonymous said...

Awex-awex sana meriah tak? Eheks...

Nazri Razali said...

ngomel ni antara perkataan yang aku tak paham. dari kecik sampai sekarang tak pernah diguna pun dalam famili aku...

pye:rudz said...

najwa aiman: aweks? tarak... sendu je...

sevven: aku tau perkataan nih dari majalah gila-gila. ada column tajuk minah ngomel. ngomel basically means: membebel, merepek tanpa tujuan hehehe...

me3n said...

mana contoh gambar diambili? (betol ke diambili neh???)

pye:rudz said...

ad3ck: ada... takde masa nak upload lagi...

kookabooras said...

minah ngomel? yg aku tau dlm gile2 ae minahleter n mansasau. 'ngomel sikit' tu kolumn adi alhadi.

pye:rudz said...

ahh.. minahleter, mansasau dan ngomel sikit. betullah tu. lama sangat dah aku tak baca gila-gila. last time skolah rendah.