Aku selalu dimomokkan dengan pelbagai pantang-larang ciptaan manusia masa kecik-kecik dulu. Dulu masa kecik memanglah aku tak tau membezakan benda-benda nih mitos ataupun memang termaktub dalam hukum tuhan. Dah akil baligh barulah aku tau pantang-larang yang dimomokkan itu karut belaka. Cheh.
Hujah: Jangan asah pensel dua-dua belah.
Sebab: Nanti mak kita cepat mati.
Komen: Gampang. Apa kena-mengena pensel dengan mak aku?
Hujah: Jangan meniarap dan sabung kaki (silang ke atas).
Sebab: Nanti mak cepat mati.
Komen: Apa nih? Lagi-lagi nak kaitkan mak.
Hujah: Jangan makan kepak ayam.
Sebab: Nanti time kawin tak segak/lawa.
Komen: Hek eleh, diorang yang nak kepak ayam tu cakap je lah.
Hujah: Jangan makan ikan masin.
Sebab: Nanti bontot banyak cacing.
Komen: Ye ke? Aku rasa ini pun sama kes macam kepak ayam.
Hujah: Jangan tunjuk pelangi.
Sebab: Nanti jari yang menunjuk jadi kudung.
Komen: Hish, apa punya pantang lah.
Hujah: Jangan bukak payung dalam rumah.
Sebab: Nanti ular masuk.
Komen: Ini pun aku tak berapa paham penaakulan mantiknya.
Hujah: Jangan ambik gambar bertiga.
Sebab: Nanti salah seorang akan mati cepat.
Komen: Kamera pun boleh jadi Death Note ek?
Hujah: Jangan makan pedal ayam.
Sebab: Nanti time sunat kulup jadi liat.
Komen: Huih, memang sampai sekarang aku tak makan pedal ayam hahaha.
Hujah: Jangan makan tongkeng ayam.
Sebab: Nanti banyak mulut (cakap).
Komen: Sekali lagi, apa perkaitan tongkeng ayam dan mulut manusia?
Cukuplah tu. Pening dah kepala aku nak recall benda-benda nih sebab kebanyakannya dah aku delete dari kepala hotak aku.
Friday, February 27, 2009
PANTANG & LARANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Betul! Betul! Wa setuju!
Hujah: Jangan kupas kulit buah menyongsang (dari pangkal ke tangkai).
Sebab: Nanti anak lahir menyongsang.
Komen: (Tak berani nak komen sebab Permaisuri beta memang dulu kupas kulit buah menyongsang semasa mengandungkan Aiman. Dan Aiman kena keluar ikut tingkap sebab songsang! Alamak...!) Walaupun logik akal aku masih tak terima kaitan potong buah dengan cara budak lahir, tapi aku sampai sekarang kupas kulit buah dari tangkai!
Tapi ada pantang larang yang boleh nampak logiknya. Yang jenis gini aku terima.
Hujah: Jangan pototng kuku waktu malam.
Sebab: Nanti pendek nyawa.
Komen: Diterima le sebab zaman dia orang cipta pantang larang ni, belum ada lampu elektrik dan belum ada pengetip kuku. Zaman tu orang pototng kuku mesti pakai parang, kan? Kalau pisau pun, at least saiz paling kecil zaman tu mesti saiz belati. Bayangkan kalau orang yang diabetec zaman tu nak potong kuku kaki.
yang aku percaya, jgn buat adik nnt ayah balik pukul abg...gerenti...
uhuk2
Banyak yang tak boleh diterima dek akal. Tetapi pantang larang masa mengandung memang akak patuhi....
Sebab tengok ramai yang dapat padah akibat tak ikut pantang larang....
Allahualam mungkin kebetulan atau saja ujian dari Allah swt.
Misalnya :-
Kalau mengandung jangan duduk bawah bendul pintu (kalau nak duduk luar, luar terus.Kalau nak duduk dalam, dalam terus).
- Dikhuatiri beranak susah anak nak keluar. Sangkut kat tengah-tengah.Itu yang pakai, vakum, forcep segala. Dah pernah jugak terjadi pada kawan2 akibat langgar pantang ini.
Kalau mengandung jangan lilit apa jenis kain pun di leher.
- Dikhuatiri anak dalam kandungan terlilit leher dengan tali pusat. Kebetulan kot, pernah terjadi ke atas kenalan yang tak patuh pantang larang mengandung.
Kalau mengandung jangan menyeksa, mengejek atau membunuh binatang seperti kucing, monyet dan sebagainya
-Dikhuatiri anak lahir kenan binatang tersebut. Allahualam.
Dan banyak lagi...
hahahaha.. hantam aje la! bapak wa penah 'sound' wa, Jangan terlalu kerap memandu di waktu malam, nanti battery keta cepat weak..
Tu pantang larang yang sememangnya tak bagi wa pegi teh tarik ngan kengkawan..
wa tak sker makan tongkeng ayam pongg mulut wa lagi busuk dari tahi ayam achot!
najwa aiman: yang potong kuku waktu malam tu pun biasa kena sound jugak tu
kak nani: yang part mengandung punya pantang-larang memang macam-macam. takut jugak kalau tak ikut, kan?
tembakau: hahaha itu bukan pantang-larang bro, itu last warning yang tiada awal dan akhir. tau tau kena satu dass...
kotak keranda: alasan bateri kereta weak kalau jalan malam adalah yang paling tak munasabah aku pernah dengar kehkehkeh
apsal banyak yang ku tak pernah dengar dari list ko tuh?
ad3ck: lain padang lain belalang. ehhee...
pearl: kes bantal dengan kekabu tu pun mistirius jugak tu.
yg bantal n kekabu tuh,ikut logik aku...kan bantal tuh utk lapik kepala..so xelok la letak di bontot lak...yg lain2 mmg xmasuk akal la..bg aku,yg elok kita ikut,yg xelok jdkan sempadan..tuhan bg kita akal fikiran,gunalah sebaik mungkin..insyallah selamat..
Post a Comment