Wednesday, February 11, 2009

PERADUAN

Peraduan = contest.

Aku suka masuk peraduan yang hadiahnya wang tunai. Ya. Tak kisahlah peraduan tu dianjurkan oleh pembuat ubat gigi, air kotak, coklat, perabot, biskut, minuman kultur atau ntah hapa-hapa lagi ntah.

Lagi aku suka kalau peraduan tu memerlukan aku melukis. Dah itu je kebolehan yang aku rasa boleh digunakan. Seperti calon ABPBH yang lain (eheh), sememangnya aku akan cuba sedaya-upaya dan menaruh harapan tinggi untuk menang lah (bohong kalau taknak menang). Sape nak bagi duit free oii? Of course lah kita kena purchase barang sebagai bukti pembelian. Aku tak kisah. Pada aku, kalau kita perlu keluar modal rm50 nak menang rm50 ribu apa salahnya kan? Kalau tak menang tu takde rezeki lah namanya yang penting usaha. Lagi elok daripada aku main judi kan? Hahaha...

Dalam banyak-banyak peraduan yang aku masuk, ada jugak beberapa yang "ter"kena. Seronok toksah kata, rasa macam boleh pegi haji walaupun menangnya berapa ratus je hahaha. Tapi, itulah rezeki yang ditentukan tuhan namanya kan?


Contoh lampin pakai buang bayi

Sekarang aku tengah fokus kepada peraduan yang bukti pembeliannya adalah lampin pakai buang bayi. Tak, bukan lampin tu buktinya tapi resit pembelian lah. Hadiahnya ialah dana pendidikan untuk anak. Aku suka. Dah memang aku beli lampin pakai buang untuk anak aku sekarang kan? Tengoklah kalau ada rezeki, ada lah...

8 comments:

Anonymous said...

Bro! Kalau peraduan tu perlu lu melukis, wa konfiden beb! Good luck!

pye:rudz said...

najwa aiman: terima kasih. insyaallah.

kookabooras said...

bro, lampin ape yg ade peraduan ni?

kookabooras said...

bro, lampin ape yg ade peraduan ni?

Pyanhabib said...

selamat beradikipar kat gerik. :)

pye:rudz said...

kookabooras: mamy poko tidur lena pagi senyuman

brader pyanhabib: terima kasih daun pudina! (gua tengah hisap rokok angin)

me3n said...

Ahahaha bukti pembelian ialah lampin pakai buang SELEPAS PAKAI. =))

Semoga berjayalah.

pye:rudz said...

ad3ck: insyaallah