Tuesday, March 10, 2009

SIMPANG

Depan itu
menanti simpang
yang harus dipilih
antara cabangnya

Di sini
terbuku dilema
yang belum terlerai
dari kusutnya

Belakang itu
pelbagai jiwa
yang amat mengasihi
hebat cintanya

Namun aku
masih di sini
setia berfikir
di simpang itu


Nota: Sila dengar lagu Persimpangan - Wings/Teori Domino untuk mendapat feel

6 comments:

Anonymous said...

Bro, dapat offer ke? Betul? Kalau betul, fikir bebaik bro...

pye:rudz said...

najwa aiman: eh? bukan... takde kena-mengena dengan offer kerja baru beb... hehe

Unknown said...

kat simpang, taiping, ada satu gerai sup tulang power ehee(cuba tiru lawak nasi lemak)

pye:rudz said...

tembakau: lama betul aku tak balik taiping semenjak tok ngan opah takde. tapi, nanti bebila ke sana aku tanya nko specific spot gerai tu kat mana.

Anonymous said...

Wa nak join! Wa nak join! Boleh ke?

pye:rudz said...

haha the more the merrier