Tuesday, April 28, 2009

PANDANGAN SAYA

Pandangan saya kali ini adalah tentang pembuat kereta nasional kita iaitu Perusahaan Otomobil Nasional atau nama glamournya Proton.

1. Proton akan pick-up performance syarikatnya. Sebab: Proton ada bos baru yang saya rasa sangat berwibawa.

2. Saya minat Proton Neo tapi dia 2 pintu. Kalau ada versi Neo Quattro (4 pintu) pasti memukau! Gerek seh.

3. Exora adalah titik-tolak kebangkitan Proton di mata rakyat.

4. Gen-2 akan (dan mungkin sedang) dipulau oleh rakyat Malaysia kerana kebanyakan rakyat lebih meminati Persona. Lebih murah dan lebih baik (?)

5. Pada hemat saya, Savvy akan menerima nasib yang sama seperti model Tiara.

6. Wira dan Iswara wajar dihentikan pengeluarannya dan Proton patut fokus kepada Saga (baru), Persona, Gen-2, Waja dan lebih banyak model baru. Cukup-cukuplah tu buat untung dengan chassis lama.

7. Rasanya dah sampai masa model Perdana dibangunkan semula untuk memberi saingan dalam kelas cc 2.0.

8. Model Juara sebenarnya sudah diculik dan tiada siapa yang peduli.

9. Saya rasa Proton wajar membangunkan model pick-up truck dan van komersil.

10. Model Arena adalah salah satu bahan jenaka yang tiada tolok bandingnya.

Proton boleh maju, dan kita kena beri peluang kepada Proton untuk maju. Tetapi, adakah Proton memberi peluang kepada rakyat menikmati kenderaan yang setimpal dengan harga yang diletakkan?

Dan, kenapa harus "Kualiti Eksport" lebih bagus dari kualiti tempatan? Berilah yang terbaik kepada rakyat dahulu dan barulah kepada dunia. Barulah kita akan berbangga dengan kereta nasional kita, kan?


Nota: Apa jadi dengan AFTA eh?

5 comments:

Najwa Aiman said...

Ni apa tetiba cerita pasal Proton dengan gaya teramat formal nih? Dah terasa betapa perlunya MPV ek? Eheks...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

biasa la bro......sendiri mau igt..

pye:rudz said...

najwa aiman: takut lupa ilmu yang cikgu bm gua ajar dulu kehkehkeh

a.k.u.p.e.n.t.o.i: takut ingat-ingat lupa, melayu kan mudah lupa?

kookabooras said...

member aku keja perodua. katenye perodua akan keluarkan MPV terbaru. aku da tgk gamba dari handphone die. lawa lagi dari Exora. harga - biasalah, ada tinggi sikit dari Proton. tp harga tinggi tu bukan sbb nak untung cepat. harga sblm di ejas oleh kerajaan adalah RM50-60K. Samalah dgn kes VIVA. Asalnya harga utk pasaran ialah bawah RM30K. So sbb nak jaga Proton, kerajaan ubah harga menjadi tinggi sedikit dri savvi. Kalu lu nk angkat Exora, baik pikir2 sejenak. Tunggu perodua lancar model MPV sebelum bulan 11 ni.

NIPON said...

Could you explan in English Language?

LEARN FOREX MARKET | FOREX TRADING SYSTEM