Friday, April 10, 2009

REMEMBERING PEOPLE

Bagaimana korang mengingati seseorang? Adakah melalui struktur fizikalnya? Perangainya? Tabiatnya? Sikapnya?

Tahukah kita bahawa adalah tidak bagus untuk mengingati seseorang melalui sisi gelap mereka atau bahagian yang tidak mereka suka untuk diingati? Contoh mudah:

Fizikal
1. Badan gemuk
2. Kulit hitam
3. Gigi jongang
4. Bulu hidung terkeluar
5. Muka banyak jerawat



Perangai/Tabiat
1. Ludah merata-rata
2. Korek telinga dengan pensel dalam meeting
3. Korek hidung sambil bercakap dengan orang
4. Tekan-tekan pen semasa dalam meeting
5. Suka pow rokok

Sikap
1. Cakap depan lain, belakang lain
2. Dia sorang je lah dalam dunia ni yang buat kerja
3. Cakap tak serupa bikin
4. Gaya cakap macam pandai tapi tak pandai pun
5. Mementingkan diri

Sebenarnya, kita perlu mengingati yang baik-baik sahaja mengenai seseorang. Sebab, selalunya yang berlaku apabila kita sudah tidak lagi menggemari seseorang itu ialah, kita selalu membangkitkan perkara-perkara buruk yang kita ingat tentang mereka. Yang baik-baik seakan tidak pernah ada. Walaupun yang baik ada 9 dan yang buruk cuma 1, tetaplah yang 1 itu yang kita nak highlight kan.

Betul tak? Jangan bohonglah...

8 comments:

Najwa Aiman said...

"Betul! Betul! Betul!" Sebab tu kena sentiasa buat baik supaya iorang ingat yang bebaik jek... ekekekeke...

Eh...? Errr... kat sana orang masih ingat aku lagi tak? Dia orang ingat aku atas sebab apa ek? Adoi laaa...

pye:rudz said...

najwa aiman: ingat? yang lama ingatlah kot... atas sebab apa masing-masing punya hal lah. skarang dah ramai orang baru dah bro... bangunan bersepah pulak tu. nak saling berjumpa pun susah dan jarang-jarang. jangkaan saya: in next 5 years, everybody will be strangers to each other.

kookabooras said...

pak lah ke ni? ke khairy jamaludin?

Unknown said...

aap ko dah buat tak taulah aku dah termimpi2 blog ko nih wahahaa

treefwog said...

dah resmi manusia, benda baik di buat 1001 kali susah dorang nak hengat.. sbb tu ada pepatah, buat jahat jangan sekali, buat muka baik berkali-kali.

Pyanhabib said...

lagu mana nak ingat `tuan tanah' blog ini? ingatkan senyum maneh dengan `janggut' bawah bibir sambil posing spek hitam?

pye:rudz said...

kotak keranda: buat muka baik berkali-kali eh? kalau muka pecah rumah? memang tak boleh buat muka baiklah nampaknya...

brader pyanhabib: boleh jugak... ehhee...

pye:rudz said...

kookabooras: hish kau nih... takde kena-mengena dengan diorang tu lah heh

tembakau: sebelum tidur jangan lupa basuh kaki hehehehe...