Tuesday, May 26, 2009

LAP 1996

Masa di UTM Skudai dulu, pelajar tahun 1 memang tak boleh bawak motosikal. Motobot apatah lagi. Apa rasionalnya pun aku tak tau. Pelajar tahun 2 ke atas saja yang boleh bawak motosikal di kampus. Gampang bukan?

Dalam pada itu, ada jugak kengkawan aku yang tak pedulikan peraturan tu. Tapi diorang tak daftarlah motosikal diorang. Kalau pak guard tahan, pandai-pandailah.

Aku ada lesen motosikal. Bapak aku suruh amek lesen B full. Senang katanya. Bila-bila kau nak beli motor besar dah ada lesen. Tapi sampai sekarang haram satu motosikal besar pun aku tak mampu beli.

Aku ada kawan budak Kampung Baru, Fendi namanya. Dia antara yang berani bawak motosikal pada tahun 1 pengajian. Dia ada motosikal Suzuki RG 110. Tapi lesen L. Aku selalu gelakkan dia sebab gaya dia bawak motosikal memang tak kacak langsung! Tapi tak boleh selalu gelakkan dia sebab aku selalu tumpang dia nak pergi kuliah atau pergi makan atau jalan-jalan.


Inilah motosikal Suzuki RG 110. Tapi ini bukan motosikal Fendi.

Ada satu hari tu kitorang nak pergi Taman Universiti. Urusan apa aku pun dah tak ingat. Dah motor Fendi, Fendi lah bawak kan? Aku bonceng aje. Sampailah ada satu lap baik ni. Aku bilang, "Kau lap tak syoklah Fendi". Darah muda jangan dicabar dan Fendi pun melakukan lap ala-ala Randy Mamola pada kelajuan 40km/j hahaha.

Tiba-tiba Fendi gagal mengawal motosikalnya. Kaki kirinya tersagat pada kaki lima jalan ntah berapa meter sampailah kitorang berdua tergolek dog atas pavement tu. Berguling-guling wa cakap lu. Dahlah tengah hari buta.

Seketika kemudian, aku bingkas bangun dan dapati aku hanya cedera ringan di lutut. Jeans aku ada lubang kecil. Damn! Fendi sikit tak perasan kaki dia tengah berdarah dengan banyaknya. Dia marah-marah sebab tergolek tadi sambil menghempas helmet merahnya. pelan-pelan aku tunjuk kaki dia yang berdarah banyak tu. Fendi terus terduduk macam nak pitam tapi tak pitam.

Aku take over motor Fendi dan bawak di ke klinik berhampiran. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

7 comments:

mamabio said...

peh!! baek punya..

Najwa Aiman said...

Bersyukurlah kerana Fendi tu belum cukup qualification untuk jadi Mat Rempit... ekekekeke... adoi laaa... Yang penting selamat beb!

artisticklytouch said...

lap @ 40km/jam? buleh eh?

pye:rudz said...

mamabio: memang baek...

najwa aiman: pengalaman eksiden motosikal yang pertama tu. ye, ada banyak lagi. Fendi ni pun selalu buat gila balik KL dari JB naik motosikal kapcai tu hahaha.

artis: huish... ape pulak tak boleh... gaya je lah hahaha

Labu-Labi said...

Dan aku masih ingat lagi camne rupa kaki si fendi tu..huhu.. seb baik jatuh tepi jalan..

Anonymous said...

hmmm... ko ingat kat sekolah dulu? form 3 and above je boleh pakai short... same concept la... senior nak tunjuk macho.

pye:rudz said...

labu-labi: gila ngeri parut die kan?

anonymous (aku rasa ngek): selain nak tunjuk macho, ia juga bertujuan nak tunjuk bulu kaki yang baru mula nak tumbuh sebab dah akil baligh hahaha...