Wednesday, May 20, 2009

NASI LEMAK

Satu petang tu, aku dan Shidah bercadang nak singgah Jusco AU2. Balik kerja terus singgah. Ini ekspress punya shopping nih. Cari barang Mikael sikit.

Kitorang dapat spot parking baik punya. Jenis tak sampai 34 tapak dah sampai eskalator. Pun begitu, kami tetap melangkah dengan gaya tergesa-gesa kerana mengejar masa. Masa itu emas kata pepatah dulu-dulu.


Kedai Nasi Lemak Antarabangsa yang original di Kampung Baru

Naik eskalator nampak kedai pokok, lepas tu ada brader jual jagung cawan. Not today brader, kataku dalam hati. Di depan ada kedai makan baru. Nasi Lemak Antarabangsa. Fuh! Francais maut diorang nih. Stylo habis restoran dia!

Tiba-tiba ternampak kawan sekolah aku yang fanatik Manchester United si Izwan Ismail melambai-lambai dari dalam kedai itu. Aku dan dia segera bertemu di satu titik di luar kedai makan stylo itu. Eh, lepak dulu sini minum-minum kata Izwan. Aku nak cepat nih, beli barang anak sikit. Sambil mengerling ke arah meja dari Izwan datang. Ada geng dia. Malaslah.
Padahal dalam hati: Apa barang lepak minum kat kedai nasi lemak?

Apa kau buat sini? Tak lepak Hj. Tapah ke? Aku tanya sebab rumah dia belakang Restoran Hj. Tapah, Taman Permata. Yang juga tempat lepak kegemaran aku dan Raddy.

Eh, aku terlupa nak ajak kau itu ari. Budak-budak semua datang. Aku baru bukak kedai ni, share ngan partner aku. Sambil menunjuk ke gengnya di meja tadi.

Ooo... nanti lain kali lah aku singgah. Dapat makan free ke? Heheheh...

First visit boleh laa... lain kali kena la bayar hahaha...

Orait, nanti aku promote kan kat mana-mana insyaallah.

4 comments:

ez said...

kedai hj. tapah ka??..aiyakk tekenang zaman memuda la bang..

pye:rudz said...

hahaha balik sini, roger lah! kita lepak hj. tapah.

Labu-Labi said...

huhu..izwan ismail ke...kedai yg mana satu tu pye??

pye:rudz said...

labu-labi: izwan ismail la... izwan mana lagi? kedai nasi lemak antarabangsa kat jusco AU2. cekidaut!