Thursday, June 25, 2009

RUNUT BUNYI



Aku sukakan muzik. Dari rock, jazz, punk, keroncong dan macam-macam lain yang sedap di halwa telinga aku. Aku jugak ada runut bunyi (soundtrack) dalam menjalani aktiviti seharian yang aku nyanyi dalam hati ataupun yang aku bayangkan lagu tu bermain dalam benak aku. Tak semua aktiviti lah. Dan lagu-lagu ini mungkin berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Ini antara yang aku ingat.

1. Stress semasa kerja: Luka Mana - Hujan

2. Malas nak pergi kerja: Sampai Bila - Afdlin Shauki

3. Sakit atau tidak sihat: Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

4. Melihat Mikael mengesot dengan laju untuk mendapatkan mainan: Wherever I May Roam - Metallica

5. Perasan macam Initial D semasa memandu: Jiwa Kelajuan - Hujan

6. Bangun pagi Ahad sambil mengemas rumah: Sunday Morning - Maroon 5

7. Gembira kerja settle dengan jayanya: Top Of The World - The Carpenters

8. Rasa romantika: Malam Bulan Di Pagar Bintang - P. Ramlee

9. Masa aku ingat aku akan dapat anak perempuan: Julia - Exist

10. Lagu buffer (manjang nyanyi lagu ni): Pagi Yang Gelap & Aku Skandal - Hujan

11. Bila rasa tertindas di pejabat: Situasi - Bunkface

12. Untuk melihat Mikael tersenyum sampai nampak semua gusi: Lagu tema Smurf

Korang ada ke runut bunyi macam aku? Haa...

7 comments:

mamabio said...

'runut' tu bahasa malaysia eh? xpnah plak dgr.. tringat plak 'unun' = baba's.. ahahahaa

artisticklytouch said...

runut bunyi aku sentiasa berubah..

Unknown said...

fuh...ini berat ni. banyak situasi, bagai2 lagu. kalu aku?
1. bila terasa bijak:
thom yorke: harrowdown hill
2. bila mau semangat:
radiohead: bodysnatchers, jigsaw
3. bila rasa nak nyanyi dalam kereta sorang2 dan tiba di sesuatu tempat dgn semangat: audioslave: cochise
4. mengingat mati: audioslave: like a stone
5. mengingat diri: audioslave: be yourself
6: bila rasa ada sikit gila: pink floyd : (album darkside of the moon)
7: utk fokus masa kerja : playlist m nasir
8. utk dngar nasihat dari abang:
playlist pearljam
9. utk dngar nasihat dari pakcik: gnr: better
10: bila semua lagu dah tak best utk didngar: aku ambik gitar dan nyanyi sndri.

mamabio said...

ehehe.. gua enter frame kjap.

tembakau "bila semua lagu dah tak best utk didngar: aku ambik gitar dan nyanyi sndri".. ahahaa.. baru btul. baik dgr suara sndiri.

klau nak dgr nasihat dr pakcik, lain kali meet uncle husin la.. xpon meet uncle ku.. ahaahaa..

pye:rudz said...

mamabio: unun = baba's hahaha. korang tak percaya pegi tengok bungkusan rempah kari baba's punya logo.

artis: wind of change - scorpions mungkin kacip dengan kau hahaha

tembakau: aku layan pearl jam time sorang-sorang dalam kereta je. ramai orang tak boleh terima muzik pearl jam.

Najwa Aiman said...

Runut bunyi nak mengajak' tu ada laaa... Ikut tahap dan fasa. Biasanya bermula dengan Help! (tak ingat siapa penyanyinya. Ni lagu zaman 70'an). Kemduain diikuti dengan lagu Pussycat Doll yang ada sebut "button, button" tu dan biasanya berakhir dengan lagu Heal the World sebab ada lirik Give a little space to make a better place..

But seriously... Malam Bulan Di Pagar Bintang...??? Serius???

treefwog said...

1. Masa wa kerja gaji buta: You Needed Me - Anne Murray

2. Emergency Leave a.k.a muak tgk muka org kt tpt keja : Quiet Time To Play- Johnny Gill

3. MC: You can dance if you want to - Men at Work

4. Melihat kelkatooz guna Mac Mini wa : I'll Stand By You - Roxette

5. Perasaan macam drive honda city pye:rudz : Stars - Simply Red

6. Bangun pagi Ahad kena gi Pasar tani: Under Pressure - Queen & David Bowie
7. Gembira kerja settle dengan jayanya: Hujan (lagu keroncong)- Adibah Noor

8. Rasa romantika ?: Engkau Laksanan Bulan - Sheila Majid

9. Masa wa berangan dok atas pelamin ngan Brad Pitt : Sofaz - Bukan Disini

10. Lagu buffer (manjang nyanyi lagu ni): Laalalalaa. hari-hari kerja - Meet Uncle Husain

11. Bila rasa tertindas di pejabat: Look What You've Done - Jet

12. Untuk melihat anak-anak rakan/sedara-mara tersenyum sampai nampak semua gusi: Magdalena - Sergio Mendez