Thursday, July 2, 2009

CHOW KIT

Mak aku bilang dia nak pegi potong rambut hari nih. Hati aku berbunga mengalahkan bunga angkasa. Fuh, best nih aku berbisik dalam hati. Dapat jalan-jalan naik Bas Sri Jaya pegi Chow Kit. Kalau up sikit mak aku akan naik teksi.


Pemandangan Jalan Chow Kit dari Jalan TAR yang dulu namanya Batu Road (gambar dari Wikipedia)

Mak aku memang potong rambut kat Chow Kit. Kedai cina yang ada gambar perempuan berambut kerinting. Busuk gila kedai tu bau ammonia yang kadang-kadang macam bau kentut. Aku saspek bahan kimia yang digunakan untuk melurus atau mengkerinting rambut punya bau yang ba-ing tu.

Amoi tukang gunting tu punya bising pun satu hal. Chong-cheng-chong-cheng ntah hape yang dibualkan dengan rakan sekerja dan kadang-kadang pelanggan sebangsa. Kejap-kejap bunyi pengering rambut. Aku selalunya buat-buat pandai membaca majalah je lah sementara menunggu, padahal tengok-tengok gambar.

Aku sebenarnya bukan suka sangat lepak kedai guntung rambut tu pun. Aku cuma suka dapat jalan-jalan je. Tak payah pegi mengaji kat rumah Ustazah Hamidah yang dekat /4 tu.

Tapi hari itu hujan turun. Main-main pulak tu. Kejap lebat, kejap renyai. Kejap lebat, kejap renyai. Aku mula jadi tak keruan. Aku tanya mak aku: Pukul berapa nak pegi gunting rambut? (ayat cover line). Nantilah, tunggu hujan berhenti jawab mak aku. Aku ingat adalah 27 kali aku tanya mak aku soalan yang sama. Punyalah tak tahan, aku dah sampai tahap tanya sambil menangis dan jawapan mak aku tetap sama: Nantilah tunggu hujan berhenti.

Diam-diam masa mak aku tak nampak aku menadah tangan berdoa hujan cepat berhenti, dalam bahasa Melayu. Kalau mak aku nampak mesti kena gelak habis-habisan.

Memang hari tu hujan lebat sampai petang siap guruh berdentum-dentam lagi. Aku sedar-sedar dah tertidur kat bawah meja, teresak-esak. Punyalah hebat impak keseronokan nak pegi Chow Kit masa tu, sampai boleh menangis kalau tak dapat pergi. Fuh.

*****

Hari ini.

Lalu Chow Kit? Malaslah. Jalan jam macam setan.

Pegi Chow Kit? Tak seleralah. Banyak Indon. Macam mini Jakarta.

Pegi Chow Kit? Buat hape? Baik pegi KLCC.

Kesian Chow Kit.

12 comments:

Fa-T said...

sejak sudir meninggal... chow kit terpinggir.. err ade kaitan ke???

artisticklytouch said...

kadang-kadang aku terlupa ada chow kit kat KL ni...

FdausAmad said...

Ramai 'doktor' sana...

ez said...

bas2 sri jaya yg pg dr flat columbia..
255, 237B (A pg ke ah?)..
259 dia x pg sbb lalu ampang park kn?..
tusyen kt chowkit beb dulu..muahahaha..

Najwa Aiman said...

Masih lagi pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Masih lagi ada aktiviti yang sama di Lorong Haji Taib.

Masih lagi banyak bangunan yang tak terusik.

Memang nostalgik...

sang kenggeru said...

w0hh.cowkit ade pasar.ikan murah2.sume pn murah.tmpt mak ak s0ping tiap2 minggu.rindu mkn ikan.rindu kl.

treefwog said...

haa laa, wa baru gak pegi baru-baru ni, pegi 'jahit-tepi'..itu la yg mak wa ckp. tiada lain tempat yg baguz 'jahit-tepi' selain dari kat chowkit neh.

Labu-Labi said...

Kenangan aku yg sinonim dgn Chow Kit..

1)Bas SJ 237
2)dulu ada keramat supermarket kat situ kan?
3)bapak aku suke beli barang dapur kat supermarket"COOP"
4)Lintas bwh jejantas silap2 kena cekup dgn polis..
5)Setiap kali nak pegi The Mall terpaksa turun kat Chow Kit then menapak mcm siut sampai peluh ketiak...masa tu the mall la paling grand..

pye:rudz said...

fa-t: sudirman dah buat part dia. tribute to chow kit melalui lagu. kita sebenarnya yang meminggirkan chow kit.

artis: mungkin kau ingat chow-kit tu dah dibeli oleh indonesia barangkali?

fdausamad: hah! aku pernah nampak saleem (penyanyi) kena cekup kat situ hahaha.

ez: chow kit satu ketika dulu macam lrt interchange masjid jamek, kan? tapi untuk bas lah.

najwa aiman: banyak dah berubah sebenarnya lorong belakang tu.

sang kenggeru: dok australia lama sangat sampai jadi kenggeru kenapa? hahaha

kotak keranda: jauh tu pegi jahit tepi!

labu-labi: kenangan kau memang sinonim dengan aku hahaha

widz said...

den suko tgk tiket bas sri jaya.. very kalerful

kuchalana said...

teringat keramat supermarket...

Unknown said...

...budak kampung...hahahahaha