Pada suatu hari, Bendahara A menitahkan kepada Maharaja Y bahawa bekalan pisang di negeri G sudah makin menyusut. Adapun negeri G keseluruhannya memang sangat bergantung kepada bekalan pisang untuk meneruskan kehidupan. Dan perkhabaran itu juga dimaklumkan kepada Bendahara yang lainnya. Ya, negeri G ada lebih dari satu Bendahara.
Dalam keadaan bekalan pisang yang semakin bekurangan, adalah logiknya semua perbelanjaan negeri G dijimatkan. Ini adalah lazim yang dilakukan oleh negeri-negeri mahupun negara-negara lain. Namun tidak bagi negeri G. Para Bendahara dan Maharaja Y seakan tidak peduli akan penyusutan bekalan pisang yang semakin tidak terkawal dek kebengapan corak pentadbiran mereka.
Bertambah bengap dan dungu lagi apabila Maharaja Y membuat keputusan yang tidak dapat diterima akal sama sekali apabila menyerahkan bekalan pisang yang menyusut itu kepada lanun-lanun yang haloba. Walhal, lanun-lanun tersebut bukan mampu berbuat apa-apa sekalipun jika negeri G tidak menyerahkan bekalan pisang mereka. Rakyat G sebenarnya yang lebih memerlukan pisang.
Terkini, rakyat negeri G hanya diberi cekodok pisang sahaja. Ya, memang lebih jimat berbanding memberikan rakyat sesikat seorang. Namun, pembesar-pembesar negeri masih mendapat sesikat dan barangkali setandan pisang mentah setiap seorang. Bagus benarlah tu. Rakyat disuruh berjimat mengikat perut manakala mereka sibuk membesarkan perut. Musibat.
Namun, apakan daya, rakyat jelata negeri G hanya mampu melihat sahaja. Sememangnya Maharaja Y, Bendahara A, J, F dan N kurang (atau mungkin tidak langsung) menggunakan akal dalam mentadbir negeri G. Lebih-lebih lagi Maharaja Y yang sebenarnya tiada bakat dan rasional yang bijak dalam urusan mentadbir negeri.
Oh, hampir saya terlupa. Para pembesar negeri G semuanya pandai-pandai belaka. Tiada lain yang sebijaksana mereka dalam segenap aspek pengurusan sesebuah negeri. Itu anggapan mereka. Dan itulah juga yang mereka bongkakkan. Hebat (konon). Walhal profaniti karut dan dangkal itulah sebenarnya punca yang sedang menjahanamkan negeri G.
Semoga Tuhan memberi petunjuk kepada mereka dan melindungi rakyat negeri G sebaiknya.
Friday, July 31, 2009
AL-KISAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
isk... macam nak start balik belajo ABC...
Aik? Tinggal 4 je ke Bendahara sekarang ni?
Anyways, untuk makan cekodok pisang, perlu dibancuh dan dimasak menggunakan akal fikiran. Untuk makan pisang, apatah lagi sampai sesikat setandan setiap seekor... eh... I mean... seorang... monyet pun boleh buat... ekekekekeke...
kena la makan keledek pulak..pisang dah habis...anyway..negeri G tu kampung Kenny G ke?
Apa maksud tersirat yang cuba ko sampaikan?
apa jadi ngan gundik bernama Q? dia sker collect kulit pisang gamaknyer.
fa-t: yang penting, nak belajar.
najwa aiman: satu lagi bendahara tengah assume duty.
labu-labi: ini jirang kampung pening lalat hahaha.
ad3ck: ini namanya mengumpat dalam samar.
kotak keranda: Q dah keje dengan james bond. baru minggu lepas masuk keje hahahaha.
kebanyakkan bendahara tu rasanya permit dah expired. tp masih cuba memerintah rakyat negeri G.. ahahaa.. sengal.
Post a Comment