Wednesday, August 5, 2009

AYAT SUCI


Anda biasa dengar orang jadikan bacaan ayat Al-Quran sebagai ringtone untuk telefon bimbit?

Saya tak berapa setujulah dengan perkara macam ni. Banyak bunyi lain lagi yang boleh dijadikan ringtone. Kenapa mesti nak pilih bacaan ayat Quran.
Ini hujah saya:

1. Telefon bimbit memang sentiasa dibimbit. Tak kiralah dalam kocek ke, dalam beg tangan ke atau mungkin sengaja dibimbit ditangan kalau ia telefon terkini yang mahal. Bayangkan kalau telefon anda berdering semasa anda berada di dalam tandas dengan ringtone bacaan ayat Quran. Apa cerita?

2. Bacaan ayat Quran perlu betul sebutan dan dihabiskan ayatnya supaya tidak lari maksudnya. Lazimnya, kalau telefon anda berdering pasti anda ingin segera menjawabnya. Lebih-lebih lagi kalau awek yang telefon atau lebih bongok lagi jika telefon tidak disenyapkan semasa dalam mesyuarat. Kucar-kacir nak jawab. Confirm ringtone ayat Quran tadi tak dihabiskan. Kan?

3. Biasanya, pada pengamatan saya, orang yang menjadikan ringtone bacaan ayat Quran untuk telefon bimbit ini adalah orang yang "kononnya" ilmu agama mereka ada sikit lebih dari orang lain. Namun, selayaknya merekalah yang patut lebih arif tentang perkara-perkara sebegini. Sekarang saya mula mempersoalkan tujuan mereka. Adakah mereka ingin menunjuk-nunjukkan bahawa: Aku cintakan agamaku. Aku sayangkan agamaku. Aku sentiasa perdengarkan bacaan Al-Quran hinggakan ringtone telefon bimbit aku pun ialah bacaan Al-Quran. Pada hemat saya mereka ini agak... jumud. Atau lebih kasar, bongok.

Jangan silap, bukan saya tidak suka mendengar atau memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran tetapi biarlah betul dengan caranya. Janganlah melenting kalau orang bukan Islam tidak menghormati ayat suci Al-Quran jika kita yang Islam ini sendiri pun "tak tahu" taraf letaknya kalam Allah itu.

Anda rasa?

7 comments:

Najwa Aiman said...

Beta setuju.

Amalkan Quran, tu wajib.

Baca Quran, dapat pahala.

Dengar Quran, dapat pahala.

Quran dibuat ringtone... tak mungkin untuk tujuan diamalkan, dibaca, mahupun didengari. Maknanya, Quran dibuat ringtone, tak menepati apa-apa tujuan. Buat sesuatu tanpa tujuan itu ialah...

la Signora said...

Very agree.Whatlah, takkan deyrang tak reti kot?Ni mesti kes ponteng ngaji kecik-kecik dulu.

Ade sorang ustaz kat my kampung, teramatlah best ustaz, sronok bawak bicara, sentiasa tersenyum dan anak² dia sungguh comel dan beradab.Gua inspired sangat-sangat nak dapat anak² cam ustaz tu.Anyway, nak dijadikan story, ringtone Ustaz tu lagu Datuk Siti Nurhaliza kalau bini dia tepon.General ringtone dia pulak kalau tak silap Din Beramboi,Message tone dia pulak?Apek cine.HAHAHAHAH.Takde lah plak Ustaz tu pakai ringtone ayat Quran.

pye:rudz said...

najwa aiman: ...lagho!

la signora: you got my point babeh ;)

Fa-T said...

Ringtone mengaji... ringtone zikir...

aduh... pudar kesucian kalo berkumandang dalam toilet!!! time tengah buang pulak tu.....

Unknown said...

saya rasa:

1)same goes dgn tak berhati2 dgn ringtone. bayangkan ketika kau tgh sembahyang jenazah, ringtone klua lagu "just dance"

kuchalana said...

dah jadi pattern la yop.. diorag ni kunun islamic la sangat... solat pon chulas... futher kunun dpt la pahala dgr org ngaji.. hakikatnya xpham apa makna.. xguna jugak..

pye:rudz said...

fa-t: tell me about it.

tembakau: memang gampang sikap itu. weh! dah abis bertapa ke?

kuchalana: nak menunjuk alim lah konon, kan?