Monday, August 24, 2009

MINUM

Aku memang kuat minum air sejuk kosong. Kuat beb. Memang lebih dari 2 liter sehari. Tak caya tanya bini aku. Dan aku memang tak heran sangat air manis-manis nih. Kalau aku datang rumah, korang hidang air sejuk kosong tanpa warna pun aku ok.

Rutin minum air sejuk kosong aku bermula seawal aku bangkit dari tidur. Aku memang jenis mandi-manda kat bilik air bawah. Air shower dia laju. Sedap sikit mandi. Aku tak into sangat perkara berkaitan water heater nih. Janji air dia laju turun dari shower, itu sudah memadai bagi aku. Sejuk bukan isu sebab suhu badan aku memang tak sesuai untuk iklim Malaysia ni.

Seperti hari-hari yang lazim, on the way ke bilik air bawah dengan bertuala untuk mandi, tangan aku akan pantas bukak peti ais untuk 5-6 teguk air kosong. Kasi basah tekak dulu bangun tido beb. Baru suara merdu macam burung serindit (huh?). Dan lepas mandi, seround lagi gua belasah 5-6 teguk air kosong dari peti ais. Nikmat duniawi betul minum air nih.

Tengah bersiap-siap dalam bilik kat atas, bini satu kali sudah tanya: Kita nak buka puasa makan apa hari ni?

Gua beku tanpa jawapan.

8 comments:

Fa-T said...

rutine... ahaha...

Najwa Aiman said...

Wooo... wa kena buat tabiat baru ni... makan dan minum bila bangun tidur sebelum mandi... Nak kasi thrill, tambah rutin ebrsetubuh gak... ekekekekeke... aiyaaarrrkkk...!!!

ita... said...

selalu minum air sejuk tak elok kan...

sekadar pandangan ita jer... :-)

Nazri Razali said...

rezeki...

treefwog said...

masa ramadhan..siang-siang hari dpt curi-curi minum air kotak dlm keta kompem takkan hilang dahaga. pastu cari parking susah, marah-marah pulak. maklumlah nak beli juadah berbuka utk keluarga kat pasar ramadhan..

pye:rudz said...

fa-t: ;)

najwa aiman: sila cuba dan maklumkan hasilnya hahaha...

ita: dah 368 orang cakap benda yang sama. masalahnya memang dari kecik tabiat saya macam ni.

sevven: ...jangan ditolak

kotak keranda: alang-alang kalau tak puasa baik makan KFC atau nasi beriyani beb, baru puas hati.

Anonymous said...

sapa tak puasa tak boleh raya wei...

MFN

pye:rudz said...

mfn: part akhir tu fiksyen lah.