Tuesday, August 18, 2009

PICISAN (BERNOMBOR)

1. Hujung minggu baru ni aku bercuti di PD bersama keluarga mertua. Lepak banglo tempat kerja abang ipar aku. Kali ni bukan banglo yang biasa kitorang lepak. Banglo lain. Sedikit gampang sebab penjaganya tak bagi guna dapur. Apa barang lepak banglo tak boleh pakai dapur? Selain dari itu, semuanya menarik.

2. Jumaat itu ari aku pergi Giant Nilai. Kali ini aku melancarkan boikot terhadap Giant Nilai. Pekerjanya telah bersikap kurang ajar terhadap aku. Dan itu bukan kes pertama tetapi yang ketiga! Ada ke jual barang tapi tak activate barcode? Penat aku beratur nak bayar. Mintak maaf pun takde. Pegi mampos sama Giant Nilai. Mari aku ajar kuasa pengguna.

3. Kucing liar semakin galak membuang najis kat laman depan rumah aku. Aku bercadang nak meninggikan jaring pada pintu pagar masuk. Sekali semua hardware yang aku biasa pegi sudah kehabisan stok jaring dari jenis yang aku nak. Apa benda nih? Pembuat jaring sudah mogok kah?

4. Aku sedang bermain psikologi dengan jiran sebelah rumah aku. Beliau didapati agak kurang menjaga kebersihan longkang luar. Habis rumput dari kawasan beliau berserabai masuk longkang lalu menyekat kelancaran aktiviti laluan air. Masalahnya dah macam-macam benda yang dah tersekat. Dari botol air mineral, bola plastik sampailah cawan McDonald's. Nanti nyamuk naik aku jugak susah. Lantas, aku tambakkan tebing longkang kawasan aku dengan batu bata. Signalnya: Kalau taknak rumput berserabai masuk longkang, buat macam aku buat ni. Aku harap beliau faham.

5. Naziah nak hadiahkan booties (kasut bayi) untuk Mikael. Tak, ini adalah booties yang beliau kait (knit) sendiri. Haa... itu yang speselnya. Hahaha. Silalah berkunjung ke blog beliau untuk maklumat lanjut. Promo ni beb.

Sekian, terima kasih.

8 comments:

Najwa Aiman said...

Ni banglo syarikat konglomerat besar yang rasa best tu ek? Yang ada banyak ladang tu ek?

mamabio said...

ahah.. begitu lah nmpaknya.. sykt perawat najis ada banglo tak..? hikhihiii..

mamabio said...

yeay! TQ to naziah!

Unknown said...

ko tabur serbuk cili kat halaman umah ko...tak pun apa2 yang boleh ditabur dan boleh menimbulkan kesan serupa.

1. kucing tu akan insaf tak nak buat lagi dah

2. mana2 kucing yang jalan bontot ke atas ekor tegak/kipas2 laju tu la dia kucing yang buat kerja.

p/s: kalau ko nak tangkap terus ko letak gam gajah.

Labu-Labi said...

haha...ok la tu kalau kucing...jgn anjing dok masuk umah sudah... lagi penin...!!

treefwog said...

1. tak bagi pakai dapo? lu bikin unggun api kat hall bungalow.
2. lu pegi kat signboard giant nilai tu.. lu tambah satu perkataan. giant TAKDA nilai
3. dorang dah jarang tak pakai jaring. dorang guna wimax gaknyer.
4. lu bela je ikan todak, biar dia serang jiran lu yg pengotoq tu.
5. alar.. cutenyer booties tu..! tunggu wa ada anak buah lg satu, wa nak 'kait' sindri. kena start kait-mengait neh..makan bulan neh..!

me3n said...

mungkin jaring tuh dibuat daripada gula?

pye:rudz said...

najwa aiman: haah.

mamabio: perawat air lah...

lizzam: ko serius ke serbuk cili tu? nak jugak aku try. hahaha.

labu-labi: anjing tak berani. diorang lepak kat tangki air je.

kotak keranda: tak... kitorang TAK AKAN lepak banglo tu lagi walau apa pun terjadi. cadangan untuk signboard pasaraya giant tu akan dipertimbangkan.

ad3ck: barangkali jugaklah...