Seperti kebanyakan rakyat Malaysia marhain, gua juga punya satu akaun di ASTRO. Gua sign-up pakej Variety, Movie, Cartoon dan Discovery mulanya. Tapi Olympic Beijing tahun lepas membuatkan gua trade Discovery dengan channel Sukan. Tak boleh tahan.
Sengal jugak kalau asyik tengok cerita singa main kejar-kejar tengah padang, cerita ikan paus mengawan, cerita panda makan buluh, cerita eksperimen membazir semata-mata nak semak kebenaran mitos, cerita orang buat motor sendiri dan lain-lain yang seumpamanya lah.
Makanya, sekarang gua ada pakej Variety, Movie, Cartoon dan Sukan sahaja yang harganya rm93.95.
EPL gua follow jugak sikit-sikit. Takdelah fanatik. Kalau mengantuk gua tido jugak tanpa rasa kesal. Ideanya ialah: Kalau tiba-tiba gua terjaga dek mimpi ngeri tengah malam, tak boleh tido dan ada pulak rasa nak menonton bolasepak, channel tu ada kat rumah gua. Tak payah huru-hara nak start kereta pegi Haji Tapah.
Channel pukul bola kecik kaler putih dengan batang besi titanium memang gua tak into sangat dewasa kini. Tak taulah kelak.
Musim EPL dah bermula. Gua macam biasa je. Takdelah kelam-kabut nak pakai jersi team yang menang keesokan harinya kalau malam tadi ada game. Kecoh betul. Kalau sempat gua layan, tak sempat gua tido lagi bagus. Apa pulak ceritanya kalau tengok bola sampai pukul 2 pagi pastu tido tanpa bersolat tahajjud kan? Hah! Heheheh.
Namun, baru-baru ini Astro sudah bikin hati gua panas. Dia dengan sesuka hatinya menaikkan harga pakej sukan dengan alasan yang gua kira tidak munasabah lebih-lebih lagi di waktu gawat begini. Harga baru subscription aku kini menjadi rm105.95. WTF?
Memanglah kos meningkat, tapi bukankah jumlah sucscriber juga meningkat? Kan? Ini samalah macam kes harga tol naik. Pengguna makin ramai patut harga tol makin murahlah, ini makin mahal. Apa barang? Gua tak taulah konsep atau prinsip ekonomi macam mana yang diorang guna pakai sebab yang terbeban ialah rakyat Malaysia jugak akhirnya.
Dan tadi gua telefon Astro kasi kensel channel Sukan gua. Terpaksa beb. Takpelah, kalau rasa nak tengok bola nanti gua lepak je lah Haji Tapah Bandar Seri Putra tak pun NZ Wangsa Maju. Alah, rumah mak mertua gua pun ada channel Sukan lah weh.
Makanya, sekarang gua ada pakej Variety, Movie dan Cartoon sahaja yang harganya rm84.95.
Nota: Aku tak boleh buang channel cartoon sebab Mikael suka tengok channel Disney dan aku suka tengok Ben 10 hahaha.
Wednesday, September 2, 2009
SATELIT PUAKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kalo nak kansel patut kansel ja terus astro tu... ngeee.. tapi channel kartun ok.. untuk bebudak belajar inggeris..
nak buat macam ne.. busnezz.. kapitalis!
Itu tak termasuk hujan-petir ..tetiba takder signal.Masih camtu ke Assterok tu?
hahaha..bayo ttp bayo..bila nak upgrade pegi digital tah..
lady aznie: receiver antenna kat rumah saya signalnya tak berapa bagus. kena pakai astro.
fa-t: dia takde pesaing, itu yang eksyen tu. tengok market telco sekarang, berlumba-lumba nak bagi kadar murah. ini yang kita mau!
la signora: oyeah babeh, masih begitu.
toi: kau ingat diorang kesah nak upgrade ke tidak? cheh.
salam bro!
good sharing..
good info..
so thanks ye:)
salam ramadhan:)
miez hanem: fuh, rasa macam blog ensyclopedia pulak. terima kasih.
Sekarang lu punya subscription sudah sama macam gua punya sejak dulu... ekekekekekeke...
haah la. mmg gitu la rakya kena bermesra sakan ngan bil-bil yg naik. wa hamek cartoon,discovery, box office & mustika ngan apa tah wa lupa. bil 79.95 rasanya. sukan? oh! tidak.
najwa aiman: it's in the DNA bro.
kotak keranda: macam cara jugak pakej rm79.95 nih. hmm...
Post a Comment