Thursday, October 1, 2009

KOMEDI

Sedar atau tidak aku sebenarnya telah didedahkan dengan komedi sejak dari kecil lagi sebenarnya. Aku je yang mungkin tak terperasan. Dan tiba-tiba aku teringat lawak ntahapa-hapa masa aku kecik-kecik dulu. Ada yang memang dengan sengajanya dibuat lawak dan ada juga yang hanya menjadi lawak bila aku dah akil baligh seperti hari ini. Ini antaranya:

1.
Eh, apa tu?
Mangsa komedi akan spontan menoleh ke arah yang ditunjukkan. Apabila mendapati tiada apa di situ mangsa akan kembali menoleh kepada pelawak dan si pelawak akan berkata dengan wajah gampang:
Saaatu kosong.
Dan kiraan mata akan bertambah jika mangsa "dikenakan" sekali lagi. Dan lagi.

2.
Pelawak: Eh, darah! Darah!
Mangsa: Mana? Mana?
Pelawak: Darah satriaaa...

Sebenarnya takde darah pun. Ia lawak sempena filem Darah Satria lewat 80an dulu. Tak tau filem tu? Sahih budak mentah.

3.
Ayomattt... Gesettt... Go!
Ini adalah tempikan untuk acara lumba lari yang aku rasa sepatutnya berbunyi:
On your markkk... Get settt... Go!

4.
Who shoe is are dirty shoes
Please go out and clean your dirty shoe
Who shoe is, sent for out!

Ini lat-tali-lat jenis susun kaki untuk pembahagian kumpulan. Kalau ikut sebutan memang macam tu lah bunyinya. Tunggang-langgang macam haram hahaha. Grammar confirm out! Tapi itu jam takde siapa pun peduli janji bunyinya ada dan lebih kurang sama.

5.
Assalamualaikum, kum apa? Kombat. Bat apa? Batman. Man apa? Mentol. Tol apa? Tolak. Lak apa? Laksa. Sa apa? Sapu. Pu apa? Puan. Wan apa? 1 2 3 4 5 6 7 8 9 ten. Ten apa? Tembak. Bak apa? Bak duit. Bak duit. Bak duit.
Ada sesetengah bunyi memang langsung haram tak rhyme contoh: Batman ke Mentol dan 1-to-ten ke Tembak. Apa kegunaan "lagu" ni pun aku tak tau. Mungkin sekadar nyanyi untuk suka-suka. Pun begitu tiada siapa pun yang peduli janji bunyinya ada dan lebih kurang sama.

Best kan, zaman kanak-kanak?

14 comments:

JuJu Eyedaa said...

Hahahaha! So true... not forgetting Police n three or police sentri.. hahahaha!!!

Memang best zaman kanak2... sangat senang untuk di impress dan benda2 simple pun boley buat kita happy... :D

treefwog said...

huhuu.. pas bak duit? dpt duit tak? wa lupa ar.. lamaaaaaaaaaaa sgt wa nak recall zaman kekanak..chett!

treefwog said...

jom main..
sep! sep! sep! tom! tom! tom!
apa makna mainan ni ? sampai skang wa tak paham apa sep! sep! sep! pye:rudz, tolong jelaskan. tq

naziah said...

my fave ---> saaaatu kosong!

sep! sep! sep! tu starting utk main olak-alik kuberi nama saudara saudari cikebom cikebom! (aku rasa x betul sebutan ku ni...) heheh...

mamabio said...

oo.. aku nyer sep! sep! sep!, disambung dgn 'air pasang dalam surut pukul lima..' tiba2 ada isteri cantik plak yg tselit bwh dapur..

dia tgh pk nak masak apa utk suami dia kot.. ahahahaa..

pye:rudz said...

ju: hahaha itu pun confuse jugak. ada jugak yang mengatakan police & thief. mana satu yang betul ntah?

kotak keranda: mana ada dapat duit. pastu yang penting skali, siapa yang cipta rhymes nih? taknak paten kan ke? kang gaduh lagi ngan indon kang.

naziah: yeah, itu sebab yang itu nombor satu. and yes, ola-oli tu pun menarik jugak. tapi for girls lah.

pye:rudz said...

mamabio: hahaha terselit bawah dapur.

Fa-T said...

cacilut at-at cacilut kucing lompat...

la Signora said...

Hahahhaah. #5 tu anthem pencuri zaman 80'an. hahahahah.

pye:rudz said...

fa-t: yang ini aku tak pernah dengar.

la signora: haah, macam penyamun tarbus hahaha.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

tapi tim,e aku skolah asal nampak vespa ke,volkswagon ke singh ke mesti kene pukul dahi sambil kata dude!

lpastu kata `lock'

selalunye berakhir dengan bertumbok

Najwa Aiman said...

Semua tu aku tak suka. Yang aku palng suka dulu masa kat hostel, "off kentut". Siapa nak kentut, mesti lepaskan kentut tu sekuat hati supaya orang lain boleh dengar. Sambil tu tangan mesti pantas sentuh orang lain yang terhampir. Masa jubur berbunyi kentut prot prot prot, mulut mesti sebut "off!" Tu bermakna kentut kita dah dipasskan kepada orng yang kena sentuh. Maka sesiapa yang lain yang rasa nak kutuk si pengentut haruslah kutuk orang yang kena "off" tadi.

Errr... kau orang tau ke permainan ni? Sebenarnya ni bukan le permainan... Biasanya berlaku di hostel dulu di waktu pagi sewaktu masing-masing berjalan sepanjang koridor nak ke bilik air.

Labu-Labi said...

yang no. 4 tu aku xpenah dgr lagu dia..heheh..!

Najwa : Dulu time dok asrama ada game main kentut, mcm badminton..sape cecah 15 dulu kira menang satu set..cara dpt point mestila kentut tepat pd aras kepala lawan..so..imagine je la..time duduk & baring2 kat katil tu beware je la..kehkeh!!

pye:rudz said...

gafaro: nampak bai pakai sarban pun jadik jugak.

najwa aiman: memang tak senonoh.

labu-labi: hish... buruk betul perangai. skolah mana dulu? (hahahaha).