Saturday, November 14, 2009

MALAM TADI

Malam tadi.
Kitorang balik Keramat, rumah mak aku.
Nak tumpangkan Mikael sebab hari ini kitorang kena kerja.
Ada Majlis Konvo katanya.
Pagi-pagi buta nanti dah kena gerak ke opis dari Keramat.
Dia punya mengantuk mesti tahap terpisat-pisat punya.
Harap-harap Mikael tak banyak hal pagi esok.

Malam tadi.
Kitorang balik Keramat dalam keadaan semi kucar-kacir.
Mana nak kemas barang.
Mana nak basuh botol.
Makan malam pun entah ke mana.
Nak kejarkan tengok Nur Kasih dah memang sah tak sempat.
Harap nak tengok semi final Muzik-Muzik je lah.
Last-last, dah sampai Keramat, satu hape pun tak tengok.
Berbual punya hal.

Malam tadi.
Sampai Keramat mak aku terus suruh makan.
Dah 18 kali dia suruh baru kitorang makan.
Mikael dari dalam kereta lagi dah tertido.
Penat sangat barangkali.
Sambil kitorang makan mak aku tegur.
Rambut kau pun dah jarang eh?
Nyaris aku tersedak.
Ye ke? Nampak eh?

Pagi tadi.
Seperti yang dirancang, kami bangun lebih awal dari biasa.
Terpaksa beb.
Nasib baik Mikael pun tak banyak hal.
Bagus anak aku nih.

Pagi tadi.
Semasa bersiap.
Mengingatkan teguran mak aku malam tadi.
Aku set rambut aku seperti biasa.
Dengan gel rambut yang biasa.
Dengan gaya rambut yang biasa.
Tapi aku rasa gaya rambut aku ada sikit lain.
Sekali imbas ada macam gaya rambut satu mamat ni.
Dia tergolong dalam kategori kaya dan terkenal.
...
Nama dia Donald Trump.


Inilah Donald Trump.

Gampang (dalam hati).

11 comments:

treefwog said...

hahahahahaa.. along tak ley challange rambut bang yed awak. kuikui..

Fa-T said...

nasib macam-macam.. gua dah tambah rambut putih.... ... tanda dah makin mature...!!

pye:rudz said...

kotak keranda: huish... itu paling champion tu beb huahahaha.

fa-t: abis tu ada satu budak form1 aku tengok uban dia dah ngalahkan bapak aku, apa cerita? dia benjamin button ke? kehkehkeh...

LALA said...

ceh, pdhal budak form1 tu albino sebenanye
hahaaa

Najwa Aiman said...

Rambut gua sekarang pun sedang bertransformasi untuk menjadikan gua sefesyen dengan Bruce Willis dan Vin Diesel tau... eheks...

naziah said...

hahahahahahhaahahahahahahahaahahahahahhahaha!

Fa-T said...

form 1.. hahahaha..... mature sungguh... ahahaha

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

INI SEMUA AYAT NAK SEDAPKAN HATI YANG RISAU RAMBUT DAH KURANG....

pye:rudz said...
This comment has been removed by the author.
pye:rudz said...

yonna: kehkehkeh barangkali jugak tu.

najwa aiman: kenapa bruce willis atau vin diesel? kenapa tidak najib razak ataupun saiful safuan? hahaha.

naziah: cheh. kau nasib baik sebab pakai tudung ziah, kehkehkeh.

fa-t: sama ada terlebih matured ataupun pelajar keciciran hahaha.

gafaro: gua tak risau pun sebenarnya. bila dah kronik nanti gua botakkan aje. lagi kacak daripada kelihatan seperti bozo the clown hahaha.

Prince of Darkness said...

dont wory...
still a good looking guy...