Seminggu yang lalu anak saya Mikael, diserang cirit-cirit.
Ia sangat teruk sehingga punggung dan kelangkangnya melecet. Merah.
Ia sungguh teruk sehingga dia cirit-cirit lebih dari 10 kali sehari.
Ia sangat menyedihkan sehingga dia trauma ke bilik air. Belum siram dah menjerit-jerit menangis.
Ia sangat teruk sehingga dia tidak mahu melabuhkan punggungnya. Terasa sangat pedih barangkali.
Ia kadangkala menghairankan bila melihat Mikael masih aktif seperti selalu-selalu walaupun perutnya tidak berapa sihat.
Ia sangat menghairankan apabila satu klinik yang kami pergi memberikan ubat yang salah.
Ia sangat menggembirakan apabila pakar pediatrik yang kami suka pergi memberikan ubat dan panduan yang betul.
Ia sangat mengujakan apabila Mikael sudah semakin pulih hari ini.
Ia sangat menggembirakan dan mengharukan apabila dikenang yang hari ini anak saya Mikael sudahpun berusia 11 bulan.
Dah 11 bulan kami membesarkan Mikael.
Macam-macam pengalaman yang kami perolehi.
Alhamdulillah.
Nota: Terima kasih brader Pyanhabib di atas petua dan nasihat beliau tempoh hari.
Friday, November 6, 2009
SEMINGGU YANG LALU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Alhamdulillah.... Kalau budak dah kena sakit, mak bapak tak lelap mata!
Dah bertambah dan develop at least satu antibodi tu... alhamdulillah...
membesarkan anak ni seronok, thrill....
ahaha..... walaupun cirit birit.. tetap aktif.. macam anak gua dahlia..
naziah: memang betul. saya setuju.
najwa aiman: insyaallah.
fa-t: bila tengok dia aktif, at least kita tau dia cuma sakit perut je, kan?
mmg kesian tgk bontot melecet..pakai pampers pun xboleh pasal pedih..
wish you all the best...
labu-labi: itukah, aku rasa macam nak bair je dia telanjang bulat. tapi kang bersepah pulak kencing & berak. hahaha.
darkprince: huish, macam nak masuk exam lah.
Alhamdulillah.Pilusayu hati gua bila baca pasal si Mikael ni.Naluri keibuan adalah satu perasaan paling syok sekali.
Hai Mikael, comelnye lu.
anak abang yg pertama setahun kena sawan nangis dan demam2 setiap minggu kena bawak ke klinik. yg hairannya betul2 tepat genap setahun terus baik!
lain institusi berbagai ragam mereka yg sama is the parents' concern abt the kids.....
la signora: terima kasih for your empathy.
brader mamat khalid: mak bapak mana tak sayang anak oiii...
alar..cian mikael. sama la ngan si anak nana, imyan. merah-merah bontot dia akibat cirit terlampau tu. adakah kerana silap makan?
Post a Comment