Monday, December 28, 2009

DOUBLE DECKER

Saya suka jajan perasa udang jenama Double Decker.
Saya tidak pula suka kemalangan yang membabitkan bas ekspres double decker (mahupun yang biasa).



Pemandu bas ini mengaku yang dia mengantuk sehingga menyebabkan nahas.
Syarikat bas ini berjanji akan meningkatkan mutu keselamatan perkhidmatan mereka (wtf?)
10 nyawa hilang memang sudah tertulis dalam qada' dan qadar. Itu kerja tuhan. Dia tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Apa pula nasib waris-waris yang kehilangan tempat bergantung akibat nahas ini?

Pendapat bapa mertua saya:
Bas dua tingkat ni patut dalam town je. Jangan bagi masuk highway. Dia tinggi. Bila laju dia tak stabil. Bahaya. Patutnya biar bas setingkat je masuk highway.

Saya bersetuju dengan pendapat beliau.

Pendapat saya:
1. London punya double-decker memang jalan dalam town saja.
2. Bas ekspres Malaysia memang laju-laju belaka atas highway. Saya yang dah memandu selaju 110km/h pun dipotongnya. Bukan dipotong saja, malah dicicirkan jauh. Confirm bas tu lebih laju dari 110km/h.
3. Bas ekspres Suasana Edaran antara bas yang mengamalkan gaya pemanduan macam setan tahap kelajuannya. Saya selalu saing mereka time pegi-balik keje sebab tu saya berani tulis sini.

Nyawa bukan taruhan brader. Ia adalah tanggungjawab.
Pikir sikit.


Nota: Takziah kepada keluarga mangsa nahas.

7 comments:

Najwa Aiman said...

Sebenarnya kat UK memang ada bas jarak jauh double decker. Tapi di UK para pemandu semua berhemat dan bertamadun. Yang nampak kereta laju babi gaban kat highway di UK tu sebab pemandunya ialah student Malaysia... eheks...

p/s: Ni bukan fiksyen. Ni kisah benar.

Takziah kepada keluarga mangsa. Dan ya... wa setuju bahawa bas ekspres Malaysia besit mengalahkan setan. Wa pernah cuba ukur kelajuan bas ekspres di PLUS highway. Kena besit 130Kmj++ baru dapat bersaing. Bersaing beb! Belum potong lagi tu! Giler bongok dia orang ni.

Dan mudah-mudahan keluarga dan waris mangsa dalam kejadian ni akan buat colelctive legal suit untuk saman syarikat bas tu smpai bengkrap sehingga memaksa dia orang bunuh diri. Hidup pun mematikan orang lain jek.

Fa-T said...

terlalu ekpress bas di malaysia ni....
130km/j masih belum membuktikan bahawa mereka ini ekspress di atas haiway...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wa slalu race ngan metro..

pye:rudz said...

najwa aiman: tengok pulak company bas ekspres tu siapa punya kronos haaa...

fa-t: menyusahkan orang masalahnya.

toi: metrojaya ke harian metro? hahaha...

artisticklytouch said...

ye ye bas ekspress kat malaysia memang ekspress, itu cara pemandunya mengekspressikan diri mereka ha ha gua pernah rasa nak turun je dari bas tapi sebab hutan di kiri dan kanan jalan gua gagahkan juga...

tapi gua suka Sani Ekspress sebab kelajuan dia sedang-sedang elok saja...dan satu lagi Maraliner..gua pun ada entry pasal ni..

Anonymous said...

saya setuju dengan hujah2 anda!
senang cerita la kan, taruk gear bas x melebihi gear 3... hehehehhe...

Najwa Aiman said...

Saja nak bagi tau. Wa sudah tag sama lu la... eheks... Tengok entri kat Khayal 3 Januari 2010... jangan mareee... Mulakan Tahun Baru 2010 Dengan Sabar dan Ceria!