Ini antara hal-hal yang kerapkala menyakitkan hati dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.
1. Panggilan (telefon) urusan kerja selepas waktu berkerja tamat atau waktu cuti. Macam takde hari esok. Kalau kes yang betul-betul urgent lain cerita. Tapi kalau segala benda adalah urgent, apakejadah?
2. Diherdik jika tidak memberi respon kepada perkara 1 di atas. Jangan layan.
3. Meluahkan personal feeling (of dissatisfaction) melalui egroup yang meliputi orang-orang yang tidak relevan dengan isu. Membuka pekung.
4. Tidak menghormati penerima email/panggilan telefon dengan panggilan Encik/Puan/Cik semasa berkomunikasi. Takde budi bahasa ke?
5. Menyalah-gunakan kuasa untuk tujuan kepentingan atau kegunaan peribadi. Dia buat takpe, orang lain buat tak boleh.
6. Mengaibkan kakitangan tertentu secara terbuka di depan khalayak atau rakan sekerja. Menjatuhkan maruah orang.
7. Bercakap yang lebih menjurus kepada menjerit. Suka meninggikan suara tak tentu hala bila bercakap dengan orang. Makhluk jenis ni pelempang je ubatnya.
8. Masuk pejabat orang dan memaki-hamun orang dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Dahlah salah sendiri. Dia punya samseng je dia kira, kita punya samseng dia tak tau.
9. Berbohong dengan meyalahkan orang lain demi melepaskan tengkuk sendiri apabila tersepit. Ada jugak yang percaya kelentong dia tu yang tak tahan tu. Dah terang-terang salah tu mengaku je lah.
10. Bacul untuk mengambil tindakan di atas kesalahan yang terang lagi nyata. Lebih-lebih lagi jika tindakan tersebut akan terpalit kepada "rakan-rakan" yang rapat. Potong je lah anu tu.
Ya, ini lebih menjurus kepada masalah etika yang saya hadapi di tempat kerja saya. Saya rasa ada sesetengah dari anda juga menghadapi masalah yang lebih kurang sama, kan? Kan? Kan?
Wednesday, December 9, 2009
ETIKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kat tempat kerja aku semua baik je.
;-)
Huh??? Anu dia belum potong???
alamak! citer potong lagi. isk isk.. ke mana saja wa keja dari opis bsar hingga lah ke opis sekecil kumin, orang sebegini mmg la wujud.. mcm benda 'mistik'. wut a big mistake hamek org sebegitu keja kat kompeni cenggitu. chett
sevven: ada keje kosong?
najwa aiman: dulu dah potong, tumbuh balik kot? hahaha
kotak keranda: ini adalah masalah sejagat saya kira.
Ah, ni smua anak-anak yang tak masuk ajar dek makbapak kot.
Atau mungkin makbapak memang tak ajar.
Zaman sekarang, bukan takat orang dyslexic dari segi pembelajaran, dyslexic dari segi budi-bahasa pun makin tinggi.Kat Tanah Kanggaru ni, dari yang kecik sampailah tua kerepot pelbagai level kurang ajar.
Tangan ini amat gatal nak bagi Tamparan Ilahi™ tahap global dah ni.Kasi baikkkkkk punya.
As for work ethics, kat sini salah sikit, saman.Tu sebab keje memang jalan tapi tak ikhlas. HA HA HA.Kat sane?Tak yah citer.Zaman dara saya (chewah), saya adalah bekas pekerja tertindas kat Tidak Mungkin Berhad.Hari-hari kene tindas.Nasiblah tandas ok.
Apelah yang aku ngarutcarut ni?
Post a Comment