Wednesday, January 20, 2010

RUNCIT-RUNCIT

Di Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju.

Abang, mari check rambut sekejap kat sana. Kata minah ni sambil menghulurkan flyers berkaitan teknologi mengatasi masalah pengurangan kadar pertumbuhan rambut.

Untuk apa ni? Aku tanya sambil menunjukkan flyers yang dia bagi.

Kita boleh check sekarang rambut abang adakah dia masih tumbuh dengan baik atau tidak jawab minah ni dengan muka naif.

Shidah dah tersengih bila aku tengok dia.

Takpelah, saya mau cepat cari barang anak saya. Lain kali lah ye?

Damn, nampak sangat ke rambut aku dah jarang?

***

Mikael baru pandai berjalan. Tengah nak carik kasut yang sesuai untuk budak yang baru nak pandai berjalan.
Jangan beli mahal-mahal, kaki budak cepat besar. Itu nasihat klise ibubapa berpengalaman dan kawan-kawan.

***

Mikael demam. Pediatrik kata HFMD. Sekali lagi? Ufff...
Dia tak berapa nak minum sebab ulser banyak dalam mulut dan ini sangat merisaukan kami.
Doktor kata kalau dia terus-terusan taknak minum, kena masuk ward. Drip masuk air. Ufff... Tak sanggup aku nak tengok keadaan tu.
Harap-harap di akan pulih by this week.
Aku syak kena kat Alpha Angle.

***

Aku terpaksa ulang-alik Keramat-Bangi minggu ni. Mikael kena kuarantin dari nursery. Skang kat umah mak aku.
Memandangkan cuti kitorang tak pernah habis setiap tahun, makanya kitorang ambik half-day off petang for the whole weekdays nih.
Sukati akulah, aku punya cuti, aku punya suka.

***

Ye, jiwa saya agak kacau melihatkan keadaan anak saya.

9 comments:

Najwa Aiman said...

Memang kena masuk drip kalau dia terus-terusan tak mau minum. Permaisuri beta kata normally memang bebudak yang kena HFMD takkan mau minum dan probability untuk warded for drip memang agak tinggi.

Anyways, cuba-cuba la juga bagi dia minum. Kalau terpaksa warded gak, it's for Mikael's best.

p/s: Internet ofis lu camne skg?

bazlya said...

Fairudz, hope yr son ok. Slalu balik kramat ye...Ingat lagi tak..Lya-no.40

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

HFMD tu haper?

Fa-T said...

hfdm.. hand,foot and mouth diseases...

same la bro anak gua kene bronkitis.. sampe duduk ward4 hari 3 malam... bergilir tunggu dgn bini.... tak pe.. papahal gua doa dari jauh lu punya mikhael sehat cepat dan riang ria..

Unknown said...

seronok lah cuti. tapi, my best wishes untuk mikael. nak dapat perangai barangkali. lepas ni mesti fit kejar baby keliling atas bawah.

take care

pye:rudz said...

najwa aiman: terima kasih untuk ilmu itu. internet ofis? cam biskut.

bazlya: hai! ingatlah. memang every weekend balik keramat cuma this week the whole week kena dok keramat. terima kasih kerana kisah.

gafaro: lain kali baca suratkabar atau tengok berita. tak pun, tengok komen si fa-t untuk jawapan. pun begitu, terima kasih kerana kisah.

fa-t: fuh, itu lagi gundah-gulana jiwa tu beb. itulah, tak tahan nak tengok keadaan budak tu bila dalam ward. cucuk-sana, cucuk-sini. apapun, terima kasih.

tembakau: seronok? tak tenteram jiwa kau tau? hahaha harap-harap lekaslah dia baik. terima kasih kerana kisah.

raddy said...

Mikael kena lekas baik... cakap kat dia uncle raddy + untie Yatie nak belanja dia mamam nih... :)

mamasan said...

poor Mikael, and poor you guys for the worry! I hope he gets better soon and you all can rest easy.

Take care, C

pye:rudz said...

raddy: kalau kau satu kali nak dia lekas baik, aku sejuta kali nak dia lekas baik.

mamasan: thank you for your sentiment chris. and thank you for visiting ;)