Bahagian depan blok ofis aku ada porch yang fungsinya pada pemahaman architectural design aku ialah sebuah drop-off zone. BUKAN untuk meletakkan kenderaan. Nak letak kereta, letak kat parking lot yang bersepah sekeliling bangunan ni.
Tadi lepas balik lunch ada 3 bijik kereta parking situ. Satu kereta bos aku. Satu kereta company. Satu lagi kereta student yang kelihatannya baru nak keluar kereta. Pada hemat saya ketiga-tiga mereka ini mempunyai mutu kesedaran sivik yang kurang memuaskan tahapnya dalam aspek meletakkan kenderaan.
Gua jengah kepala kat tingkap sambil bagi isyarat "Apa hal kau letak kereta sini?" melalui aksi gerak kepala dan ekspresi wajah semi-garang.
"Takde, ada budak tadi... errr... takut kereta panas. Nak parking sini ke?" jawab budak tu terkebil-kebil.
"Takdelah, Malaysia memang panas. Tapi awak tak boleh letak kereta sini" gua sound.
Kucar-kacir budak tu alih kereta.
Sambil-sambil lewa nak parking kat favourite spot gua, gua tiba-tiba teringat fungsi guard yang bertugas kat situ. Dari dulu hingga kini dan tak menolak kemungkinan jugak selamanya, guard tu duduuuk je kat kaunter lobi. Apa ke jadahnya? WTH? WTF? Kejadian sebentar tadi pun gua nak kena "sibuk". Baik gua je yang jadi guard kat situ, kan? Kalau aku tuduh dia makan gaji buta nanti, mau meroyan satu kampung.
Moral:
1. Kalau kau tak bagi orang park kereta kat drop-off zone, kau sendiri janganlah park kat situ. Kan contradicting dengan rule yang kau sendiri buat?
2. Malaysia memang panas. Abis tu, kau je nak kereta kau kena redup? Sila fikir, bolehkah?
Wednesday, February 24, 2010
BENGAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Elok keta simpan dalam frezer!
Guard tak boleh larang laaa... sebab BOS lu yang juga BOS dia pun parking situ beb... eheks...
Ya... kebanyakan bos memang bengap al-bangang wal-bahalul.
fa-t: tak muat beb.
najwa aiman: gua selalu cakap benda nih - kepimpinan melalui tauladan. kalau takde tauladan? (takyah memimpin lah, kan?)
selalu orang m`sia ni main ikut jee,ikut tak bersebab...
nampak ada kereta kat situ,dia pon paking kat situ tanpa nak tau kenapa kereta tu tak paking tempat lain..
gafaro: nasib baik gua orang sepanyol.
Post a Comment