Ruang lingkup kerja saya selain mengeluarkan surat tawaran kemasukan kepada pelajar-pelajar baru ialah menjaga hal-ehwal pinjaman pelajaran pelajar.
Tak semua budak-budak ni akan/boleh dapat pinjaman pelajaran. Sebabnya, ada pelbagai lah. Tak lalu saya nak menaip. Nanti entri blog ni boleh jadi jurnal pulak kang. Malas saya nak naik pentas terima hadial Nobel esok-esok.
Dari pengamatan saya yang mempunyai rabun jauh ini, saya dapati (kebanyakan) orang Melayu masih lagi kurang kesedaran dalam usaha menabung untuk membiayai pelajaran anak-anak. Ya, mentaliti subsidi masih menebal. Mereka masih mengharapkan dana pinjaman yang disediakan oleh kerajaan.
Ia kadangkala seolah-olah berbunyi ugutan apabila mereka berkata: Macam mana nak sambung belajar? Tak mampu bayar yuran. Anak ramai. Saya pendapatan rendah. Dan sebagainya. Dalam maksud lain: No Loan, No Learn. Jangan biar saya mulakan dengan laporan akhbar hari ini mengenai kesedaran merancang keluarga. Boleh dapat dua hadiah Nobel kalau saya tulis di sini.
Realiti hari ini, ekonomi Malaysia masih belum pulih sebenarnya. Kesannya, sebuah majlis yang diamanahkan oleh rakyat telah mencatu bilangan pemohon pinjaman pelajaran mereka. Suka atau tidak, itulah hakikat dan itulah kenyataannya. Mereka sudah ketandusan wang. Sepertimana Malaysia yang juga sebenarnya ketandusan wang.
Makanya, kebarangkalian untuk semakin ramai pelajar Melayu tidak menyambung pelajaran adalah tinggi. Ke mana hala tuju mereka jika tidak menyambung pelajaran, tiadalah saya ketahui mahupun peduli. Mereka masing-masing ada ibu bapa atau penjaga. Tanyalah pada mereka.
Pengamatan saya setelah hampir sedekad berkerja dalam bidang ini telah membuatkan saya insaf. Subsidi tidak akan ada sampai bila-bila. Masa tidak akan boleh dikembalikan.
Saya rasa menubuhkan education fund sendiri untuk zuriat saya sejak dari awal kelahiran adalah langkah terbaik yang boleh saya fikirkan. Kami tidak mahu bergantung harap kepada pinjaman pelajaran atau biasiswa yang entahkan ada entahkan tidak pada masa akan datang.
Simpan pelan-pelan. Simpan sikit-sikit. Insyaallah boleh jadi bukit.
Nota: Ini hanyalah sebuah entri jujur yang ingin saya kongsikan bersama. Tiada propaganda. Sekian, terima kasih.
Friday, February 19, 2010
EDUFUND
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terus kan mengumpul...
gua grad terus tanggung hutang... bulan2 potong gaji..
selepas baca entri ni,saya bercadang nak pegi tesco beli tabung..hehe
Hakikatnya... ilmu pun kena bayar. Nothing is free now. 1Malaysia.
ni berkaitan nafsu beb,mungkin dorang tergoda dengan keberatan tabung....
leh beli PS2,Wii,handset baru banyak lagi la boleh dibuat
fa-t: ye, belum kerja dah menimbun hutang. apa barang, kan?
yonna: belilah tabung. jangan kosong je tabung tu sudah, hahaha...
najwa aiman: itulah semangatnya!
gafaro: kalau begitu, tiadalah dapat sesiapapun menolongnya... tak dapek!
Post a Comment