Monday, February 1, 2010

MAKAN SEGAR

Aku cukup gemar sandwich Subway. Jangan tanya kenapa tapi aku memang cukup gemar.

Bila aku tau Subway bukak satu outlet kat Jusco AU2, akulah antara orang yang paling gembira di daerah Ampang Jaya ketika itu. Anytime aku boleh pekena Subway nampaknya.



Minggu lepas aku balik Keramat macam selalu-selalu. Tapi terus ke Jusco AU2 sebab nak pekena Subway dulu. Dah lama jugak tak pekena. Kebetulan kitorang ada kupon yang dapat free dengan kalendar Subway 2010. Promotion bulan Januari pada kupon berbunyi lebih kurang begini dalam Bahasa Melayu: Free satu 6" sandwich bersama sebarang sandwich yang dibeli. Nilai sandwich free mesti sama atau kurang.

Di kaunter, aku tunjuk kupon, minah no.1 explain, aku paham. Sebenarnya dia takyah explain pun aku dah memang paham. Tapi takpe, aku pilih sandwich aku, Spicy Italian. Logik maknanya: Aku memilih Spicy Italian untuk kedua-dua sandwich yang aku beli dan yang free, kan? Unless aku mention aku nak sandwich lain (dari kategori yang dibenarkan).

Tiba-tiba dia masuk panggil supervisor dia. Sekali lagi, aku tunjuk kupon, minah no.2 pulak explain dan dia ingat aku tak paham.

Saya nak pakai kupon ni, dengan Subway meal.

Iye, tapi untuk guna kupon ni, encik kena pilih sandwich yang mana.

Spicy Italian. Kan saya dah cakap tadi?

Oh, mintak maaf. Muka haram tak ikhlas.

No.1: Aku ke dia yang tak paham terms dalam kupon tu?
No.2: Janganlah nak eksyen kalau cakap English pun tak betul.
No.3: Ingat aku baru first time nak makan kat Subway ke?
No.4: Kalau tak suka kerja line F&B, jangan kerjalah.
No.5: Dia tak tau ke aku boleh lodge complain yang boleh menjahanamkan dia?

Ini teori saya berkaitan mutu perkhidmatan di Malaysia:
Orang Melayu memang suka nak eksyen tak tentu hala. Lebih-lebih lagi bila dia kerja kat tempat yang fancy atau classy sikit. Dia mulalah ingat dia yang paling best dan customer dia semuanya bengap/takde duit. Pada dia, dia hanya layak layan orang puteh atau orang-orang yang kaya saja. Dah banyak kali berlaku depan mata aku dah. Di Cold Storage Great Eastern misalnya, bukan main thank you sir, please come again sir, sorry for the delay sir kat satu omputeh ni masa membayar. Time kita, senyum takde, terima kasih pun takde. Apa benda tu?

Oh ya, ini nasihat saya kepada minah Subway yang buat gampang dengan saya hari Sabtu lepas di Jusco AU2: Never underestimate your customers. They could either lift your business up or pull it down. So treat them nicely.

12 comments:

la Signora said...

Macam kisah gua ketika bercuti time tu.Gua pegi order kopi.Minah tu amik order dengan muka bengis.Siap tekan-tekan cash register macam nak ngamok jer.Mungkin PMS, kata gua dalam hati atau tak 'dapat' malam tadi ..kah!kah!kah!...nasib time tu gua penat, tak larat nak melaser, ambik jer kopi and balik ke tempat duduk.Pastu hero gua lak nak order kopi(2nd round), wahsey, minah ni bukan main lagi transform mengalahkan Optimus Prime.Baik bukan mainnnnnnnnnn lagi.Gua secara tidak sengaja, telah berkata, "Bitch" dan meja sebelah dok pandang-pandang gua macam gua dah mereng.

The end.Tobat tak ndak pegi kedai tu lagi.

Nazri Razali said...

Aku pernah sekali terasa nak makan Subway so dengan bersemangatnya drive dari tempat kerja ke AEON AU2 tu. Sampai sana lebih kurang lunch time. Nampak takde orang, best la. Sorang pekerja dengan sorang macam supervisor tengah buat apa tah sibuk2 kat kaunter. Dekat dua tiga minit macam orang bodoh je aku berdiri kat situ. Hello?

Last2 baru dia kata, sori bang, kitorang punya roti habis. Kalau nak kena tunggu xx minit. WTF! Bisnes dia kan jual roti, tapi baru nak masuk lunch time boleh pulak takde roti. Pastu tak boleh ke bagi tau awal-awal?

Sejak tu tak pernah aku jejak lagi kedai tu.

Fa-T said...

Gua anak beranak biasa kena sama mcm itu melayu buat pada lu.. Ye la dh keje kat multinatiönal compny kene la berlagak kan..kan..

Lynn said...

Biasalah tuuu. Mmg sakit hati bila dia treat kita mcm Melayu tak educated and takde duit. Please la. Sekali aku speaking English baru nak terkedu

Najwa Aiman said...

Belasah lagi beb! Pergi situ lagi! Eheks... sonotnye mengacum nih... Lagi beb! Lagi!

pye:rudz said...

la signora: memang bitch hahaha...

sevven: satu lagi contoh kegampangan servis di negara kita.

fa-t: gunakan kuasa pengguna bro. biar dia tau kita yang berkuasa sebenarnya.

lynn: soalnya ialah, tak kiralah customer tu tak educated hatta tak reti cakap omputeh sekalipun, customer adalah customer beb.

najwa aiman: jiwa lu kacau ke hari ni beb? hahaha... ada ke dah buat taik lagi mau pegi? boikot kan lebih baik?

kookabooras said...

semalam aku ke aquaria KLCC. layanan memang double standard. muka pekerj mcm sial. ketat semacam. baik laki2 atau pompuan. ade sorg minah tu (pekerja) aku nk mintak die tolong ambik gambar. boleh die angkat tgn kat aku bgtau yg die dah lunch time (?)WTF? pastu kat dpn tu ade 3 ekor minah 1 malaysia (india cina n malay) tgh gelak2 sambil tolong tangkap gambar family mat saleh. tp bile time aku mintak tolong, die ckp sorry, kamera personal kitorg xleh tangkap. ni bisnes kitorg (sambil tunjuk2 kamera canon DSLR kt tgn die). WTF x 2?? td kemain ko boleh tolong mat saleh?? mcm haram

mamabio said...

mmm.. camtu la slalunya.. lg dia nak speaking, lg aku nak ckp bahasa aku.. lg2 klau dia sebangsa dgn aku.. mphmm.

to kookabooras: kete org tua aku WTF 4213.. nape? eheheee..

ez said...

bro..come migrate sini..hehe..
japan sesuai utk org2 mcm lu..
customer bkn lg always right, perfect, #1..
dah level god dah kt sini hehe..

meh la bawak mikael n wife becuti sini..

pye:rudz said...

kookabooras: memang falat.

mamabio: kau dah duduk malaysia 20 tahun takkan tak reti cakap melayu? bangla dok malaysia 3 bulan pun dah pandai. apa barang?

ez: memang aku teringin nak pegi japang tapi kena tunggu jin bagi harta dalam gua hahaha.

Labu-Labi said...

sandwich subway memang best..!! tapi roti habes tu mmg bangang gile la..mcm pegi kfc cakap ayam dah abes..belum tengahari dah habes? ke semalam lupa kira stock?...sancul tul..hehe!!

bentayan said...

hahaha..best doh pemerhatian ko..

aku penah kene kat restoren Tok Uban..yang jual ayam goreng tu..mase tu kat seremban..pg la drive-tru..

mase tu bini aku yang drive..sampai je kat tempat kaunter tu,bini aku order la ape yang patut..

budak tu jawab, "kak,ayam kitorang abes..kalo nak kene tunggu lg 30 minit.."

bini aku hangin gile..dan die pun cakap kat budak tu "kotiaw goreng ade?nak pedas xnak togeh ye!"..

budak tu compius ..aku plak menyampuk.."wei sengal,kedai ko ni kan jual ayam,ape ke jadahnye ayam xde..?panggil supervisor atau manager ko ekarang.."..

pastu bini aku ckp kat aku.."dah la,xyah la kite jadi bodo dengan orang-orang yang bodo ni...mamak kedai mamak je la"..

dan kitorang pun makan kat kedai mamak..