Wednesday, February 17, 2010

PANAS



Cuaca Malaysia sekarang sungguh panas. Lepas mandi pun mampu berpeluh tanpa sebarang usaha. Kalau gigih sikit usaha, peluh akan turun macam banjir kilat.

Kes buang bayi timbul balik dan semakin menjadi-jadi. Dahlah buang, bakar lagi. Haiwan pun lagi baiklah perangai.

Pakatan Pembangkang digambarkan oleh media arus perdana sebagai semakin caca-marba. Saya pun tak tau. Adakah ia propaganda ataupun hakikat. Jadinya, saya malas nak ambil pusing. Nasihat saya kepada YB-YB sekalian, sudah-sudahlah tu berpolitik gebang... jalankanlah tanggungjawab anda kepada rakyat. PRU-13 pun bukannya lama lagi dah.

Menteri ni baru tau ke warga asing (yang sah dan tidak sah) memang dah lama membanjiri Malaysia ni? Membimbangkan dan berbeza benar dengan angka rasmi yang dilaporkan, katanya. Memanglah! Adddoi! Kalau nak semak, semak sekali "orang-orang dalam" tu.

Dalam satu akhbar arus perdana ada rencana perihal sambutan Valentine's Day (VDay) yang membincangkan bahawa Muslim tidak wajar menyambutnya. Dalam tv arus perdana pun sibuk mengutarakan pandangan beberapa personaliti agama perihal hukum menyambut hari 14 Feb. Lucunya, sisipan hujung minggu akhbar arus perdana sama yang mengeluarkan rencana VDay tempoh hari menjadikan dua artis dengan caption: Kali pertama sambut Valentine sebagai cover sisipan mereka. Heh, saya cuma tersengih sinis. Itu belum tengok satu majalah untuk Remaja yang saya yakin tanpa was-was isu bulan Februari mereka ialah perihal hadiah, tempat nak sambut, pakaian dan lain-lain yang berkaitan VDay. Satu kali mereka mendidik dan mendakwah. Satu kali lagi mereka menggalak.

Robert Kuok masih yang terkaya di Malaysia. Saya tak terkejut pun. Orang Malaysia memang suka makan gula. Tiap kali ranking orang kaya-kaya ni keluar saya selalu tanya pada diri dan kawan-kawan, teluskah senarai itu? Rasanya ada yang lagi kaya tapi kenapa tidak tersenarai? Contohnya satu mamat (bekas menteri) yang ada rangkaian bank di Indonesia. Satu mamat yang dulu namanya "sangat top" semasa mertuanya adalah PM (sekarang dah mantan). Satu mamat CEO bank yang adik-beradik dengan PM sekarang. "Tak cukup kaya" kah mereka tu untuk disenaraikan? Aneh.

Tapi Malaysia memang akan panas sampai bulan Mac kata ramalan. Fuh, kaya tokeh aircond dan tidak lupa juga TNB hahaha...

5 comments:

Najwa Aiman said...

Sudah nasib Permaisuri beta lahir 12 Februari. Harga bunga semua mahal gilos time tu! Pekejadahnye hari jadi dia kena mengena dengan VDay ni? Walaupun dah bagiau tokeh bunvga tu yang wa beli bunga bukan untuk VDay tapi untuk BDay, dia tetap jual mahal gak... sungguh binawe...

mamabio said...

ye. dlm starworld siap mention n declare terang2.. "on st. valentine's day".. addoii. lu bleh pk ke ni..?

to najwa aiman: sbb bajet tokeh tu ikut Vday bkn ikut Bday sape2.. ahaha.. buktikanlah cinta.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

konfom bil api gua melambung.....
4 buah kipas sekali on....
dah tahap 24-7 dah...

tapi tak kental la dsambut st.valentine day.memang dari hukum tu haram tapi kalu cinta takkan nak tunggu hari hari tertentu baru nak tunjuk....

saye pon teringin nak kaya,tapi karang kaya dah lupa diri,kawen dengan artis,dah tanak berblogging..isk banyak sungguh -tve nye

Fa-T said...

matahari membuatkan gua hampir telanjang... ahhaa

pye:rudz said...

najwa aiman: bagi benda lain lah selain bunga.

mamabio: buktikanlah cinta? addoii!

gafaro: kipas tahan lagi beb walaupun 24/7. jangan aircond. bukan setakat bil api kau yang melambung, dengan engkau-engkau sekali terlambung hahaha.

fa-t: telanjang boleh, tapi hanya di ranjang hah!