Friday, March 5, 2010

IRONIC



Hari Jumaat adalah hari berpakaian kasual untuk ofis saya. Saya biasa pakai t-shirt berkolar je hari Jumaat. Tapi hari ini juga saya ada meeting. Saya berbelah bagi sama ada nak pakai t-shirt berkolar ataupun kemeja lengan pendek. Oleh kerana saya genius, saya pun mengambil keputusan untuk memakai t-shirt berkolar warna oren yang dah lama saya tak pakai dan akan cover dengan jaket hitam masa nak masuk meeting nanti.

***

Balik dari solat Jumaat, ada sebuah Myvi SE kaler oren melintas. Mazlan pantas menegur, "Bro, kereta lu dah sampai". Hish, gua punya kaler silver la beb.

***

Iman, rakan sepejabat saya mintak saya senarai nama pelajar semester 1 untuk check attendance untuk briefing petang ni. Selepas siap, saya pun bagi dia. Sempat juga saya mengepow gula-gula perasa oren atas mejanya. Pilihlah, ada perasa oren dengan strawberi, kata Iman. Orang tua pilih oren, orang muda pilih strawberi. Chis, tak sempat nak tukar yang perasa strawberi sebab saya dah masukkan dalam mulut gula-gula yang perasa oren tu.

***

Ada missed call. Dari Baharin kawan saya yang salesman Perodua tu. Saya talipon dia balik, "Bro, Perodua hantar kaler oren lah... Kalau kau nak silver jugak kena tunggu lagi seminggu". Saya pun terus tanya Shidah untuk mendapatkan pandangannya.
Ini komen beliau: Dah memang ditakdirkan u akan pakai Myvi SE kaler oren lah tu. Hah, sukalah tu.
Heheheh... saya hanya tersengih macam kerang busuk dalam telefon.

Sebenarnya, saya memang nak yang kaler oren tapi Shidah tak berkenaan. Ranggi sangatlah. Muda sangatlah. Macam Unggal Choice pun ada jugak katanya. Makanya, saya pun bilang sama Baharin saya mau kaler silver.

Baharin menyokong saya dalam hal-ehwal warna oren ni, begitu juga dengan Raddy. Tapi bini Baharin pun macam bini saya, tak berkenan kaler oren. Macam Unggal Choice katanya. Selepas kejadian Perodua hanya hantar Myvi SE kaler oren tadi, kami berdua hanya bergelak ketawa dalam telefon hahaha.

Tidak, saya tidak berkomplot pun dengan Baharin tentang ini. Sumpah.

6 comments:

Nazri Razali said...

Mana ironinya? :P

Aku ingatkan apa la Unggal Choice, Unggal Choice. Nasib baik ada Google.
:D

Najwa Aiman said...

Ekekekekekeke... memang Unggal...!

Tapi smeua yang berlaku tu fiksyen atau kisah benar ni? Semua oren? Walaweh... menyeramkan le pulok kebetulan-kebetulan itu. Especially sebab Muiee pun kini MyVi. Tapi hitam laaa...

Fa-T said...

lagi oran.. lagi masam...
selamat bermasam oren

pye:rudz said...

sevven: alanis morisette dah ambik buat lagu.

najwa aiman: kisah benar beb.

fa-t: gua nak bikin jadi bumblebee lah. bengkel mana boleh buat ah?

me3n said...

Mula-mula aku tak tau Ungal Choice tuh apa, lantas search kat google, klik kategori Images, terus tahu ahahaha.

pye:rudz said...

ad3ck: hahaha nasib baik ada gugel.