Tuesday, May 4, 2010

JOHOR TRIP

Weekend baru-baru ni gua ke Johor. Batu Pahat dan Johor Bahru to be exact. Ada orang kawen. Sepupu Shidah. Dua beradik. Dua-dua perempuan. Kami bertandang ke rumah pengantin lelakilah kiranya.



Bila last gua pergi ke Johor pun gua tak boleh nak ingat. Dah lama sangatlah maknanya tu. Of course, as expected, gua memang dah tak cam jalan kat JB. Banyak sangat jalan baru. Batu Pahat apatah lagi. Nasib baik abang ipar gua ada GPS. Gua syak memiliki GPS adalah sesuatu yang "in" dewasa kini. Berguna betul bila out station.

Cerita ringkas trip gua ke Johor adalah seperti di bawah:

1. Kami diarah berkumpul di RNR Seremban. Pergh! Macam setan! Ramai orang gila-babas. Last-last kitorang gerak je terus.

2. Next stop katanya RNR Pagoh. Rupa-rupanya EXIT Pagoh. Maka melajaklah kitorang ikut exit Yong Peng sebabnya RNR Pagoh duduknya SELEPAS exit Pagoh. Memang menimbulkan kemusykilan kedudukan RNR Pagoh tersebut. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna tatkala kami diarah pula berkumpul di Balai Polis Parit Sulong. Korang tau tak berapa banyak parit ada kat Batu Pahat nih? Gua syak semua orang ada parit dengan nama mereka sendiri.

3. Majlis perarakan dijadual jam 2 petang. Kami sampai jam 12 tengahari. Gila awal. Nasib baik ada rumah singgah. Makcik rumah singgah tu punya roti jala macam kuih apam gua cakap lu, tebal! Memang gua tak pernah jumpa roti jala yang seumpamanya. Belasah saja!

4. Oleh kerana pengantin di Batu Pahat ialah askar, maka mereka diarak oleh askar berpedang dengan irama bagpipe. Tapi jalan masyaAllah lajunya. Mungkin sebab mereka askar barangkali.

5. Majlis di JB ialah di Tebrau. Makanya kami duduk di hotel sekitar Tebrau. Crown Plaza ke hape nama hotelnya? Bolehlah... janji gua dapat tido dalam aircond. Tapi breakfast dia foul.

6. Malamnya kami makan di Danga Bay (kot?). Parking macam setan. Orang ramai. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna untuk mencari tempat makan tersebut. Order macam gampang lambat sampai. Tapi takpe, nasib baik sedap. Serius sedap. Mahal sikit rasanya dari harga biasa. Tapi takpe, nasib baik sedap (sila perhatikan ayat ini sengaja diulang dua kali).

7. Dewan Sri Tebrau letaknya bersebelahan sebuah surau (ke masjid ha?). Makanya kami diarah berkumpul di surau tersebut. Sangat selesa. Cuaca panas tak boleh nak buat apa lah kan? Kerja Tuhan. Tapi cukup selesa.

8. Kami beransur sekitar jam 330-4 petang dari JB. Singgah di Pagoh dan Ayer Keroh (restoran jejantas). Lepas tu jam macam setan sampai Seremban. Bukannya ada apa pun, kereta banyak je.

9. Gua dengar AIM-17 dari HotFM dan sambung tengok tv kat rumah sekitar jam 930 malam. Pada hemat saya Afdlin Shauki dengan Adibah Noor patut dikekalkan sebagai hos AIM untuk tahun hadapan because they rock!

Sekian, terima kasih.


Nota: Tahniah kepada pengantin Razni dan Mon (walaupun korang tak baca pun blog nih rasanya).

9 comments:

Lynn said...

BP mmg banyak Parit. Somewhere between Muar and Batu Pahat ada tempat nama Parit Ponorogo. Nama tak bleh blah. BTW saya orang Muar, born & raised, I see that sign since I was very young ehehehe

Fa-T said...

gps bro.. gps.... gua memng pakai gps ni.. gua berjaya pengaruh bapak mertua gua....

mamabio said...

"seriously".. ponorogo tu nama seseorg la kot eh.. ahahahaa..

mm.. tak jgak eh. parit jawa tu.. jawa bkn nama org pun.. apa2 lah.

p/s: no. 5 tu crystal crown laa.. hotel termurah n terdekat to the dewan.. 'pasal tu la bfast dia foul kot' ..eheh..

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

tapi bro ada hikmah sesat tau...

nanti lu leh jumpa tempat pelik pelik

gua pernah jumpa tempat takungan air yang indah sekali dalam kampung orang asli....

***muhahahaha sesat sampai kampung orang asli

Mak Su said...

iya, stujus - utk no. 9

mamat khalid said...

hehe parking mcm setan

pye:rudz said...

lynn: ponorogo? hehehe memang tak boleh blah.

fa-t: kau nak racun aku jugak ke? kehkehkeh...

mamabio: sapa ntah yang booking hotel tu? ;P

gafaro: itulah ada pakcik aku cakap, nasib baik korang sesat, kalau tak, jalan berpusing-pusing jauh.

mak su: :)

bang mamat: betul bang, tak tentu hala orang parking tepi jalan. double-triple dah jadinya. tapi tempat yang memang untuk parking, kosong! kehkehkeh.

Najwa Aiman said...

No. 4 tu tak ada kompang la ek?

pyerudz said...

najwa aiman: tarak! janggal jugak, tapi menarik.