Tuesday, June 8, 2010

IKLAN

Ada 3 iklan yang menarik perhatian aku baru-baru ini. Menarik tak semestinya tertarik kerana hebat, kan? Menarik boleh jadi gampangly menarik atau brilliantly menarik atau... ah, you've got my point already. Inilah iklan-iklan yang saya maksudkan.

Dequadin pastilles
Memaparkan Mas Idayu dan anak didiknya dalam program Mentor semasa sesi ujibakat. Mula-mula mamat tu nyanyi, suara dia keluar macam gamp. Lepas tu Mas Idayu bagi Dequadin pastilles. Iyelah tu. Dalam real world bukankah masa ujibakat bila suara keluar macam gamp je dah kena halau ke? Lepas makan pastille tu, mamat tu nyanyi suara sedap (kononnya) sampai Mas Idayu terpelanting melekat pada backdrop. Yang paling tak tahan ialah mamat tu nyanyi lagu dangdut Mas Idayu - Senggol-senggolan. Damn.


Ini Mas Idayu. Ye, dia memang pegang microphone macam tu.

Astro (Sports channel & B.yond)
Boleh pulak Frank Lampard dengan Lionel Messi datang rumah buat promosi untuk Astro. Celaka betul cara Astro buang duit. Mana diorang tau rumah mamat tu takde sports channel? Kenapa diorang tak datang rumah aku? Kenapa? Kenapa?


Ini Frank Lampard. Dia memang tak hensem.

Maxis (Committed to the game)
Mula-mula keluar King James, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan lain-lain yang aku tak ingat. Makin dekat dengan World Cup tiba-tiba iklan dia keluar Frank Lampard. Aku syak lepas ni Messi pun akan keluar.


Ini Lionel Messi. Dia ni bukan reti sangat main bola pun.

Bini gua: Gile ah diorang ni! Astro pun amek diorang berlakon iklan.
Gua: Heheheh you're not looking at the big picture. Astro dengan Maxis tu you ingat siapa punya?


Notakaki: Gamp bermaksud Gampang dalam versi yang lebih mesra blog.

9 comments:

Boy said...

maw tgk gak iklan mas idayu tu.. ade video x?

Lynn said...

kelakar bab u kata kenapa derang tak datang rumah you hehehe.

Nazri Razali said...

selamat aku tak tengok tv...
:P

Fa-T said...

tokey same la tu... ngeee...

mamabio said...

yes. dah ada pun iklan messi wt maxis tu.. memang dua org tu yg manjang kluar tv skrg nih.

bapak, boot bola satu!

Najwa Aiman said...

Errr... Astro dengan Maxis tu siapa punya ek?

naziah said...

yg iklan menyanyi tu mmg gamp... version dyg nurfaizah pun lebih kurang jugak.

maxis dgn astro mmg kaw-kaw berabis iklan world cup. aku yg x tgk bola sgt ni pun tumpang excited tunggu first game.

kalo zaman dulu kita teruja tgk iklan ding dang, skarang pulak iklan astro ek? anak2 aku x geran tgk iklan kat tv la ni... generasi kita je ke yg mudah terpengaruh dgn tv?

pye:rudz said...

boy: tunggu je kat tv.

lynn: :)

sevven: huish kau nih, ada ke tak tengok tv?

fa-t: kemungkinan besar.

mamabio: confirm. you nak boot bola buat hape?

najwa aiman: gua syak mat sentul punya.

naziah: i can still remember how excited i was when my abah bought our first tv. a colour tv! i think, that's why we were obsessed (except sevven haha) with that dumb box back then. budak2 sekarang lahir-lahir tv dah depan mata. on top of that, ada dvd player, astro decoder, PS3 blablabla...

me3n said...

Kiranya tiga2 iklan ni "gampangly menarik" lah kan? ;p.