Orang yang keje pejabat mesti pernah tengok telefon pejabat, kan? Tak pernah? Korang keje kat mana yang tak pernah tengok telefon pejabat tu?
Contoh rupa telefon untuk marhain-pejabat.
Tak mengapa, bukan salah anda jika anda marhain-pejabat yang tidak dibekalkan telefon untuk berkomunikasi. Malah, mungkin juga ada antara anda yang dikerah menggunakan telefon bimbit peribadi untuk kegunaan rasmi pejabat dan anda tidak boleh claim. Keji bukan?
Telefon pejabat juga ada kasta. Tak percaya? Sila semak telefon anda dan kemudian semak pula telefon bos anda. Ada perbezaan? Bukan kasta ke namanya tu? Iyelah, telefon marhain-pejabat adalah yang paling kodi sekali sebab hanya untuk/boleh buat internal call saja. Telefon bangsawan-pejabat adalah yang paling hebat sekali sebab selain boleh buat internal call, ia juga boleh buat external call, ada caller ID untuk mengecam panggilan palsu dan ada fungsi speakerphone.
Contoh rupa telefon untuk bangsawan-pejabat.
Sebut pasal speakerphone, aku pernah diberitahu oleh seorang rakan bahawa speakerphone gunanya adalah untuk tujuan conference. Maksudnya, untuk perbualan 2-hala yang lebih daripada 2 orang. Adalah kurang sopan sebenarnya bercakap menggunakan speakerphone jika perbualan itu hanya melibatkan 2 orang saja. Etika beb, etika.
Namun, itulah yang berlaku sama ada para bangsawan-pejabat di tempat aku ini sedar ataupun tidak. Terus-terang cakap, ia memang sangat menjengkelkan. Apa? Berat sangat sangat ke gagang telefon tu nak diangkat? Apa? Sibuk sangat ke dua-dua belah tangan kau sampai tak boleh nak angkat gagang tu?
Dan yang paling menyakitkan hati sebenarnya ialah apabila mereka cakap terpekik-pekik. Kita gagang pegang kat telinga nih, dia terpekik-pekik bercakap. Kau tak sakit hati ke?
Speakerphone itu tidak salah malah eligibility mereka yang diberi speakerphone itupun tidak salah. Dah bangsawan-pejabat katanya, mestilah barang yang elok-elok dan class-class saja untuk mereka kan? Takde masalah. Masalahnya ialah etika mereka menggunakan speakerphone tersebut.
Namun mesejnya di sini ialah, kesopanan dan kesusilaan tidak mengenal erti status. Kalau kau jenis suka nak terpekik-pekik dalam telefon, baik kau pakai megaphone aje, kan? Tertanya jugak aku, diorang ni suka ke kalau orang cakap terpekik-pekik kat telinga diorang dalam telefon?
Nota: Percaya atau tidak, kalau seseorang itu senyum semasa bercakap dengan kita dalam telefon, kita boleh tau yang dia sedang senyum melalui ton suara dia.
Wednesday, August 25, 2010
JENGKEL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kat sini semua orang pakai speaker phone. Yang bezanya ialah bangsawan-pejabat dan bangsat-pejabat punya phone ada mikrofon. Mungkin sebab dia orang suka tepekik terlolong... eheks...
ahaha. bangsatwan pejabat biasa berperut besar.. err kat opis gua...
najwa aiman: uu mmak aii... siap ada mikrofon tu telefon dia! boleh karaoke skali kot ek?
fa-t: itu stigma lapuk bro, dah tak berapa relevan dengan dunia hari ini hahaha...
Post a Comment