Monday, September 20, 2010

MENGEJAR ATAS

Aku menghadapi kesengalan tahap tinggi untuk berkerja selepas cuti beraya seminggu yang lalu. Sengal campur malas memang satu kombinasi yang sangat mantap untuk menjahanamkan kadar produktiviti kerja manusia.

Pembunuhan tycoon usahawan kosmetik negara dan 3 rakannya sebelum Aidilfitri baru-baru ini adalah suatu tragedi dan jenayah yang harus dikeji. Semoga orang-orang jahat tersebut dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Setakat semalam hanya Memen dan Ado (adik ipar aku) sahaja yang dah datang beraya ke rumah aku. Aku mengesyaki minggu ini rumah aku akan ditandangi para jiran tetangga atau mungkin itu cuma permainan perasaan aku aje hahaha.

Buat julung-julung kalinya En. Afdlin Shauki Aksan membalas SMS Hari Raya aku dan aku berasa sangat terharu walaupun aku tak suka bau gaharu mahupun ikan cencharu.

Aku rasa bersalah dan segan sama Huzaimi dan Alin sebab Mikael telah membuli anak beliau, Audi Maisara semasa kami berhari raya di rumahnya. Maaf zahir batin je lah bro. Boleh tahan jugak anak aku tu rupanya.

Aku tidak bercadang untuk buat open house tahun ini sebab tak larat. Siapa nak datang raya, datang je lah tapi jangan expect dishes yang extravaganza. Namun cadangan ini mungkin boleh dipinda semula jika terdapat permintaan yang tinggi ataupun jika diarahkan oleh pihak atasan yakni para Jedi kami (ibu bapa).

Kemeriahan open house rumah Mak Lang Shidah di Shah Alam semalam adalah mirip kepada kenduri kahwin.

Surprisingly anak aku sukakan kuih semperit yang aku suka. Excellent taste my son, excellent.

Raya tahun depan aku ingat nak beli mercun roket sekotak lah. Itupun kalau boleh dapat stok.

Akhir kata, selamat kembali ke alam nyata saya ucapkan.

4 comments:

me3n said...

Uish, Mikael buli macam mana? Yang ku perasan, sepanjang masa malu2 je dia tuh ;p.

Fa-T said...

seronok lu raya...

kurang seronok start kerja lepas raya!

pye:rudz said...

me3n: tolak-menolak berebut mainan. padahal mainan orang tu.

fa-t: seronok raya? bolehlah... macam selalu-selalu.

artisticklytouch said...

Jedi kata kena buat jugak