Tuesday, October 26, 2010

ATAS RIBA


Kali terakhir aku membeli komputer ialah pada tahun 1998 atau 1999 dulu. Heh, dekat 10 tahun tu! Masa tu masih belajar. Desktop PC yang klon. Jenis letak atas meja punya. Masa tu masih mintak duit kat bapak lagi. Masa tu harga sebijik komputer boleh beli dua bijik komputer hari ini. Laptop apatah lagi! Aku bukan beli satu set PC pun sebenarnya, tapi cuma upgrade CPU sedia ada sebab PC lama dah tak mampu nak tampung "kehebatan" kerja-kerja programming dan graphic rendering aku.

Aku bukan PC game addict. Aku cuma main game standard yang ada dalam PC tu je yakni Solitaire dan 3D Pinball. Abis hebat game yang aku install pun masa tu ialah Mortal Kombat 3 (MK3). Diablo ke, Duke Nukem ke, Sim City ke, Daytona ke, memang takde dalam PC aku. Jangan si Fendi (kawan aku), siap beli set stereng dengan pedal untuk main Daytona tu!

Dan aku tak pernah beli atau memiliki PC sejak dari tempoh itu hinggalah ke hari ini. PC bukan keperluan penting pada aku barangkali. Prinsip aku: Kerja ofis buat kat ofis je lah. Kat rumah kalau teingin nak pakai PC, belasah je lah adik aku punya. Aku bukan PC addict pun. Entahlah, dah jelak ngadap PC dari zaman belajar dulu gamaknya.

Namun dewasa kini, keperluan menggunakan PC itu datang kembali. Macam-macam faktor yang mempengaruhi keperluan itu.
Mungkin sebab aku dah duduk sendiri maka tak bolehlah nak belasah PC adik aku. Takkan nak belasah PC si Padil (jiran aku) pulak?
Mungkin juga sebab kadang-kadang Shidah terpaksa bawak balik keje ofis tapi tak boleh nak buat sebab takde PC.
Mungkin juga sebab aku berbulu dengan ofis aku yang suruh buat keje bukan-bukan tapi taknak bagi laptop untuk memudahkan kerja aku. Kemut.
Mungkin juga sebab aku teringin nak menajamkan semula skill photo editing aku.
Ahhh, macam-macam mungkin yang berkemungkinan.

Harap-harap kompeni En. Mohd Dell tidak berbohong apabila mereka memaklumkan kepada aku bahawa PC jenis boleh letak atas riba yang aku order tu akan sampai hari ini.

Gambaran perasaan aku sekarang adalah umpama seorang budak lelaki kecil yang dibawa ke Toys R Us dan dibenarkan untuk memilih sebarang permainan yang aku mahu.
Ya, itulah perasaannya.


Update: Abah saya baru confirm yang laptop saya dah sampai. Yeay!

Friday, October 22, 2010

KACANG BANDUNG



Rasailah kelazatan Kacang Bandung!
Kesedapannya tidak terbendung!



Sila semak sini untuk maklumat lanjut. Semak juga senarai ejennya, eheh.

Wednesday, October 20, 2010

2112 (DUA-SATU SATU-DUA)

Temnelxavac mengaru-garu kepala. Ini tetap perlu dilakukan, getus hatinya. Ini demi keselamatan makhluk Tuhan di Gmordor. Aku bertanggung jawab sebab apa-apa hal aku yang kena tanggung dan aku yang kena jawab. Aku harus segera bawa perkara ini kepada Kumpulan Kakonoiyo.

Aneh sekali apabila Kumpulan Kakonoiyo bersetuju. Aneh adalah merujuk kepada aspek kesediaan mereka untuk dipuji atau dimaki kerana bersetuju dengan cadangan Temnelxavac. Tiadalah pula Temnelxavac ketahui sama ada mereka bersetuju dengan banyak soal atau tanpa banyak soal kerana dia pasti mereka telah berbincang sesama mereka.

Dan Temnelxavac pun membawa pula usul yang telah dipersetujui Kumpulan Kakonoiyo kepada Bepaduvew. Bepaduvew dipertanggung jawabkan pula untuk memaklumkan kepada semua makhluk Tuhan yang paling seksi di Gmordor (dengar: lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jemila).

Seperti yang dijangkakan, semua makhluk Tuhan di Gmordor memang akan menyampah dan marah. Dan Kumpulan Kakonoiyo dan Bepaduvew lah yang paling hebat dikecam kerana mereka di barisan hadapan. Temnelxavac langsung tidak masuk gambar. Dan beliau didapati masih bebas berkeliaran di daerah Nioshimayasaki tanpa gusar.

Cobaan... kata Kumpulan Kakonoiyo apabila banyak makhluk Tuhan di Gmordor mencemuh. Tak semua orang suka dengan perubahan, kata mereka. Perubahan seharusnya ke arah kebaikan dan bukan keburukan kata Singasongsong, salah seorang rakyat Gmordor yang boleh dikira baru juga mendapat IC Gmordor.

Dalam pada itu, ada juga salah seorang ahli Kumpulan Kakonoiyo yang melatah tak tentu arah. Ah, itu memang lazim beliau. Tiada apa yang menghairankan di situ.

Nirvana kata Tidak Mengapa, kita lihat saja apa keputusan akhir Kumpulan Kakonoiyo pada hari 15 menurut kalendar al-Gnilek. Teruskan atau batalkan.

***

Tidak semua 1 (Satu) itu bagus. Kadangkala 2 (Dua) jauh lebih bagus dari 1 (Satu). Terpulang dari perspektif mana anda melihatnya.

Friday, October 15, 2010

SUP TULANG 101

Entah dari mana Abang Azri boleh dapat ilham dengan konfiden mintak tolong kitorang masak sup tulang untuk majlis aqiqah cucunya, aku pun tak tau. "Kitorang" adalah merujuk kepada jiran-jiran sepakat membawa berkat beliau.

Dan berkumpul lah aku, Shamsul, Midi, Halim dan Padil sekitar petang sebelum Maghrib di rumah Abang Azri. Masing-masing memang tak cukup atau mungkin takde ilmu langsung dalam hal-ehwal memasak sup tulang nih. Melantak sup reti lah. Pun begitu, kami tetap buat-buat reti, berkat kerajinan menonton channel AFC selain rancangan masakan chef-chef tempatan.

Rebus daging dulu kasi empuk katanya. Lepas tu tumis bahan-bahan rempah dan masukkan dalam rebusan daging tadi. Aku angguk je lah buat-buat reti padahal satu haram tak tau metodologi sebenar penyediaan sup tulang. Rebus ni mau 2-3 jam katanya. Bila angkat, isi luruh dari tulang barulah ready sup tu. Fuh, macam masak lemang bunyinya. Aku bantai angguk lagi.

Dalam pada itu ada juga idea bernas untuk mencopet sikit isi-isi daging untuk dibuat BBQ. Sambil-sambil tunggu daging empuk, kita mainlah bakar-bakar katanya. Kami sepakat bersetuju. Dan Padil ditugaskan untuk buat marinade daging tersebut sebab dia memang suka hal-ehwal sebegini.

Lepas Maghrib, Shamsul start naik api untuk BBQ. Yang lain-lain mula nak menumis rempah-ratus. Macam-macam fatwa keluar masa nak menumis. Masuk itu dulu lah, ini dulu lah, padahal main belasah je.

Paling best masa masuk biji pelaga. Meletup-letup macam mercun pop-pop. Keadaan panik menyebabkan kami lari bertempiaran sebelum kembali ke periuk untuk mengeluarkan semula sebahagian biji pelaga tersebut. Apa taknya? Api panas bukan main, pastu tuang sepeket biji pelaga. Sukatan pun main belasah je masuk ikut suka. Nasib baik tuan rumah tak nampak, kalau tak mau kena halau balik kitorang.

Si Midi lagi out, kalau boleh semua bahan yang ada nak dimasukkan sekali. Kalau ada lapan peket kayu manis tu, lapan-lapan peket nak dimasukkannya. Gila apa mamat nih?

Si Halim bertugas selaku pengacau tumisan rempah yang jitu. Nasib baik tak bocor periuk si Padil dibuatnya. Takut hangus jadi kerak kat dasar periuk katanya. Aku percaya sebab dia kerja kat MINT (nuklear). Mesti dia dah biasa dengan kerja kacau-mengacau bahan radioaktif. Inikan sup tulang? Heh, apalah sangat?

Yang lain tu tolong-tolong mana reti je lah. "Mana reti" adalah merujuk kepada elemen yang tidak merosakkan sup.

Hang marinade dengan apa daging ni Padil? Hang letak black pepper sekali ka?
Besa lah, garam, kunyit dengan... apa dia tu...
Black pepper?
Bukan.
Habih tu apa? Ni black pepper lah ni kan?
Bukan... alah... apa dia tu...
Lada hitam?
Haaa! Lada hitam!
Black pepper dengan lada hitam tu samalah woi!
Huahahahahaha... (ramai-ramai termasuk Padil)

Daging BBQ tu aku tak tipu, memang rasa arang. Pun begitu, licin jugak kami kerjakan. Tapi rasa sup tulang tu memang tidak mengecewakan. Nak kata sedap sangat tu takdelah, tapi bila makan tu, rasalah macam sup tulang dan tak rasa macam gulai lemak.

Tapi aku percaya, next time kalau kitorang masak sup tulang lagi mesti rasa dia tak sama dengan yang kitorang masak malam tu.

Tuesday, October 12, 2010

ITU

ilmu itu bekal
dangkal itu bebal
depan itu jujur
belakang itu khianat
lawan itu kiri
turut itu kanan
buka itu tipu
tutup itu benar
sorok itu keji
tonjol itu dedah
duit itu raja
fulus itu dewa

nafsu itu nafsu

Friday, October 8, 2010

BOS PRIMIGENIUS


Gambar dipinjam dari sini.


Kenapa tak boleh?
Tak bolehlah... sebab dia sangat suci.
Suci apa bendanya?
Eh, sukahati kamilah nak kata dia suci ke hape.
Itu kamu... kami tak anggap dia suci pun.
Itu kamu... pada kami dia teramat suci.
Tapi ketaksuban kamu telah membawa kepada konflik toleransi.
Kami tak suka kesucian dia dicemari.
Habis tu, sebab kamu rasa dia suci, kami semua terpaksa ikut rasa kamu?
Hormatlah sikit...
Di mana pula hormat kamu?
Beginilah, bayangkan jika kami letakkan dia yang sangat suci bagi kami di sebelah dia yang sangat haram bagi kamu. Apa perasaan kamu?
Kami tidak akan sentuh yang sangat haram itu dan yang sangat suci bagi kamu itu kami teruskan jika tidak ada rasa was-was. Bergantung kepada keadaan.
Apa perasaan kamu jika ia benar-benar berlaku?
We walk away.
Itu kamu, tapi kami tidak mahu walk away. Kami mahu dihormati.
Hormat bukan diperolehi dengan cara begitu.
Itu saja caranya kerana kamu gemar menyisihkan kami yang kecil. Kami cuma perlu menghipnosis ketua kumpulan untuk menyebelahi kami.
Jika kamu berjaya dengan hipnosis itu maka itu adalah antara ketua kumpulan dengan Pencipta.
Tetap, itulah yang akan kami lakukan.
Kamu memang akan berkeras begini selagi kamu belum dibuka untuk menerima cahaya kami.
Tak payah risau, cahaya kami lebih terang dari cahaya kamu.
Terpulanglah. Kelak jika sudah nampak cahaya kami, kita berbual semula.


Nota: Happy birthday John Lennon.

Tuesday, October 5, 2010

GODSPEED



+Godspeed.
+Selamat maju jaya.
+All the best.
+Good luck.
+Semoga berjaya.


Nota: Cilake punya cukai.

Monday, October 4, 2010

KANTOI

1 Oktober 2010 (Jumaat)

SMS1 kepada Ado: Kau ada nak beli kek ke untuk Shidah Ahad ni?
Excerpt: Percubaan melontarkan idea komplot.

SMS2 dari Ado: Tak kot. Bazilah nak buat apa ntah. Aku beli aiskrim je kot.
Excerpt: Penerimaan idea komplot masih samar.

SMS3 kepada Ado: Kalau kau tolong belikan kek boleh? Saja nak surprise. Kalau nyusah, abaikan.
Excerpt: Percubaan mengajak berkomplot.

SMS4 dari Ado: Ok, insyaallah.
Excerpt: Idea komplot diterima. Yeah!

***

3 Oktober 2010 (Ahad) - Beberapa jam sebelum eksesais komplot

SMS1 dari Ado: Salam, makan tengah hari jangan dilupa blablabla...
Excerpt: Peringatan jemputan open house dari adik ipar aku.

SMS2 dari Ado: Salam. Nak tulis apa atas kek?
Excerpt: Pertanyaan tentang komplot kami nak surprise Shidah.

Kedua-dua sms telah dibacakan oleh Shidah semasa aku sedang memandu. Cheh! Komplot lah sangat. Foul.

***

Tulisan di atas kek yang sedap itu:
Kantoi! Happy Birthday Kak Shidah

Nanti tahun depan gua cuba komplot dengan pendekatan yang lain pulak.


Nota1: Ayat-ayat dalam sms telah dibuat beberapa pindaan untuk melindungi fakta-fakta tertentu namun konteks masih kekal.
Nota2: Jangan tanya gua kenapa adik ipar gua dipanggil Ado walaupun nama beliau Khairul Anwar.