Friday, October 8, 2010

BOS PRIMIGENIUS


Gambar dipinjam dari sini.


Kenapa tak boleh?
Tak bolehlah... sebab dia sangat suci.
Suci apa bendanya?
Eh, sukahati kamilah nak kata dia suci ke hape.
Itu kamu... kami tak anggap dia suci pun.
Itu kamu... pada kami dia teramat suci.
Tapi ketaksuban kamu telah membawa kepada konflik toleransi.
Kami tak suka kesucian dia dicemari.
Habis tu, sebab kamu rasa dia suci, kami semua terpaksa ikut rasa kamu?
Hormatlah sikit...
Di mana pula hormat kamu?
Beginilah, bayangkan jika kami letakkan dia yang sangat suci bagi kami di sebelah dia yang sangat haram bagi kamu. Apa perasaan kamu?
Kami tidak akan sentuh yang sangat haram itu dan yang sangat suci bagi kamu itu kami teruskan jika tidak ada rasa was-was. Bergantung kepada keadaan.
Apa perasaan kamu jika ia benar-benar berlaku?
We walk away.
Itu kamu, tapi kami tidak mahu walk away. Kami mahu dihormati.
Hormat bukan diperolehi dengan cara begitu.
Itu saja caranya kerana kamu gemar menyisihkan kami yang kecil. Kami cuma perlu menghipnosis ketua kumpulan untuk menyebelahi kami.
Jika kamu berjaya dengan hipnosis itu maka itu adalah antara ketua kumpulan dengan Pencipta.
Tetap, itulah yang akan kami lakukan.
Kamu memang akan berkeras begini selagi kamu belum dibuka untuk menerima cahaya kami.
Tak payah risau, cahaya kami lebih terang dari cahaya kamu.
Terpulanglah. Kelak jika sudah nampak cahaya kami, kita berbual semula.


Nota: Happy birthday John Lennon.

3 comments:

Fa-T said...

gua rasa ni menyentuh secara halus kredibiliti dan prinsip individu ni,,,

Najwa Aiman said...

Ni mesti isu tentang restoran yang daging lembunya sembelih dengan yang tak sembelih ni...

pye:rudz said...

fa-t: menghampiri hampir... tapi tidak kena.

najwa aiman: terpesong terus hahaha...