Tuesday, October 26, 2010

ATAS RIBA


Kali terakhir aku membeli komputer ialah pada tahun 1998 atau 1999 dulu. Heh, dekat 10 tahun tu! Masa tu masih belajar. Desktop PC yang klon. Jenis letak atas meja punya. Masa tu masih mintak duit kat bapak lagi. Masa tu harga sebijik komputer boleh beli dua bijik komputer hari ini. Laptop apatah lagi! Aku bukan beli satu set PC pun sebenarnya, tapi cuma upgrade CPU sedia ada sebab PC lama dah tak mampu nak tampung "kehebatan" kerja-kerja programming dan graphic rendering aku.

Aku bukan PC game addict. Aku cuma main game standard yang ada dalam PC tu je yakni Solitaire dan 3D Pinball. Abis hebat game yang aku install pun masa tu ialah Mortal Kombat 3 (MK3). Diablo ke, Duke Nukem ke, Sim City ke, Daytona ke, memang takde dalam PC aku. Jangan si Fendi (kawan aku), siap beli set stereng dengan pedal untuk main Daytona tu!

Dan aku tak pernah beli atau memiliki PC sejak dari tempoh itu hinggalah ke hari ini. PC bukan keperluan penting pada aku barangkali. Prinsip aku: Kerja ofis buat kat ofis je lah. Kat rumah kalau teingin nak pakai PC, belasah je lah adik aku punya. Aku bukan PC addict pun. Entahlah, dah jelak ngadap PC dari zaman belajar dulu gamaknya.

Namun dewasa kini, keperluan menggunakan PC itu datang kembali. Macam-macam faktor yang mempengaruhi keperluan itu.
Mungkin sebab aku dah duduk sendiri maka tak bolehlah nak belasah PC adik aku. Takkan nak belasah PC si Padil (jiran aku) pulak?
Mungkin juga sebab kadang-kadang Shidah terpaksa bawak balik keje ofis tapi tak boleh nak buat sebab takde PC.
Mungkin juga sebab aku berbulu dengan ofis aku yang suruh buat keje bukan-bukan tapi taknak bagi laptop untuk memudahkan kerja aku. Kemut.
Mungkin juga sebab aku teringin nak menajamkan semula skill photo editing aku.
Ahhh, macam-macam mungkin yang berkemungkinan.

Harap-harap kompeni En. Mohd Dell tidak berbohong apabila mereka memaklumkan kepada aku bahawa PC jenis boleh letak atas riba yang aku order tu akan sampai hari ini.

Gambaran perasaan aku sekarang adalah umpama seorang budak lelaki kecil yang dibawa ke Toys R Us dan dibenarkan untuk memilih sebarang permainan yang aku mahu.
Ya, itulah perasaannya.


Update: Abah saya baru confirm yang laptop saya dah sampai. Yeay!

8 comments:

Unknown said...

mula2 aku ingatkan dah silap blog, ingatkan khayal2 je yang bagi opening line 'raunchy'.

pye:rudz said...

tembakau: inilah yang dinamakan marketing strategy (baca gaya abdul wahub).

me3n said...

Pastikan laptop beg berjenama Targus, bukan yang lain! ;p.

pye:rudz said...

me3n: confirm targus.

Fa-T said...

bleh install counter strike..?

pye:rudz said...

fa-t: hahaha... gua tak main game lah bro...

Najwa Aiman said...

Laptop...? Bukan i-pad ke zaman ni?

pye:rudz said...

najwa aiman: berbelanja ikut kemampuan brader hahahaha...